Memaparkan catatan dengan label Recipe. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Recipe. Papar semua catatan

Resepi : Carbonara Pasta


Resepi ni dah lama dah, baru ada rasa macam nak share. Nadia share sebab sedap sangat (puji masakan sendiri).

So JOM KITA MULAKAN. 

RESEPI SPRING PASTA CARBONARA


BAHAN - BAHAN
1. Spring pasta
2. Sos prego carbonara
3. Serbuk perasa ayam
4. Serbuk lada
5. Susu Full Cream/Susu sejat
6. Butter
7. Bawang putih dipotong dadu
8. Bawang besar dihiris
9. Daun kari
10. Cili padi dipotong kecil
11. Kepingan Keju
12. Tambahan : hotdog, daging kisar dan sebagainya. 


CARA MEMASAK

1. Carikan butter dan tumis bawang besar, dan bawang putih sehingga naik bau dan kemudian masukkan bahan bahan seperti hotdog, daging kisar dan sebagainya. 
2. Masukkan daun kari sehingga naik bau. 
3. Masukkan cili padi. 
4. Masukkan sos prego carbonara.
5. Tuangkan susu. 
6. Masukkan serbuk perasa ayam dan serbuk lada. 
7. Tunggu sehingga mendidih dan masukkan Kepingan keju (ikut citarasa masing masing) 
8. Jangan lupa rebus spring pasta dan siap utk hidangan! 

Cara Masak Samyang Untuk Rasa Kurang Pedas

Sumber: Google

Assalamualaikum dan Hi semua!

Kalini Nadia nak share dengan korang macam mana Nadia masak samyang. Nadia tak masak macam tu je (maksud Nadia, Nadia tak masak macam masak rebus lepastu buang air kemudian letak sos dia). NOO!

Nadia masak lain sikit sebab Nadia suka kan kekurangan pedas sebab kalau pedas sangat nanti makan jadi tak nikmat sangat tapi pada masa yang sama Nadia taknak kurangkan kuantiti sos dia. Ha nampak tak sifat tamak tu.  

Jadi jangan tunggu lama lama mari kita ikuti resepi Nadia memasak samyang (Chef Nadia mula beraksi)

Bahan-bahan:
Kuali untuk memasak, sudip untuk mengacau, samyang apa apa perisa. 

Cara-cara masak:
1. Letak maggie samyang di dalam Kuali bersama air panas
2. Buka api dan biarkan sehingga air mendidih
3. Apabila mendidih letak perencah samyang dan gaul sampai rata. 
4. Biarkan beberapa minit (agak agak like macam tak kering lagi) 
5. Boleh letak telur if nak (optional) 
6. Biarkan sehingga air dah meresap ke dalam samyang! 


Mudah kan? Tapi ingatkan sekali lagi ini cara kalau orang okay maggie kembang. Sebab Nadia memang suka maggie kembang. 
Hehehe



Di akhir post ni Nadia Nak recommend dekat korang shoppee yang jual samyang yang Nadia puas hati dengan perkhidmatan dia. Harga yang berpatutan.

UMEC FOODBOOX (OFFICIAL) :https://shopee.com.my/umecfbox?v=82a&smtt=0.0.10

Korang semua suka makan samyang tak? Apa favourite samyang korang? Nadia suka curry and carbonara! 






Resepi: Dalgona Neslo


Hi dan Assalamualaikum, 

Seperti yang kita ketahui dalgona sangat famous musim musim pkp ni. Siapa dah try?

Awal awal dulu Nadia tengok semua orang post pasal dalgona coffee memang teringin lah nak buat. Tapi dekat rumah hanya ada kopi hitam dan susu tepung. Tanpa sebarang research, nadia pun macam bersungguh lah nak buat dalgona coffee ni kan. Kita pun ikut lah sukatan 1:1:1, 1 sudu coffee, 1 sudu gula dan 1 sudu air panas. Lepastu kacau lah sungguh sungguh kata orang sampai lebam. Nadia dengan penuh motivasi sambil zikir(kononnya macam ala ala nak hilang rasa sakit kacau) dekat dua jam lah nadia kacau (penuh motivasi kan) tapi tak jadi pun. Erm. Rupanya bila search, kena kopi larut. Allahu dua jam kacau kurus tangan gue. 

Ni hasil dalgona selama dua jam kacau. Hasilnya pahit dan sila jangan buat lagi

Lepas Nadia dah tahu sebenarnya kena guna kopi larut maka bila mak kita nak beli barang dapur kita pun apa lagi selit lah list. Nescafe coffee dan Fresh Milk. Dapat je bahan-bahan ni, Nadia apa lagi. Kita terusss ke dapur dah menggunakan teknik yang sama 1:1:1, 1 sudu nescafe, 1 sudu gula dan 1 sudu air panas dan kacau kacau sampai lebam (ambil lah masa dalam 20-30 minit) jyeah. Dan berjaya. Tapi Allahu pahit, bila minum tak tidur dah malam tu 5 pagi baru ngantuk (Nadia buat dalam waktu 3 petang). 

Sebabkan pahit Nadia tak sanggup lah nak buat lagi. Lepastu datang lah idea apa kata tambah milo, jadilah Dalgona Neslo [Review: sedap woah tak pahit] . Tapi nak buat ni kita nak still macam terapung kan. So disini Nadia sharekan teknik dan resepi gitu! 

Resepi :

Nisbah sama 1:1:1 boleh 2 boleh tp buat satu cawan je maka
1. 1 sudu nescafe, 1 sudu gula, 1 sudu air 
2. Kacau sampai foam 
3. 1 sudu milo, 1/2 sudu gula (sbb milo dah banyak gula dah) , 1 air panas [letak ke campuran no 2 tadi] 
4. Kacau sampai sebati
5. Tuangkan dalam cawan yang telah diisi susu 


Selamat mencuba!