Kebelakangan ini, saya amat amat suka bila memasak. Rasa bila berada dalam mode memasak ini, macam berada dalam dunia yang tidak ada masalah melainkan memikirkan atau memfokuskan untuk memastikan makanan jadi!
Jadi tiba tiba tekak rasa nak makan mushroom soup. Maka bermula lah sesi mononton/membaca resepi untuk masak mushroom soup !
Paling tak sangka, pertama kali masak dah berjaya! (Tak tipu tau sebab dapat pujian daripada abang dan kakak ipar)
Asalnya haritu kan ada beli tepung untuk masak cekodok pisang, jadi tepung tu masih banyak, jadi kita pun nak lah memasak mana mana resepi guna tepung, tapi dalam mushroom soup ni guna tepung sedikit sahaja. Masih tak habis habis lagi lah tepung tu kalau sikit sahaja guna. Mungkin lepas ini saya patut cuba buat roti ?
Cuba baca: Masak-masak with me: Cekodok Pisang
Resepi Mushroom Soup
Bahan - Bahan
- Bahan potong kecil
- 1 tin cendawan butang
- 1 paket cendawan shitake
- 1 biji bawang holland
- 4-5 ulas bawang putih
- 150 ml susu segar
- 100 ml cooking cream
- 2 sudu butter
- 2 sudu tepung gandum
- herba (lada hitam dan daun parsley)
- minyak masak/olive
Cara memasak
- Tumis bahan yang dipotong sehingga kekuningan/layu bersama butter sedikit minyak masak/olive oil
- Tambah tepung gandum dan kacau hingga sebati
- Asingkan sedikit untuk teksture dalam sup
- Blender hasil tumis (tidak perlu terlalu halus)
- Masak hasil blender dan tambah kan susu dan cooking cream
- Letak garam dan herba secukup rasa
- Tambah semula cendawan yang diasingkan sebentar tadi








4 Ulasan
Uishhh Sis suka ni... nanti nak buat laa.. minta halal resepinya yaaa
BalasPadamAiiiih kaaak, ini semua bahan saya ada niiiih. Nak coba lah buat. Daripada tak habis2 bawang Holland saya 🤣. Sukaaa sangat memang mushroom soup. Apalagi makan dengan steak 🤭😄
BalasPadamwahh...homemade mushroom soup...boleh adjust kemasinan, yg beli readymade, selalu je masin...
BalasPadamBest ni buat sendiri. Boleh adjust ikut selera. Hebat tu pertama kali buat je dah berjaya buat yang sedap. Tahniah Nadia!
BalasPadamSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.