Tekak akhir - akhir ini memang selera kepada makanan real food. Nak pergi fancy restaurant pun dah tiada minat macam dulu lagi. Mesti nak makanan melayu. Faktor umur mungkin?
Patin Claypot Gelegak lokasinya di Taman Putra Perdana, Puchong. Hari weekend nampak tenang, tak ramai pun sebenarnya yang datang, atau mungkin kami pergi agak awal pada hari tersebut.
Rezeki betul kali ini, menu istimewa hari tersebut ada siput sedut! Saya memang suka siput sedut! Makan bila menyedut tu dia rasa puas.
Inilah hasil order untuk makan dua orang. Nasi putin x2, Pais Patin, Telur dadar, Siput Sedut, dan Daging salai masak lemak. Jumlah kesemuanya adalah RM 56.00
Saya punya favourite sudah semestinya Pais Patin! Pais Patin dekat sini ada petai sekali, best lah sikit makan tekak melayu ini. Nanti boleh lah repeat semula. Tak boleh nak selalu makan tempoyak ni nanti perut berangin. Sebulan sekali boleh lah hehehehehe.
Selepas makan, kami beli cendol! Lama tak minum cendol, lengkap lah cendol ini lepas makan tempoyak hehehehe






0 Ulasan
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.