Langkau ke kandungan utama

Resepi : Carbonara Pasta


Resepi ni dah lama dah, baru ada rasa macam nak share. Nadia share sebab sedap sangat (puji masakan sendiri).

So JOM KITA MULAKAN. 

RESEPI SPRING PASTA CARBONARA


BAHAN - BAHAN
1. Spring pasta
2. Sos prego carbonara
3. Serbuk perasa ayam
4. Serbuk lada
5. Susu Full Cream/Susu sejat
6. Butter
7. Bawang putih dipotong dadu
8. Bawang besar dihiris
9. Daun kari
10. Cili padi dipotong kecil
11. Kepingan Keju
12. Tambahan : hotdog, daging kisar dan sebagainya. 


CARA MEMASAK

1. Carikan butter dan tumis bawang besar, dan bawang putih sehingga naik bau dan kemudian masukkan bahan bahan seperti hotdog, daging kisar dan sebagainya. 
2. Masukkan daun kari sehingga naik bau. 
3. Masukkan cili padi. 
4. Masukkan sos prego carbonara.
5. Tuangkan susu. 
6. Masukkan serbuk perasa ayam dan serbuk lada. 
7. Tunggu sehingga mendidih dan masukkan Kepingan keju (ikut citarasa masing masing) 
8. Jangan lupa rebus spring pasta dan siap utk hidangan! 

Ulasan

  1. pasta paling cepat n mudah untuk busy women kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahaha betul tu, kalau mcm nak makan cepat je ha pasta terus

      Padam
  2. Balasan
    1. Nice Tips. Next time nadia pastikan bawang putih banyakkkk!

      Padam
  3. bahan no. 3 tu...siapa yang perasan? ayam ataupun serbuk tu? hahahah

    BalasPadam

  4. singgah sini minum Ais Latte,jom ngeteh kat blog saya :D

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/09/aku-bagi-kotak-misteri-pada-blogger.html

    BalasPadam
  5. jalan2 sini lagiii. :)

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/09/aku-bagi-kotak-misteri-pada-blogger.html

    BalasPadam
  6. Sedapnya 😍😋. LH nak try yang resepi pakai susu segar tak pakai prego tu. Ada orang buat LH pernah makan. Sedap!

    BalasPadam
  7. ini salah satu menu paling cepat untuk dibuat dan sedaaappp!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.