Ramadan tak sah lah kalau kita berpusu pusu mengejar silibus Khairul Aming ni. Tapi maaf cakap, saya memang pelajar kelas belakang, buat mana yang rasa nak buat sahaja
Sebelum nak cuba resepi ayam sos plum by khairul aming ni, mesti akan tengok berulang kali kemudian catit satu - satu, kita masih lagi old-school, tulis dalam buku. Tahun ini, rasanya khairul aming cakap dalam video agak laju. Betul - betul menekan - nekan kita semua.

Tengah hari lagi dah mula sediakan bahan - bahan sebab kita taknak bergaduh ya dengan resepi lain yang bakal dimasak oleh mak, jadi sebelum mak nak guna blender, kita guna dulu.
dan Alhamdulillah, Kepada Khairul Aming: Saya buat JADI!
Resepi Ayam Sos Plum Khairul Aming
Bahan - Bahan:
- Ayam (tidak kira apa apa bahagian, kepak/peha lebih sedap)
- lada hitam
- sos tiram
- sos plum
- sos ikan
- kicap manis
- 3 lada besar hijau
- 3 lada besar merah
- 4 cili padi hijau
- 4 cili padi merah
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2 keping daun limau purut (optional)
- 2 batang serai (dihiris) (optional)
Cara Penyediaan
- Perap ayam dengan lada hitam dan sos tiram sehingga semua bahagian ayam disaluti rata.
- Bakar ayam dalam airfryer pada suhu 200°C selama 20 minit.
- chop/cincang : 3 lada besar merah dan hijau, 4 cili padi merah dan hijau, bawang merah, dan 5 ulas bawang putih.
- Tumis bahan cincang tersebut sehinggah ia layu.
- Tambah sedikit air ke dalam tumisan.
- Masukkan sos: 4 sudu sos plum, 1 sudu sos tiram, 1 sudu kicap manis, dan 1 sudu sos ikan. Gaul rata sehingga sebati.
- Untul naikkan bau: tambah serai yang dihiris, 4 biji cili padi, dan daun limau purut.
- Masukkan ayam yang telah dibakar ke dalam kuah dan gaul rata.






0 Ulasan
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.