We Are Beautiful | Feeling Cantik dengan Abaya

 

Pernah tak kaum wanita dekat sini kadang  - kadang rasa macam "eh cantiknya aku hari ini". Time itu memang rasa macam kita ni wanita paling cantik lah. HAHAHAHA

Mesti pernah kan wahai kaum wanita sekalian ?. Begitulah saya, rasa macam harini cantik pula siap - siap nak pergi kenduri. Selalu rasa macam biasa - biasa sahaja. Tapi kali ini rasa macam "MasyaAllah, SubhanAllah, Cantiknya kau ni Nadia", "Kau ni sebenarnya cantik je, tapi tak confident". Itulah apa yang saya rasa apabila memakai abaya yang dibeli dari shopee.


Lama juga tenung pakaian dan fesyen ini sebelum ambil keputusan untuk beli abaya. Bila nak beli abaya ni kita paling leceh nak kena pastikan labuh abaya, sama dengan ketinggian kita. Nasib saya baik sebab memang sesuai dengan ketinggian saya (160cm). Pakai abaya ini kadang-kadang terasa macam ala - ala Neelofa gitu.

Review

Dengan harga RM 159.00 sepasang. Abaya ini didatangkan dengan inner dress + cardigan + tudung. 1 Set terus dari atas sampai bawah. Sebagai perempuan kita dah tidak perlu risau nak mencari lagi tudung yang sesuai untuk dipakai. 

Kualiti kain amat memuaskan, kerana memakai quality chiffon. Saya paling suka shawl sebenarnya, sebab kain dia sangatlah flowy dan mudah terbentuk. Sebab itulah saya rasa sangat - sangat cantik!!!!! 

Adakah Saya akan Beli Lagi ?

Sudah pasti !! Saya kalau boleh nak ada semua warna untuk koleksi ini.

Di mana Saya boleh dapatkan Abaya ini ?

Anda boleh dapatkan di shopee (klik sini

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. selalu rasa mcm eh cantiknya harini, bila tengok balik dekat cermin.. rasa nak buang je confidence tu. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaaa jangan macam tu, kalau kita dah confident kena terus kekalkan hehe

      Padam
  2. of course pernah rasa macam tu. Tapi itulah, tak berapa nak confident kan. Well, cantik Nadia ber abaya. Warna dusty olive ye? Kena dengan Nadia. Bagusnya sekali one set. Tak perlu susah payah nak matching² shawl kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul,warna dusty olive heheehehe. Time beli abaya ni memang rasa berbaloi sebab dapat one set terus

      Padam
  3. You are so beautiful, Nadia! That olive green is really beautiful, too<3
    Have a lovely weekend:)

    Akiko
    https://kimonosnack.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Cantik warnanya. Lama juga tak berabaya. Selalu kat rumah pakai baju kelawar jer. Terbang sana terbang sini.Ha3.

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.