Software Engineering | Bolehkah saya memohon Software Engineering ?

 

Baru-baru ini ada beberapa insan yang DM saya di instagram dan twitter kebanyakkannya bertanya mengenai "Boleh atau tidak saya untuk memohon untuk masuk ke bidang Computer Science sekiranya saya tiada latar belakang Computer Science?"

Jadi post kali ini saya bercadang untuk berkongsi kepada para pembaca yang masih tertanya-tanya boleh atau tidak untuk memohon aliran software engineering sekiranya tiada latar belakang computer science.

Saya harap posting kali ini dapat memberi pendedahan dan manfaat kepada para pembaca yang masih sedang bercelaru untuk memasuki bidang software engineering ini. Serta membantu insan-insan yang sedang dalam proses memilih bidang apa untuk diisikann di UPU.

Apakah itu Bidang Software Engineering? 

Photo by cottonbro from Pexels

Bidang Software Engineering adalah bidang di mana anda akan belajar kaedah-kaedah untuk menghasilkan perisian (software). Anda akan belajar mengenai perkara yang anda perlukan sebelum, semasa dan selepas menghasilkan software. Bidang ini juga tidak memfokuskan mengenai pengaturcaraan (coding) 100% . Ia lebih daripada itu.

Atau bahasa yang lebih mudah sebagai analogi sebenarnya bidang software engineering ini ibarat resepi software. Seperti membuat makanan, apakah perkakas yang anda perlukan untuk sediakan bahan-bahan, apakah bahan-bahan yang anda perlukan untuk menghasilkan makanan. Anda perlukan bawang, cili, air dan alat - alat memasak (perkara sebelum). Anda perlukan teknik goreng yang betul, teknik tumis yang betul, dan sebagainya (perkara semasa). Anda perlukan alatan untuk menghindang, bagamaina cara hidang yang patut anda lakukan dan bagaimana anda mahu memastikan makanan ini tidak basi (perkara selepas).

Apakah Kelayakan untuk mohon bidang Software Engineering?

Apabila kita berbicara mengenai kelayakan (requirement) untuk mohon bidang Software Engineering ini adalah berbeza bagi setiap universiti. Memandangkan saya daripada Universiti Malaya. Jadi saya akan ceritakan requirements yang anda perlukan untuk memohon bidang ini. Saya fokuskan kepada lepasan matriks/asasi untuk bidang software engineering

  1. Lulus Matrikulasi/Asasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.0
  2. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran berikut:
    • Mathematics
    • Physics
    • Engineering Physics / Chemistry / Engineering Chemistry / Biology / Computer Science / Computing
  3. Mendapat sekurang - kurangnya Gred B pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
    • Additonal Mathematics
    • Mathematics / Physics
  4. Mendapat sekurang - kurangnya tahap 2 (band 2) dalam MUET

Untuk maklumat lanjut boleh ke Portal FSKTM UM bagi subjek Software Engineering

*sekiranya website di atas down boleh pergi ke archive link FSKTM Software Engineering.

*untuk universiti lain anda boleh google "FSKM UITM, UTM, dan sebagainya"

Bolehkah saya mohon sekiranya saya tiada latar belakang Computer Science? 

Photo by cottonbro from Pexels
Boleh. Rujuk perkara di atas, tiada masalah pun sekiranya anda tiada background computer science untuk mohon dalam bidang ini. 
 
Soalan yang kerap ditanya adalah "Susah tidak untuk saya yang tiada background computer science ini masuk ke bidang ini?"

Susah senang sebenarnya ada pada setiap subjek. Sebagai contoh, saya sendiri apabila memasuki kelas english (Wajib ambil, *Muet bukan kali terakhir anda belajar English), saya rasa macam "complicatednya bahasa ini". Dengan tatabahasanya, dengan penyusunan ayatnya. Saya sendiri rasa kagum orang yang mampu menguasai pelbagai bahasa ini.

Begitulah juga sekiranya anda masuk ke bidang ini. Ia ada susah dan senang.

Cuma cabaran dia mungkin sedikit sukar pada awal semester. Bagi anda yang memang langsung tiada background computer science, perlu untuk berusaha lebih sedikit untuk kejar beberapa perkara.

Saya berikan contoh sebagai pengalaman. Saya merupakan pelajar sains fizikal, saya ada beberapa background computer science. Waktu kelas pertama subjek Fundamental of Programming (Asas Programming), kelas minggu pertama, pensyarah sebut istilah-istilah yang biasa didengari dalam subjek programming seperti flowchart, loop, if else statement, pseudo code dan sebagainya dengan begitu laju. Zap zap sahaja tahu-tahu kelas dah habis. Bagi mereka yang tidak pernah dengar istilah ini mesti macam "Bolehkah aku nak survive dalam bidang ini?". Dan anda cuba bayangkan pada kelas pertama tersebut, pensyarah saya sudah suruh mengeluarkan kertas dan tulis beberapa baris code. Pasti anda yang tidak pernah menulis code akan "Habislah aku".

Jangan takut, anda sebenarnya boleh survive. Ada minat dan kesungguhan, anda boleh teruskan dalam bidang ini. Minat dan kesungguhan ini lah yang membuatkan ada sanggup untuk tepuhi pelbagai cabaran. (Saya memang tekankan kepada anda, minat sangat penting dalam bidang ini). Ia adalah lumrah biasa sebenarnya apabila anda baru sahaja pertama kali mendengar  istilah ini dan tidak tahu. Biasanya tidak pernah pensyarah membuat quiz mengejut di hari pertama. Biasanya pensyarah sengaja mahu melihat bagaimana reaksi kita apabila baru nak menulis code buat pertama kali. Malah saya ketika itu pun sebenarnya lupa cara nak tulis code. Tetapi kita tulis sahaja apa yang macam sama kononnya. Tetapi saya boleh katakan dengan minat yang saya ada, saya tetap terus berusaha nak capai apa yang saya mahukan. Tetapi biasalah perempuan seperti saya ini, susah sikit terus keluar "MAK NAK KAHWIN" atau paling popular "Aku dah cakap dah aku patut ambil bidang kulinari". Macamlah subjek kulinari itu mudah. Saya telah pun berada di akhir tahun, dan saya enjoy buat Final Year Project.

Kedua adalah budaya belajar. Saya rasa bukan pelajar yang tiada background computer science sahaja yang akan berasa sedikit down atau frust. Pelajar yang ada background computer science seperti saya pun ada fasa down. Boleh baca pengalaman minggu pertama saya sebagai Sofware Engineering Student di Degree Student. Malah saya sebenarnya pernah post mengenai betapa saya down dalam belajar subjek ini tetapi malangnya saya sudah delete post tersebut. Hehe. 

Namun begitu, anda jangan rasa down. Sepanjang saya menjadi pelajar dalam bidang software engineering ini, ada student yang dahulunya bukan background science computer mendapat dean list untuk setiap sem. Sekiranya mereka boleh, pasti anda boleh.

Kenapa saya katakan budaya belajar sedikit banyak memberi kejutan?

Saya bagi gambaran kepada para pembaca, anda bayangkan seorang pensyarah mengajar anda tentang A di dalam kuliah. Kemudian kita sebagai pelajar akan dapat quiz, peperiksaan, assigment dan sebagainya. Setiap quiz, peperiksaan dan assignment bukan sahaja tentang A, ada perkara - perkara lain (Tentang B,C,D sehingga Z) yang tidak diajar atau tidak disentuh dengan begitu mendalam ketika dalam kuliah. Jadi kita sebagai student kena explore untuk dapatkan Tentang B hingga Z yang tidak dinyatakan. Ataupun dalam kuliah anda buat praktikal bersama pensyarah soalan yang senang, sekali keluar soalan tutorial semuanya susah-susah. Kita bukan lagi di zaman di mana cikgu-cikgu memberikan kepada kita semuanya sama seperti soalan-soalan yang bakal kita jawab di kemudian hari.

Itulah realiti yang berlaku. Jadi nasihat saya, bagi yang baru nak masuk ke alam universiti, jangan ulangi kesilapan saya yang menyangka budaya belajar adalah sama seperti di sekolah dan asasi. Jangan malu bertanya, berkawan dengan senior-senior (boleh memberi manfaat kepada anda untuk tanya soalan, sebab mereka ini kira dah banyak ilmu ) dan kenali diri anda dengan betul untuk mengetahui teknik belajar dengan baik. Jatuh bangun dalam belajar adalah normal. Saya sendiri pernah gagal (boleh baca di post Gagal Bukan Kemusnahan.)

Sekiranya ada apa apa soalan boleh nyatakan diruang komen. Kalau segan boleh sahaja DM saya dekat mana mana social media instagram ataupun twitter.

Catat Ulasan

38 Ulasan

  1. Terima Kasih atas penjelasan, kak. Article terbaekkkk 👌

    BalasPadam
  2. Bidang ni sangat mencabar. Bab coding nak butaa program software tu mampu buat pening kepala. Tapi kalau minat memang syoklah create dan bila berhasil tu of course happy. Perkongsian yang bermanfaat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, bidang ini kalau boleh nak tekankan minat. sebab bidang ni memang pening kepala kalau tak minat. Nanti belajar kita pula yang terkapai-kapai.

      Padam
    2. *buat. Typo lak butaa tu. Maaf. Betul, setuju tu Nad. Tak minat nanti tak ada mood nak belajar.

      Padam
  3. Ramai je yang lari bidang sebenarnya. Belajar lain, kerja dalam bidang lain. Ada certain bidang tu boleh belajar je seiring dengan waktu boleh jadi lagi hebat daripada orang yang memang dalam bidang tu. :)
    Pening tengok coding blog. Memang tak boleh nak fokus la coding2 ni. Juling mata. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, sistem pendidikan kita tidak mempertengahkan pun benda ini. Kalau dah belajar sains kena sambung sains je sampai bila bila. Tak semestinya. Kita boleh ceburi bidang lain tetapi mungkin sedikit berbeza cara nak masuk ke bidang tersebut

      Padam
  4. yang saya tahu kan, bidang-bidang software developer, sains komputer atau IT ni antara pekerjaan popular yg orang selalu cari. zaman sekarang ni kalau nak belajar benda-benda komputer macam ni memang digalakkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, high demand juga lah sebenarnya sekarang. Digalakkan masuk. Tetapi bagi pendapat saya, kalau masuk sebab high demand boleh jadi susah nak survive. Merungut je all the time.

      Padam
  5. Thanks for your article:) greetings from Turkey ...

    BalasPadam
  6. wahhh thank you so much for sharing this.

    BalasPadam
  7. You know about computer well, and I agree with you about university!
    Thank you for your lovely comment on my blog<3 I hope you come to Japan someday!

    akiko
    https://kimonosnack.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. I bet Univesity at Japan also like this right? As a student we are the one should explore what we should know.

      Padam
  8. good info. jelas sgt. tq for sharing

    BalasPadam
  9. Very nice blog site! Very useful article! Thank you for providing this site. IT Tech and IT world spread all over the our planet day by day. Here in Turkey, IT Tech branch of universities are prefered by the youth alot. Greetings from Turkey.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you for your kind word to my blog site! I'm glad you found this article is very useful. True, nowadays the IT Tech is the course that are preferred by youth especially when it comes about robot!

      Padam
  10. Betul, jika ada minat dalam bidang ini, pasti boleh belajar Dan berjaya menulis program atau app.

    BalasPadam
  11. Betul minat tu penting sbb kalau x minat mmg ssh nk masuk..bila x masuk x boleh pulak nk score

    BalasPadam
  12. Sesiapa yang minat mesti seronok buat coding ni!

    BalasPadam
  13. Saya nak beli laptop baru tapi saya tak tahu nak beli macOS atau Windows. Ada suggestions atau pendapat? Sebab saya dah biasa dengan macOS tapi Windows macam lagi banyak support software untuk programmers. Betul ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya punya pendapat, disebabkan awak dah biasa dengan macOS, saya suggest just go for mac. Sebab dah biasa dengan apple environment. Ramai Software Engineering actually guna Mac, and kalau ikutkan in the long term, invest dekat mac adalah benda berbaloi. Banyak lah benda boleh difikirkan lagi lagi kalau development itu melibatkan both IOS and Windows.

      About software, mostly selalunya payah nak install je, cam Mac ni kena ada step step tertentu.

      Ada beberapa kawan I, yang jarang dengan apple environment ni bila dia guna mac, dia give up sebab mcm tak pandai bab bab install. So guna windows, tapi mcm bila dah lama in SE ni, mula fikir next investment should guna Mac.

      I also has a friend yang memang pengguna mac sejak azali, dia okay je sepanjang pembelajaran. malah highest score (means all software dia boleh download and boleh buatt assignment semuanya).


      btw, I found a thread at twitter yang you boleh tengok as someone yang berpengalaman dengan Mac. https://twitter.com/omarqe/status/1111466602766036993?s=19

      Padam
  14. TIps yang baik untuk mereka yang baru nak melangkah ke menara gading

    BalasPadam
  15. nadia fsktm um ke.. alahai rindunya nak tgk bangunan fsktm um. masih di akawan hutan atau dah membangun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Mama alumni fsktm um ke? Masih lagi di kawasan hutan haha

      Padam
  16. Dulu mama suka fizik tapi dah lama tak tgk mesti dah lupa

    BalasPadam
  17. Tak boleh la baca pasal software engineering ni. Nak kata menyesal pilih bidang lain, memang ketentuan dah. Pun bekerja bukan bidang yang belajar dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Khamsi, Tahniah sebab dah habis dah fasa belajar di peringkat universiti ini. Tahniah juga sebab dah kerja.

      Kalau masih minat dalam bidang ini boleh sahaja cuba - cuba dengan alternative lain. Tapi itulah, kita merancang, Tuhan ada perancangan yang lebih baik. Apa yang kita boleh buat ialah cuba mencipta benda paling bahagia dekat tempat yang kita tengah lalui ini.

      Padam
  18. software engineering is very popular, certificate programs are increasing every year


    BalasPadam
  19. Great tips, and looks like an industry for very smart people!

    Marie
    https://theflowerduet.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. This subject need people who loves to solve the problem. Our Assignments is all about solve the problem using IT

      Padam
  20. semuanya kena ada minat dan usaha.. nk lulus cemerlang kenalah study dan faham kan? dulu kakmim penah failed c++ masa sem 2... hahaha.. akibatnya repeatlah dan terlambatlah grad dpd klasmet yg asalnya dlu... ms batch kakmim SE ni ramai dak laki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kita nak lulus cemerlang pun memang kena study dan faham. Tak boleh nak harapkan rezeki tu datang macam tu. EH SAMAAAAAA KITA REPEAT JUGAK. awal awal tu sedih juga sebab semua orang lulus (kawan - kawan rapat). Sampai kat kita, kena repeat. ah sad

      Padam
  21. Betul..bidang apa pun yg kita pilih, paling penting minat. Bila ada minat, kita akan bersungguh untuk belajar & explore dengan lebih mendalam..Yg kedua, jangan malu..Malu bertanya kita yang terkial-kial ketinggalan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tips yang kedua tu perkara paling susah sebab kekadang macam takut nak dengar apa orang respond.

      Padam
  22. Good sharing and tips. Happy weekend.

    BalasPadam
  23. Saya respect orang ambik software engineering. Berpinar tengok code. Semoga dipermudahkan segala urusuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua subject sebenarnya ada susah dan senang. Tapi tak dinafikan saya akui bidang saya ini kena kuat bukan setakat belajar, bila masuk industri pun otak kena kerja keras

      Padam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.