Hari itu bila berjalan dekat pasar payang ada nampak orang jual Cobek. Paling kecil macam tu dalam RM35.00. Niat di hati rasa nak beli tapi bila fikir balik boleh cari online rasanya.
![]() |
| Cobek 26 cm beli di Shopee |
Alasan utama nak beli cobek ni sebab saya penggemar ayam gepuk. Setiap minggu mesti akan beli sekali, jadi rasa macam dah perlu belajar memasak sambal ayam gepuk tu.
Makanya haritu adalah start dengan nak buat sambal gesek versi diet. Ya Allah penat, tangan kena kuat nak lenyek/gesek setiap cili cili tu. Macam manalah orang kat kedai buat sampai lumat yang tak besar kulit kulit cili tu. Tapi saya percaya praktis make perfect. Kali ke sepuluh saya guna mungkin hasilnya akan lagi padu.
Kehadiran Cobek ini juga sebenarnya nak start balik meal prep. Kita ni dah penat stress setiap hari apa nak makan, jadi stress sehari sahaja terus terjamin seminggu. Cuma susahnya sekarang adalah nak cuba tanam pada diri agar tak lengah - lengah kan sesuatu. Lagi - lagi dengan habit yang suka sangat doom scroll social media tanpa sedar masa berlalu begitu sahaja.
Wish me luck ! Semoga boleh bertahannnnnnn gaya hidup begini!




4 Ulasan
Uwaaaah, cobek nih memang berguna utk buat sambal. Saya pas nikah, dikasih mama 1 cobek batu size besar, dan memang beraaaat kak 🤣🤣. Ntah di mana mama beli. Tp mantap memang saat buat sambal. Tak berpasir batunya. Ada beberapa cobek yg batunya bercampur pasir. Saya tak suka yg begitu
BalasPadamTabah betul lenyek cili guna cobek 26 cm tu! Memang lenjang tangan, tapi puas hati dapat buat sambal ayam gepuk sendiri.
BalasPadammula2 tu nampak byk guna tenaga nak melenyek, melumatkan bahan2...tapi bila dah lama2 nampak mcm enjoy je melenyek...hehe...samalah kita, bila dah scroll medsos, tak ingat dunia...berjam-jam..nak buat kerja jadi ke laut dalam....
BalasPadamMacam best guna cobek ni melenyek sambal. Ada cari juga kat shopee belum submit order lagi. Tapi ada perasan satu kedai tu guna gambar cobek saya. Cobek lama. Jenuh juga nak melenyek cili tu kan. Sambal geprek tu buat sekali banyak senang. Baguslah Nadia buat prep meal. Senang tak perlu susah payah fikir bila dah penat tu. Tinggalkan panas je dan makan.
BalasPadamSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.