Tajuk post kali ini bukan main panjang lagi. Mahu ditulis MCO tetapi negara kita sekarang di Pelan Pemulihan Negara (PPN). Manakala. negeri Selangor tercinta kini berada di fasa 1.
Ceritanya begini, baru-baru ini laptop saya kerap membuat hal. Kita tengah seronok buat kerja, meeting, blogging, dan beberapa perkara yang melibatkan internet, secara tiba-tiba sahaja laptop disconnected dengan WiFi. Banyak kali sudah berlaku, kita dah siap ada adapter wifi dual band lagi kalau - kalau perkara sebegini berlaku lagi. Tetapi malangnya wifi dual band saya itu pula ketika itu secara tiba-tiba juga macam tidak boleh mengesan WiFi rumah saya. Sakit hati kita ketika itu.
Lepastu, satu hari itu, betul-betul laptop ini sudah berada di tahap yang merisaukan. Saya ada meeting bersama stakeholders saya mengenai sistem yang saya tengah buat ini. Secara tiba-tiba no connection WiFi. Selaku perempuan yang memang kelam kabut, ketika itu saya rasa sangat gelabah, Nasib baik ketika itu wifi dual band saya berfungsi dengan baik, Boleh lah menyelesaikan masalah saya ketika itu.
Namun begitu, saya yakin penyelesaian nya ada kaitan dengan keadaan WiFi Card di dalam laptop saya. Nak pergi ke kedai laptop berdekatan, sungguh saya tidak tahu ada kedai laptop di kawasan perumahan yang sungguh pendalaman ini. Saya pun dapatkan beberapa nasihat daripada pakar - pakar komputer. Siapa lagi kalau bukan kawan lelaki yang memang amat mencintai perkara - perkara yang berkaitan dengan laptop dan komputer.
Melalui hasil borak kami, selalunya kes seperti ini memang ada kaitan dengan keadaan Wifi Card di dalam laptop. Sekiranya mahu selesaikan, kaedahnya hanyalah dengan membuka belakang laptop untuk lihat kedudukan Wifi Card laptop kita. Sewaktu tahu sahaja bahawa untuk menyelesaikan masalah ini dengan membuka belakang laptop. Dah risau dah, bukan apa, saya dah start overthinking, memikirkan kalau saya buka dan tak berjaya, saya kena invest lagi RM 4k++ untuk membeli laptop yang saya suka ini.
Namun, demi memastikan saya seronok buat kerja, saya gagahkan juga mencari youtube yang menunjukkan cara-cara untuk kita membuka laptop. Alhamdulillah berjaya buka laptop ini! Waktu nak buka tu okay lagi, tak gelabah. Waktu nak buka bahagian Wifi Card tu yang gelabah. Lagi-lagi bila saya betul - betul tanggalkan Wifi Card daripada laptop. Saya malah siap bervideo call bersama rakan lelaki saya untuk mendapatkan semangat. Bukan main gelabah ketika itu.
16 Ulasan
Uhhhh...memang nervous habis tu kalau nak meeting atau tengah meeting, wifi out. memang berpeluh!
BalasPadamWahhhh! Sekali lagi ... wahhhh!
BalasPadamkalau sy mmg dah gelabah habis mmg blank jd nya��
BalasPadamkalau bab laptop or pc saya memang tak berani. automatik jadi buta english kalau bagi arahan dalam bahasa english 😂
BalasPadamHaha, saya yang sambil buka pun tak berhenti membebel dekat diri sendiri
PadamKita samalah nadia, iaitu perempuan kelam kabut dan mudah gelabah hahaha
BalasPadamSama la kita Nadia. Kadang kalau desperate sangat yakinkan diri buka laptop n tengok kat youtube utk fix. Sekali berjaya. Fuhh bangga jap ... :)
BalasPadamBab buka laptop ni memang nervous. setakat ni tak pernah buat lagi. Mujur husband saya pandai bab bab ni. Kalau tidak gelabah juga dah mencari kedai. Sekarang mudah dah boleh buat sendiri belajar dari youtube. Ya, dah boleh berbangga dengan diri sendiri dah :)
BalasPadamGreetings from Turkey:)
BalasPadamPencapaian yang baik juga tu kan hehe
BalasPadamMoga laptop tidak ada apa2 yg berlaku . Kalau rosak terus aduhaii
BalasPadamAkak rasa mcm nak beli laptop barulah
BalasPadamTapi syg lg dkt laptop lama ni dari zaman kolej hingga universities masih bertahan lg laptop ni cuma kakak tambah RAM jelah .
Mungkin bukan RAM kot kak, pasang SSD. Tapi tengok juga laptop akak problem mana. tetapi selalunya orang rekomen pasang SSD instead of RAM
Padamkalau saya memang tak fikir panjang, saya terus hantar kedai kalau masalah berkaitan komputer ni. baru ni pun saya kena masalah yg lebih kurang sama, cuma bezanya laptop saya dimasuki virus dan me as a perempuan yang kelam-kabut memang jadi tak tentu arah xD
BalasPadamsaya baca posting awak. Sumpah cuakk lah sebab kena virus gitu. kalau saya dah menangis dah.
PadamMemang gelabah la kalau reti buka tp takut nk geledah heheh.. repair laptop mau beratus
BalasPadamSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.