Sewaktu Kecil, Saya Ingin Menjadi Seorang Guru

 

Tajuk post kali ini agak nostalgia. Mentang - mentang dah nak masuk fasa "dewasa". Macam - macam bermain dalam fikiran. Salah satunya saya fikir "macam mana saya boleh habiskan degree saya?", "betul ke yang saya dah habis", "rasanya dulu berimpian ingin menjadi seorang guru dalam bidang Matematik."

Baru - baru ini juga heboh tentang trend menunjukkan result SAPS dekat Instagram. Tidak dinafikan, cinta saya dekat matematik sangat tinggi. Satu - satunya subjek yang saya yakin saya akan skor adalah Matematik Tambahan dan Matematik Moden.

Keputusan waktu SPM pun memang saya rasa hala tuju saya adalah menuju kearah Matematik. Dan waktu itu saya melihat, menjadi guru Matematik adalah perkara yang paling saya inginkan. Mungkin sebab waktu itu saya dapat jadi mentor untuk Matematik Tambahan.

Perasaan jadi mentor pada awalnya agak sedikit janggal. Sebab saya jarang mengajar sekiranya orang tidak bertanya atau orang tidak belajar bersama - sama dengan saya. Waktu saya jadi mentor, nasib baik cikgu guide tajuk apa saya perlu fokuskan. Kalau tak mahu saya terdiam juga sebab bayangkan ada banyak subjek mana satu saya patut start. 

Post kali ini saya nak imbau balik kenangan saya menjawab oral test Bahasa Inggeris saya yang dikehendaki untuk memberi 3 Sebab Cita - cita saya waktu kecil. Dengan kabut ketika itu, saya memilih guru. Sebab saya rasa saya ada jiwa menjadi pendidik (Macam kena sambung sampai PhD sahaja supaya dapat jadi Pensyarah?) 

3 Sebab Saya Ingin Menjadi Seorang Guru

Mengikut Jejak Ayah. Tak dinafikan saya rasa bestnya jadi cikgu apabila melihat ayah saya sendiri. Salah satunya ialah saya rasa menarik setiap kali hari guru. Kalau seseorang cikgu itu mengajar banyak kelas. BANYAKLAH HADIAH GURU TERSEBUT AKAN DAPAT. Siapa lah yang tak suka akan hadiah (?). Tidak kira lah dapat sebatang pen ke, ia tetap sebuah hadiah yang bermakna dan menjimatkan wang untuk membeli pen yang lain. 

Saya suka berkongsi ilmu yang saya ada. Perkara ini selalunya berlaku pada kawan - kawan rapat saya, atau orang yang seringkali borak dengan saya. Sebab kalau stranger takkan tiba - tiba saya nak cakap "Hi, nak tahu sesuatu tak?". Mahu stranger tu terus bash saya dan taknak jadi kawan saya. Setiap kali saya jumpa sesuatu yang manfaat, saya suka berkongsi sebab saya taknak lah saya sorang sahaja dapat manfaat. Barulah rasa harmoni hidup. 

Saya gembira apabila melihat kejayaan seseorang. Saya rasa amat terharu apabila melihat kawan  - kawan yang saya bantu semuanya berjaya. Walaupun bantuan saya hanya sekecil zarah, saya tetap rasa kagum melihat kejayaan setiap orang yang saya kenal. Saya rasa perkara ini waktu zaman SPM, belajar dengan kawan - kawan. Tolong sesama sendiri mana yang tidak faham. Saya rasa saya boleh capai perasaan ini setiap tahun adalah dengan menjadi seorang guru. Melihat anak  - anak murid berjaya ke menara gading adalah kegembiraan yang tidak terkata.

****

Habis sahaja saya bagi speech, Sir puji saya. Walaupun my language are so simple, tapi isi saya padu. Beliau rasa tertarik dan terpegun dengan setiap kata - kata yang saya beri. 

English saya memang sangat lemah. Lagi - lagi vocab. Jadi kalau nak speech sahaja saya akan fokus pada isi daripada fokus pada vocab yang bagus. 

***

Waktu kecil - kecil dahulu apa cita  - cita anda ?

p/s: buatlah posting, lepas itu bagi tahu saya kalau anda buat :')

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Tahniah dah habis degree ya. Cita-cita Kak Sue banyak jugak masa kecik dulu, tapi tak ada pun yang tercapai.. tapi its okay, Kak Sue tetap bersyukur dengan apa yang ada dalam hidup Kak Sue sekarang..

    Salam kenal dari Kak Sue.. 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kak sue. Tidak semua yang kita inginkan itu tercipta untuk kita.

      Salam kenal Kak Sue!

      Padam
  2. saya pernah mengantikan tempat kawan saya sebagai guru tuisyen, tersangat la kekok dan gugup. takut salah bagi ilmu je sebenarnya 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aaa betul. Waktu saya start share ilmu tu memang awkward sangat sangat hahahaha

      Padam
  3. Dulu ramai jugak rakan sekelas letak cita cita guru. Tak guru, doktor. Seronok jadi guru dapat sampaikan ilmu dan paling bermakna kalau anak murid berjaya.

    Dulu cita-cita nak jadi arkitek kononnya. Lepas tu dari teknik, dip, degree semua course electrical engineering. Tersasar jauh. huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uwaaaa arkitek. Kak fiza mesti ada bakat lukis macam Teme hehe

      Padam
    2. lukis lukis tu taklah sangat tapi ke arah seni macam tu lah :)

      Padam
  4. terima kasih bagi tugasan utk blog posting hahah..

    ammi rasa masa kecik (during primary days) semua budak nak jadi cikgu, polis, askar sbb itu profession yg plg dekat dgn kita.

    berminat nak jadi pensyarah, teruskan cita2 anda Nadia!...

    ammi dulu math tak pernah dapat A kecuali masa zaman sekolah rendah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Sebab ini adalah cita - cita yang kita nampak, bila makin dewasa macam macam kita nak capai

      Padam
  5. Balasan
    1. Masuk degree tiada calculus memang tak ingat dah huhu

      Padam
  6. Terer result. Akak dedulu paling tak suka add math. Ha3.
    Kira okeylah cita-cita nak jadi cikgu. Akak masa kecik2 dedulu bukan-bukan hala cita-citanya. Nak jadi penyanyi. Ha3. Penyudahnya nyanyi kat ceruk dapur saja.

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.