Bucket Hat Penyelesaian Untuk Awning Tudung Yang Tak Jadi

 Saya sebenarnya banyak benda nak berkongsi, tapi nak dapat kesempatan berada di depan komputer punyalah susah. Lepas itu, apabila sudah duduk depan laptop, idea nak menulis pula hilang. Haha. Kalau orang yang baca ini, mesti akan cakap "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". 


Beberapa bulan yang lepas (cerita lama), sedang saya jalan -jalan di pusat membeli-belah dekat IOI Putrajaya, waktu itulah tudung saya nak buat hal. Nampak rambut dan tudung ke belakang. Disebabkan saya rimas dan tidak selesa, saya tidak fikir panjang dan terus beli bucket hat dekat kedai yang saya masuk. Beli pun tak minta plastic beg sebab memang nak terus pakai. Pekerja itu pun terus tolong tanggalkan tag harga pada topi tersebut dan terhibur dengan perangai saya yang terus nak pakai topi tersebut.

Kesimpulannya, kaum hawa sekalian perlulah memiliki topi seperti ini, bila tudung tak betul, boleh dengan yakin pakai topi.


Gambar dekat atas ini cerita hari ini, BUAT PERTAMA KALINYA DALAM HIDUP SAYA RASA SAYA COMEL 😄

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. senang. tak kalut nak tiup2 tudung haha

    BalasPadam
  2. Cute hat :) salam dari Turki.Saya seorang guru teknologi maklumat. Saya mengikuti perkongsian komputer anda. Ramadhan semakin hampir.selamat ramadhan sekarang

    BalasPadam
  3. hahahahha..part last tu terhibur ammi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau bukan kita yang puji diri sendiri, siapa lagikan hehe

      Padam
  4. Senang nak cover line kan bila tudung tak nak bagi kerjasama. He3. Selalunya tudung bawal lah yang paling suka buat hal. Jenuh meniup. Ha3.

    BalasPadam
  5. pernah pergi naik genting, masa ni la tudung buat hal.. dengan rambut terkeluar dengan mask takda extender. huarghhh tahu beli je bucket hat 😭 dah la gambar semua nampak hodoh. haha

    BalasPadam
  6. Good idea jugak ni kalau dah tudung dan anak tudung sama sama pakat nak sabotaj tuannya. Comel :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe, betul. Sekarang memang suka gila pakai topi sebab rasa macam confident gila

      Padam
  7. KA pun peminat head gear. dinding belakang laptop ni pun bergantung je macam-macam head gear. Bucket hat best kalau berjalan cuaca panas sebab dia cover keliling. Kalau keluar untuk photowalk dan mancing pun KA prefer bucket Hat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eyhh betul! Kalau jalan kat tempat panas memang bantu lah muka dari kena matahari takdelah kulitkan burn lepas tu

      Padam
  8. Saya pun suka juga pakai bucket hat ni. Tapi jarang pakai/beli sebab kepala besar. Most of the times, bucket head tak muat. Hehehe.

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.