Kalau tak online learning, saya rasa saya takkan ada workspace begini. Sebab sudah tentu saya akan belajar hanya di kolej sahaja. Meja kolej tidak muat untuk saya buat workspace begini. Sikit - sikit saya upgrade barang - barang workspace saya. Paling ketara saya upgrade waktu saya internship dulu. Maklumlah time tu saya memang dapat RM 800 per month hasil titik peluh melaksanakan segala tanggungjawab saya sebagai seorang pekerja (intern) di sesebuah syarikat.
Waktu dulu - dulu saya selalu mempersoalkan kaum lelaki yang suka akan barang mahal. Contohnya bila membeli headphone, keyboard, mouse, monitor dan sebagainya. Tetapi bila saya dah masuk dalam dunia IT ni baru saya faham perasaan mereka. Sebab saya pun tak menyangka saya akan beli barang - barang seperti ini. Tetapi saya tak upgrade sekali gus. Saya upgrade berperingkat.
Barang - barang workspace saya
1. Monitor
Monitor ni beli time second year student. Beli sebab geram buat web development susah nak refer google sambil coding. Jadi apabila ada dua screen (Screen laptop dan screen monitor) mudah sedikit kerja. Saya nak share link, tetapi dah sold out dah yang ini. Jadi tidak berani saya nak sebarangan bagi link lain takut kualiti sampai tidak memuaskan hati anda semua.
2. Mousepad (Fantech Sakura Edition)
Beli ini sebab selalu tengok orang ada dekat atas meja mouspade besar begini.
Pengajaran
buat saya, lain kali jangan beli warna terang, akan cepat kotor. Saya
tengah fikir juga mana datang warna coklat ni. Mencari juga kaedah
bersihkan mousepad. :(
2. Keyboard (Fantech Sakura Edition MK835)
Lagi sekali, beli sakura edition sebab memang minat warna pink. Keyboard saya ini blue switch, jadi bila type tu memang orang akan dengar saya ini buat kerja, hahaha.
3. Mouse ( Macro Gaming Mouse Crypto VX7)
Ni pun masih juga jenama Fantech dan sakura edition. Dan masih lagi berwarna pink.
4. Tower AC3001 headset Stand
Yang ini special, sebab kawan bagi. Terkejut saya ada barang sampai rumah, lepastu headet stand yang dah lama dalam wish list saya. hehe
Pada mereka yang berminat nak beli fantech sakura edition ni boleh ke https://shp.ee/aeniha3
Ini workspace saya bila dalam gelap heheheh.
30 Ulasan
Cantiknya workspace Nad. Hati berbunga bunga sakura tengok segalanya pink. Dulu saya pun macam tu, bila husband beli barang barang mahal accesories komputer ni baru tahu feel dia macamana.
BalasPadamTerima kasih kak fiza. hehe. Saya pun hati berbunga tengok meja saya ni. Saya dulu bukan main judge lelaki, mahalnya barang. Now faham dah
PadamBaru semangat nak buat kerja kan. Betul betul, mula mula bising jugak beli mahal mahal tapi dah guna sendiri fahamlah kan beza dia :)
Padamin love sangat dengan keyboard pink tu!
BalasPadambila dah minatkan..samalah macam org yg minat nak hias dapo
BalasPadamKan. Saya pun sebenarnya ada minat nak hias dapo. Tapi saya rasa yang tu tunggu saya kerja hahahaha
PadamCantiknya suasana waktu malam tu. Tenang sungguh nak buat kerja..
BalasPadamSejuk sejuk buat kerja sambil minum kopi. Hehe..
Workspace k.Naniey masa bujang dulu kat hostel lebih kurang begini tapi tak warna pink la. PC buat kerja, laptop tengok movie. Sambil buat kerja sambil tengok movie. Hehe..
Betul, Nadia buat kerja sambil minum kopi. Baru feel sikit nak buat kerja tu. Ok tu betul, Dua screen ni kita buat satu tengokk movie satu buat kerja hahahaha
Padammenariknya semua pink!
BalasPadamTerima kasih!
PadamI loved Pink headphone :) thanks for your sharing...
BalasPadamI think most of my item. The most I love is headphone haha
PadamInteresting post my dear, thank you for sharing )
BalasPadamcantik sgt keyboard ngn headphone tu..
BalasPadamworkspace cntik lg smngat nk buat keje.. =)
Betul , workspace cantik baru lah semangat nak buat kerja. Kalau tak memang tidak mahu lah buat kerjanya
PadamComelnyaaaa semua pink! Ada workspace sendiri baru senang sikit nak fokus buat kerja kan
BalasPadamBetul, ada workspace sendiri baru senang sikit nak fokus buat kerja
Padamwahhhh cantiknya set warna pink pastel. Baru la semangat nak buat kerja dekat work station tu
BalasPadamBetul. Warna tenang hati pun tenang buat kerja . Ceh
PadamPinkkk keyboard cntik
BalasPadamTerima kasih kak rabia
Padampink keyboard tu such a mood!
BalasPadamrasa seronok kan bila workspace kita penuh dengan warna favorite kita :)
ain | www.ainsoofiyah.com
Cantik keyboard. btw, kita memang perlu tempat yang selesa untuk tambah semangat buat kerja heheh
BalasPadamNice la workspace and pinkyyy.. Hope one day boleh ada workspace macam ni. Hehe
BalasPadamKemas. Sejuk mata tengok macam ni.
BalasPadamPinky girl! Hahaha, saya tak sempat nak ada workspace sebab online learning satu sem je, tapi sekarang blogging punnnn atas meja biasa je. Teringin jugak kadang kadang nak ada workspace ni tapi tak muat dalam bilik >.<
BalasPadamAaaa.. semua kaler pinkkk! I loikeeee.. Hhehee.. Nice... ada jugak space ye
BalasPadamWah..special lah ..syukur ada kelengkapan PC..gunakan sebaiknya ya
BalasPadamcomel sngttt.. smuanya warna pink pastel.. tngok wrna mcm ni auto rasa lembut je..
BalasPadamcantik , simple dan tak pada dengan barang-barang
BalasPadamSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.