Wrap with Paparoger Seasoning

 

Sejak memang nak ubah cara hidup ini, banyak juga resepi saya mencuba untuk ubah gaya hidup pemakanan. Tetapi bab - bab nak kira jumlah kalori ini dengan tepat agak susah. Selalunya makanan begini dalam 280 - 320 Kalori. Tetapi mengikut bagaimana kita letak makanan ini semua. Kalau letak dalam kuantiti yang sangat banyak memang jauh lah daripada 280 - 320 kalori.

Makanan wrap sekarang ini memang kegemaran saya. Lagi - lagi kalau hari tersebut saya tidak mahu makan nasi, saya akan buat wrap ini.  Cara saya masak 100% menggunakan air fryer sebab mudah sahaja, tak perlukan banyak perkakas sangat bila kita ada air fryer. Yang penting tiada minyak! Tanpa minyak ini kita dah dapat kurangkan kalori yang kita ambil seharian.

 

Nampak tak dalam tu? Gigih saya tangkap gambar dengan tangan kiri bergetar - getar. Nak tunjuk macam mana keadaan di dalam wrap tersebut. 

Makanan ini sedap disebabkan dua sentuhan. Pertama ialah sentuhan paparoger seasoning, kedua ialah sentuhan roasted sesame kewpie. Dua bahan ini sebenarnya membuat wrap ini rasanya sangat enak dan tak muak nak makan selalui. 

Resepi ini tak perlukan sos cili sebab paparoger seasoning tersebut terdapat serbuk cili, jadi dia sudah ada rasa pedas pedas sedikit.

Resepi Wrap with Paparoger Seasoning

Bahan - Bahan

  1. Wrap
  2. Roasted Sesame Kewpie
  3. Isi ayam
  4. Kepingan Ayam
  5. Kepingan Keju
  6. Sayur (Bawang, Salad dan sebagainya)
  7. Paparoger seasoning
  8. Perahan lemon / Perahan air limau
  9. Wrapping paper (Optional)

Cara - cara memasak

  1. Gaulkan satu sudu perahan lemon/air limau + satu sudu paparoger seasoning + isi ayam. Gaul sampai rata dan biarkan selama 5 - 10 minit
  2. Bakarkan dalam isi ayam yang telah digaulkan dan kepingan ayam air fryer suhu 180°C selama 15 minit. 
  3. Letakkan Wrap atas wrapping paper.
  4. Sapukan Roasted Sesame Kewpie pada wrap dan susun bahan - bahan (Isi ayam, kepingan ayam, kepingan keju, sayur)
  5. Gulung Wrap dan balut dengan wrapping paper.
  6. Bakar dalam air fryer suhu 170 °C selama 15-20 minit.

 

Mudah bukan nak buat makanan begini? 

Apa - apa pun, saya nak maklumkan yang saya kini menjual paparoger seasoning. Sekiranya berminat untuk dapatkan boleh pergi ke https://msha.ke/jamhariwarriors .

Jamhariwarriors bersempena bekerjasama dengan adik beradik :)

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Wow, Chicken wrap fv cherry. Betul Bila diet nak kena kira kalori yg Kita amik tu rasa Susah sangat huhu..good sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, sebenarnya nak kira kalori sangat susah. Amalkan suku suku separuh paling bagus

      Padam
  2. Saya pun tak pandaia nak kira kalori tu. Sedapnya wrap banyak isinya. Rencah dan bahan ngam sangat dengan selera saya. uishhhh paparoger seasoning tu nampak sedap. Bakar ayam sedap tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul paparoger seasoning kalau buat bakar ayam memang sedap uii

      Padam
  3. Saya pun tak pandaia nak kira kalori tu. Sedapnya wrap banyak isinya. Rencah dan bahan ngam sangat dengan selera saya. uishhhh paparoger seasoning tu nampak sedap. Bakar ayam sedap tu.

    BalasPadam
  4. sampai dah umur 4 series ni ammi masih tak reti nak kira-kira kalori. ntah bila nak pandai ntah.

    ammi pun pagi2 kalau taktau nak buat apa wrap aja lah. takde bahan lain telur dadar pun boleh juga diwrapkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Telur dadar pun boleh betul!. hehehehe. Kalori ni memang susah nak kira kira kena ada banyak ilmu. Cukup makan suku-suku separuh pun dah sihat!

      Padam
  5. Have you heard of Anatolian cuisine?Chicken is used in many different ways in this kitchen..

    BalasPadam
  6. Wrap ada tapi bahan tak cukup. Aduhh lapar pula tengok wrap Nadia buat ni. Sedap..

    BalasPadam
  7. Mudah nk buat tp kt rumah tak ada AF susah la sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Goreng minyak sikit pun boleh kak nina. hhehe tu untuk ayam je lah, kalau yang lain bakar atas non stick pan tu

      Padam
  8. Saya pun tak tahu kira kalori. Yang saya tahu sayuran hijau dan buah-buahan kalorinya rendah berbanding protein dan karbohidrat.
    Apa pun wrap with paparoger seasoning tu cukup menggoda selera!

    BalasPadam
  9. best wrap boleh letak sayur dan salad byk2.. ada paparoger seasoning mesti lagi power

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.