Journal: FYP-DevLog 012: Summary August

 

Fuh lama dah rasanya tidak berkongsi tentang Final Year Project saya ini. Padat betul progress bulan lepas. Jadi kita buat dia jadi summary sahajalah walaupun rasanya dah terlalu lambat nak sembang terus mengenai summary bulan August ni sebab sekarang pun dah hampir nak penghujung bulan September. Pejam celik pejam celik, cepat pula rasa masa berlalu ini kan? 

Ingat post yang lepas saya jumpa Microsoft To Do ?

Baca Sini: FYP-Devlog 011

Punyalah yakin saya boleh mencuba sistem Microsoft To Do, tetapi malangnya saya tidak boleh nak teruskan Konsep To-Do-List. Banyak dah kaedah saya akan mencuba, tetapi selalunya mesti gagal nak istiqamah. Sama ada ia terlalu menyusahkan saya, atau terlalu banyak step. Haha.

Akhirnya, saya guna sticky notes sahaja. Senang dan mudah tak perlunak bukak banyak-banyak kali. Saya terus letak sahaja dekat dekstop, bila bukak laptop terus nampak kerja-kerja saya


Setiap hari saya akan update apa yang berlaku, apa yang kurang dalam sistem saya seharian yang saya buat. Apa masalah yang berlaku. Saya dah fix atau belum. Kemudian tengok juga last meeting Stakeholder (a.k.a pengguna sistem ini) ada comment mengenai isu apa dan sebagainya. Tak lari juga beberapa document yang saya perlu sediakan untuk stakeholder untuk saya dapat beberapa data untuk saya setup.

Pada bulan lepas juga, saya dapat access untuk server. Makna kata fasa deploy hasil kerja saya akan bermula. Nervous pula bila dah kena master hal teknikal ni, dulu kalau intern, ada senior turut memantau. Kini ? Tidak lagi. Saya kena buat research dan redah diharapkan betul. Kalau salah belajar dari kesilapan yang berlaku.

Pada bulan lepas juga, stakeholder meminta saya buat sesuatu yang luar daripada skop Final Year Project dan mereka bersetuju untuk membayar saya. Saya teruja sebab rasa macam kerja pertama saya lah dalam bidang begini. Teruja gitu. Harapnya saya dapat memuaskan pihak stakeholder. Takut juga sebenarnya bila buat sistem. Takut kena kecam sebab banyak error. Padahal normal sesuatu sistem ada error. 

Tengok ramai rakyat kecam MySejahtera pun saya dah cuak. Bagi saya UI dulu sedikit banyak ada memudahkan golongan orang orang tua sebab rata - rata mereka walaupun hidup di zaman kini yang penuh dengan teknologi, tak ramai jaguh lagi dalam penggunaan smartphone. Tetapi itulah, kita selalu fikir user ni golongan muda sahaja. *okay done membebel luar topik*


Dari segi commits bulan ini banyak juga la kami commits. 37 commits.

Commit is an operation which sends the latest changes of the source code to the repository, making these changes part of the head revision of the repository.


Ini beberapa hasil kerja saya yang saya ada screenshot sebab nak kena tunjuk dekat stakeholder.


 







Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Selamaht Hari Malaysia..
    Selamat melaksanakan tugas yang diamanahkan. Dulu ada senior nak pantau at least rasa secure juga tapi bila sendiri kena buat semuanya, kena yakin diri. InshaAllah Nadia boleh buat semuanya,.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, saya cuak ni. nak kata mahir betul dalam bidang ni baru kita nak explore industri kan

      Padam
  2. Bukan mudah nak buat sesebuah sistem tu. Sentiasa kena ada penambahbaikan untuk lebih baik. Apapun you can do it. Semoga urusan FYP berjalan dengan lancar dan Allah permudahkan. Aaaminn...

    BalasPadam
  3. Siapa yg bt mysejahtera tu tahu la apps itu banyak menyusahkan dr memudahkan pengguna. Salah satunya sy sampai harini tak dpt2 vaksin lg. Setiap kali check in kena check out pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan antara yang susah ialah check in dan check out. Ramai golongan yang tidak biasa dengan apps mesti macam pening - pening juga.

      Padam
  4. Semoga segala urusan Final Year Project Nadia akan berjalan lancar.

    BalasPadam
  5. wow bestnya.. feedback dari customer nampak ok tu.. good luck ye

    BalasPadam
  6. ha'ah betul, perlu diutamakan kepada golongan berusia sebab mereka pun perlu adapt dengan teknologi gara2 pandemik yang memerlukan pengguna berurusan secara contactless

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.