Pembedahan

Dah lama sebenarnya rasa tidak selesa dengan hidung. Lagi - lagi asyik pening, sikit - sikit sensetif dan lagi perasan bila nak tidur tu rasa struggle nak bernafas.

Pada tahun 2024, kita cuba beranikan pergi ke specialist ENT memang nampak ada tulang hidung bengkok, and ada inflammation besar berlaku. Tapi doktor tersebut tak suggest for bedah, beliau cadangkan dengan spray terlebih dahulu. Rasa macam berkesan tapi lama - lama rasa macam perlukan opinion doktor lain. Jadi saya stop rawatan pasa tahun 2024.

Tahun 2025, saya tidak pergi mana mana rawatan sebab sibuk dengan kerja dan rasa tiada masa. Bila 2026 setiap masa asyik migrain, asyik selsema , rasa susah nak bernafas, tidur pun tak nyenyak sangat.

Tambah tambah dengan jerebu ni, ha lagi lah memang rasa susah sangat sangat. Kita pergilah klinik dahulu dan kilnik cadangkan buat ujian allergic dan ct scan untuk tahu lebih lanjut mengenai hidung. Tapi doktor suruh cuba dulu ubat dua minggu dan kalau betul betul rasa tak tahan, maka pergilah ke hospital selepas dua minggu.

Dah pulun kerja perlu siapkan, dan rasa dah tak boleh tangguh dah. Kerja tak pernah stop kan. Jadi kita hasratkan habiskan big features dan terus untuk fokus kesihatan. Kerja dengan hidung selsema and inflammation ni sangat susah sebab asyik migrain. Kerja pula memerlukan kapasiti otak yang bagus. Dah tak sanggup nak terseksa macam ini.

Jadi jumpalah doktor pakar ENT, dan doktor cadangkan untuk surgery, betulkan tulang yang bengkok tu.

Maka, 12 November 2026 adalah tarikh pembedahan. Alhamdulillah pembedahan berjalan sangat lancar, tapi perasaan after pembedahan tu Allahu penat juga. 

Sekarang saya memang tengah fasa sembuh, sambil layan bleeding keluar di hidung. Harap dalam masa 2 minggu dia  akan bebetul sembuh!




Catat Ulasan

0 Ulasan