SUPRISE GIVEAWAY BY AIENIENKA

 

Nampak giveaway ni memang rasa nak join sebab giveaway ini didatangin dengan cerita iaitu The Best Surprise yang pernah saya dapat.

Hmmm, nak cakap tentang surprise ini, saya jarang dapat. Hahaha. Kalau zaman sekolah sebab sekolah baru nak bermula jadi semua orang macam baru bermula nak adapt dengan kehidupan yang penat setelah lama cuti sekolah. Tetapi pernah saya dapat surprise dengan kawan - kawan. Diorang mulakan surprise saya dengan membuat saya menangis. Dua kali sebenarnya kena. 

Saya ingat waktu tingkatan satu. Apa yang kawan - kawan saya buat ialah mereka sorok kasut sukan saya yang baru saya beli. Menangis saya mengenangkan bukan main susah nak simpan duit belanja ibu dan ayah bagi waktu itu sebab nak beli kasut sukan baru (Parents saya memang begini, didik saya untuk belajar menyimpan bila teringin nak beli sesuatu). Menangis saya depan surau itu bila tak jumpa kasut yang saya nak cari. Lepastu ada orang cakap "tadi ada nampak juga depan toilet mana ntah, cuba check sana". Saya dengan tangisan terus pergi tandas yang dinyatakan. Sampai sana terus tetiba orang menyanyi lagu "happy birthday" sambil tunjuk kasut saya.

Apa lagi, terus saya sambung menangis lagi. Haha. 

Itu lah surprise yang saya rasa macam Allahu. Waktu tu macam menyesal orang tahu birthday saya. HAHAHAHAH.

Dalam banyak - banyak sambutan hari jadi, saya suka waktu saya berada di PASUM. Sebab kami dikelaskan mengikut bulan hari jadi. Rasa sangat teruja sambut birthday dengan geng - geng bulan Januari gitu. Paling saya ingat ketika zaman PASUM ini ialah, pertama kali saya jumpa lelaki - lelaki yang berkualiti. Selalu kalau bab - bab jamuan kelas, perempuan yang uruskan betul tidak? Tetapi berbeza dengan waktu itu. Kami yang perempuan hanya turun untuk makan sahaja. Para lelaki telahpun siapkan segalanya untuk kami. Suami material semua yang berada di situ! Hahahaha.

Rindu betul memori begini. Harap dapat berjumpa dengan mereka.

Apa - apa pun giveaway ini tidak tamat lagi. Jemputlah sertai. Nak sertai boleh tekan banner tu okay <3

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Goodluck and all the best nadia! ;)

    BalasPadam
  2. Adooo mana pergi lelaki mithali tu semua? boleh la rembat buat laki sorang. Hahaha

    Anyway, senarai dah pun di update. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lelaki ni hilang dah semua sejak covid. Senyap menyepi je

      Padam
  3. Prank birthday ke rupanya. Bahaya gak orang tahu birthday ni takut buat luar dari kebiasaan tu.

    semoga ada rezeki nad dalam giveaway Aien ni. Aaminn...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Sejak hari itu saya menyesal dah. Saya taknak orang tahu birthday saya. sebab saya agak tak suka prank gini, sebab saya baby girl. Confirm menangis

      Padam
  4. Seems wonderful giveaway! Thank you for sharing<3

    akiko
    https://kimonosnack.blogspot.com

    BalasPadam
  5. Sweet memories tuuu.

    Blogwalking dari GA yang sama . Semoga ada rezeki :D

    https://theathra.blogspot.com/2021/09/suprise-giveaway-by-aienienka.html

    BalasPadam
  6. Good luck Nadia :)

    https://www.amazingdistance.com/2021/09/surprise-giveaway-by-aienienka.html

    BalasPadam
  7. Salam singgah daripada giveaway yang sama, best of luck to you.. Semoga ada rezeki..

    https://www.shikinrazali.com/2021/09/suprise-giveaway-by-aienienka.html

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.