20 November 2026 | Selepas seminggu pembedahan, akan ada follow up untuk check tempat surgery.
Saya amat suka dengan hospital sunway damansara ini sebab ia dekat dengan MRT Surian. Tidak perlu drive untuk jumpa doktor. Lagi lagi sejenis yang kadang kadang nervous bila drive.
Sewaktu tunggu doktor, pesakit sebelum saya adalah seorang kanak kanak bayi. Menangis kuat. Dan apabila giliran saya? Menjerit ! Saya cakap dekat doktor, saya sama sahaja macam bayi tadi (penakut) cuma tak nangis sahaja.
Rasa ngilu sangat bila doktor sedut darah tu dan doktor pun memang buat tugas beliau and bila nampak saya dah tak tahan, beliau stop.
Next appoitnment adalah 10/12, harap yang terakhir!



0 Ulasan
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.