Drama i-Tanggang: Episode 3 - Money

 

Drama: I-Tanggang (Mother of All Lies)

Episod 3: Money

Waktu Siaran : Isnin, 9.00 malam

Siaran TV: Astro Citra

Pengarah: Wan Hasliza Wan Zainuddin, Alak Idle, Rashidi Ishak

Produksi: KL Motion Pictures

Terlambat pula kali ini tengok episod 3 I - Tanggang. dekat TikTok bukan banyak dah spoiler ada. Disebabkan taknak ternampak spoiler banyak sangat, saya sanggup puasa TikTok hahaha. 

I - Tanggang every week memang akan buat kita berdebar dan lagi tertanya segala perkara yang berlaku. Apa sebabnya, puncanya kenapa dan bagaimana kita nak selesaikan setiap masalah yang berlaku. Sebagai manusia apa pula yang kita nak buat bila berhadapan dengan situasi begini. Haha banyak pula saya bebel tiba - tiba.

Dalam episod 3 ini bagi saya banyak pula rasa ngilu sakit tu. Ada beberapa part darah yang saya tengok saya rasa nak muntah. Tak pasal - pasal rasa diri sendiri pulak yang sakit. Moga dijauhkan

Color Grading untuk Perbezaan Dua masa yang berbeza

Cinematography yang saya suka pada episod 3 ini, Penggunaan warna nak membezakan masa depan dan masa silam. Memandangkan sem lepas saya belajar mengenai cinematography, benda - benda begini sebenarnya memang buat saya tertarik. Lagi - lagi ia berkait rapat juga dengan kursus saya buat. Saya buat short movie bertemakan dua timeline. Kita bezakan menggunakan warna. Jadi saya suka penggunaan warna untuk membezakan timeline.

Apa yang Terjadi pada Episod 3 I-Tanggang ini? [Spoiler Alert]

Dalam episod 3 kita akan tahu lebih terperinci lagi apa yang berlaku pada Khay. Banyak betul Khay lalui sampai saya sendiri rasa tak sanggup melihat. Bayangkan pada episod 2, Khay diberi blue pills dan dipasangkan food tube.

Oleh sebab Erma terlalu sakit hati dengan komen - komen negatif oleh netizen, Erma mengambil keputusan untuk memanggil wartawan untuk menulis cerita mengenai kehidupan mereka. Dekat sini lah akan ada scene - scene ke masa silam untuk memberi tahu pada kita bagaimana sebenarnya Erma boleh teruskan hidup menjadi suri rumah. Sesuai dengan tajuk kecil minggu ini ialah Money. 

Erma scroll social media dan nampak post oleh bekas suami nya, betapa bahagianya bekas suaminya telah bertemu dengan cinta hati. Jadi posting tersebut banyak mengenai suaminya dating. Disebabkan sakit hati, Erma telah menarik food tube (boleh rujuk gambar di atas), maka bila tarik, memang berdarah lah hidung si Khay tu. Time ni memang saya tak berapa kuat. Bunyi tarik sahaja dah sakit apatah lagi melihat darah.

Kemudian, Erma membawa Khay ke hospital tempat dia bekerja dahulu. Disebabkan Erma dah biasa dengan persekitaran hospital tersebut, Erma telah menceroboh fail pesakit iaitu fail Khay. Erma telah mengambil keputusan untuk memalsukan maklumat kesihatan Khay dengan membuat laporan bahawa Khay memelukan tube gastrik.

Ingat lagi pada posting episod 2 saya ada nyatakan beberapa persoalan yang saya nak tahu tentang Dr Norman. Saya nak tahu sama ada Dr Norman ini sebenarnya bersubahat atau tidak dalam memberi kesakitan kepada Khay ini. Rasanya untuk episod 3 ini memberi hint bahawa Dr Norman ini tidak terlibat. Dia hanya lah seorang Dr yang tidak tegas sedikit. Cepat makan dengan pujuk rayu si Erma yang mahukan tube gastrik hasil dari laporan palsu yang telah dibuat.. 

Baca juga: I-Tanggang Episod 2 - Blue Pills

Erma telah membuat post mengenai Khay di social media dan nyatakan perasaan memerlukan wang untuk membuat pembedahan. Netizen simpati lalu membuat derma terhadap Khay. Dekat sini saya rasa Erma menggunakan anaknya untuk mendapatkan wang. Bayangkan kalau jumlah duit daripada RM200 boleh naik hingga beribu - ibu.

Disebabkan itu Erma ada sahaja perancangan untuk membuatkan Khay kelihatan sangat sakit. Ingat lagi episod 1, Khay boleh bangun daripada kerusi roda? Yang saya ingat Khay sebenarnya bersubahat. Tetapi dalam episod 3 ini kita akan tahu kenapa Khay pakai kerusi roda. Kerana Erma kata pada Khay "dekat luar kena berjalan guna kerusi roda, kalau tak Khay boleh mati". Dan Khay diminta untuk merahsiakan hal ini pada sesiapa pun termasuk ayah sebab Erma kata "kalau bagi tahu ayah, nanti kena duduk dengan Mak Tiri yang jahat sama macam dalam TV". Oleh itu Khay akur disebabkan tidak mahu mati dan tidak mahu tinggal bersama mak tiri yang jahat.

Baca juga: I-Tanggang Episod 1 - I'll Never Let You Go 

Untuk episod 3 ini kita akan nampak keluarga Syafiq. Syafiq selaku anak sulung memang nampak garang namun penyayang. Syafiq ada juga termarah adik - adiknya ketika makan kerana dia perlu berpenat lelah untuk membeli keperluan adik - adiknya. Walaupun dalam keadaan marah, Syafiq tetap berusaha mencari rezeki untuk membeli keperluan adik - adiknya. Dapat juga lah Syafiq membeli pensel warna baru dan baju uniform pengawas untuk adik - adiknya. 

Ibu Syafiq ni saya boleh klasifikasikan sebagai Ibu yang meroyan lepas bersalin. Tak pasti betul atau tak, tetapi kita boleh nampak apabila Ibu Syafiq tak berapa mahu menjaga anak kecil yang baru beberapa bulan itu. Menangis pun buat tak tahu, Syafiq juga yang kena uruskan.

Kemudian, dalam keluarga Syafiq juga diketengahkan watak adik beradiknya yang no.2, Sue. Watak Sue dalam episod 3 ini kelihatan seorang perempuan yang ketakutan rahsia yang keluarga tidak mengetahui rahsia. Sewaktu saya tengok raut wajah Sue dalam drama ini, saya dapat mengagak, perempuan benda dia akan paling risau kalau mengandung luar nikah. Ternyata tekaan saya tepat. Pada hujung hujung cerita menunjukkan Sue bangun dari katil dan kemudian berdiri di hadapan cermin dan menunjukkan baby bumpnya. Sah mengandung.  

Esra pula fuh makin mengganas. Dalam episod ini memang dia play victim betul dengan buat video seolah - olah kena halau, padahal nak mak dia nak hantar dia pergi sekolah sahaja. Ibu Esra kali ini cuba untuk bertegas dengan membiarkan sahaja Esra untuk moving out from the house memandangkan Esra nak sangat. Namun, ayah Esra ini terlalu berlembut dengan alasa "Malu jiran tengok, dan Esra masih budak lagi". 

Esra memang ganas. Berani betul dia panggil mak dia by nama sahaja. "Alyah open the door". Oh ya lagi satu dia ada cakap "I hate you and your stupid wife" dekat ayahnya. Pedas betul Esra ini.

Disebabkan Ayah Esra rasa kesian, dia pun buka lah pintu dan lepastu Esra tarik tangan ayahnya dan kurung ayahnya keluar. Esra masuk lalu menumbuk maknya dengan sekuat hati sehingga maknya berdarah dan pengsan. Fuh saya sakit balik dengan ending ni. Berdarah lagi. Haih.

-The end-

Episod 3 ini memang berdebar. Ada satu benda yang saya terfikir ialah betapa pentingnya sebagai ibu bapa kita patut mengambil kursus untuk mendidik anak. Jadi lembut pun salah nanti anak jadi Esra. Jadi tegas sangat pula nanti dapat anak depress. hmmmmmm. 

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Dah sampai minggu 3 pun belum sempat layan lagi drama ni Nadia :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunggu habis tayang pun okay, boleh terus tengok next next episod dengan laju HAHAH

      Padam
  2. adudu terbayang dia cabut tube hidung tu. idung mama pula yg pedih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nadia time tu memang dah tutup mata dah, sebab boleh bayangkan darah semua tu

      Padam
  3. sy x tgk lg tp baca feedback ramai kata drama ni best

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.