Semalam tengah tunggu azan berbuka di TV, tengoklah drama Harith Fayyadh. Hati betul - betul tersentuh dengan bait bait dialog yang dilontarkan dari seorang penjaga di madrasah. Dalam drama itu, seorang anak murid ini bertanya dan ingin tahu daripada mana asal usulnya? Betul ke asal usulnya itu sama macam bayi yang tiba - tiba muncul depan madrasah ?
Jem juga otak Ustaz ketika itu sebab benda ini terlalu kompleks untuk diterangkan. Ustaz itu pun menjawab
"Dalam hidup ini ada benda kita patut fikir, ada benda kita tidak patut fikir. Kalau kita fikirkan kesemuanya, melarat pula hati kita berfikir macam - macam"
*p/s: dialognya mungkin tidak serupa tetapi pesanan yang ingin disampaikan lebih kurang begini
Photo by Roberto Nickson |
Saya terharu apabila mendengar dialog tersebut. Sebab situasi saya sekarang, banyak benda bermain dalam minda saya. Sampai saya rasa lelah sebab ada perkara yang saya tidak mampu mengawal tidak mampu menguruskannya. Antara yang bermain dalam minda saya adalah "Apa saya boleh lakukan pekerjaan yang saya akan masuk tak lama lagi ?", "Apa saya boleh teruskan kerja saya dalam bidang web developer ini?", "Apa saya akan merana untuk akan datang?".
Kesemua ini adalah jangkaan masa depan yang saya sendiri tidak boleh dapatkan kepastian. Banyak betul perkara negatif dalam minda saya. Sampailah dialog drama semalam memberi kesedaran bahawa tidak semua benda saya patut fikir dan dapatkan jawapan. Lagi - lagi masa hadapan kita yang kita tak boleh sesuka hati tentukan. Tapi apa yang kita boleh buat ialah untuk memastikan perkara yang kita buat pada hari ini, dan perancangan - perancangan yang kita boleh supaya kita tidak berada dalam masa depan yang gelap.
Kadang - kadang kita kalau boleh nak kawal semua benda sehingga kita lupa dalam hidup ini yang kita perlu fokuskan adalah usaha (perkara yang kita boleh buat) dan seterusnya serahkan kepada Allah (tawakal)
Content blog saya ini makin lama makin berat pula ya. Seorang insan yang baru sahaja ingin ke alam dewasa. Ada banyak perkara yang keliru dan terus bermain dalam minda sehinggakan apa yang saya mahu adalah stay dan tidak berganjak akibat terlalu takut.
20 Ulasan
betul. saya setuju dengan kata-kata tu. lagi banyak fikir, lagi menggusarkan hati. perkara ni memang tak boleh nak kawal. kerana tu, kita disarankan fikir perkara yang best2 supaya hati pun akan rasa best dan tenang
BalasPadamkann, lama lama bila fikir benda tak sepatutnya lagi rasa macam hidup ini sesuatu yang membebankan
PadamInteresting dialogue. There are things that we can change but there are many things that we can change or even control. Wish you the best in your new job.
BalasPadamThank you!!
PadamTak semua benda perlu semakkan dalam kepala, fikirkan yang mana penting je. Fikiran ini kena bertapis kan, ambil yang mana penting aje. Saya followers baru blog ni, salam kenal ya nadia. Jemput follow back ya :)
BalasPadamHai!!! Salam perkenalan. Saya dah followback akak ya :).
PadamBetul lah tu sebenarnya tak semua benda kita patut kusutkan minda kita. Ada benda memang patut kita tahu ia adalah luar daripada kawalan kita
Tak semua benda perlu semakkan dalam kepala, fikirkan yang mana penting je. Fikiran ini kena bertapis kan, ambil yang mana penting aje. Saya followers baru blog ni, salam kenal ya nadia. Jemput follow back ya :)
BalasPadamSaya mula elakkan diri daripada terlalu stress dan fikir terlalu kedepan... sejak baca ada orang sampai pecah pembuluh darah sebab terlalu stress . Benda yang belum berlaku, saya usah dan teruskan berdoa agar bebaik aje.. tiba masa, kena cuba untuk terima apa jua yang berlaku.. Hidup sementara. Hm
BalasPadamAllahu, baru tahu tentang issue pecah pembuluh darah tu. Bahaya nyaaa. Semoga kita baik- baik sahaja
PadamKak Sue sejak dah remaja purba nie kan, tak suka nak sesak kan sangat kepala kalau ada masalah.. atau benda yang belum kita tau apa akan jadi. Memang susah nak buat, tapi InsyaAllah lama-lama kita akan biasa dah.. Kak Sue doakan semoga semuanya baik-baik aja untuk awak ya.. Aamiin Ya Rabb..
BalasPadamTerima kasih Kak sue doa yang baik baik untuk saya. Begitu juga kak sue semoga semuanya dipermudahkan. lagi lagi perniagaan kak sue.
Padamlagi banyak fikir lagi tak tenteram hati kan...baik x yah fikir...especially bab jodoh...hehehe...
BalasPadamJodoh ini pun sebenarnya bab sensetif kan? Sebab jodoh pun tidak boleh dipaksa.
PadamBetul cakap ustaz dalam cerita tu. Nadia fikir yang baik-baik saja. Apa yang kita fikir, itu yang kita panggil dalam hidup kita. (Law of attraction). Akak yang dah tua ni, dah masuk 40-an, lagi la tak mau fikir macam-macam. Benda yang di luar kuasa kita, tak payah la nak fikir. Tulis pun membantu, sebab bila tulis, kepala jadi kurang semak, sebab dah lepas atas kertas. Insya-Allah, semuanya baik-baik belaka.
BalasPadamSebab tu la kan pentingnya belajar untuk berfikir positif, jadi kita boleh tarik positif tu
PadamThank you for sharing about Harith Fayyadh, and you are true! I totally agree with you about planning for future<3
BalasPadamakiko
https://kimonosnack.blogspot.com
"Kadang - kadang kita kalau boleh nak kawal semua benda sehingga kita lupa dalam hidup ini yang kita perlu fokuskan adalah usaha (perkara yang kita boleh buat) dan seterusnya serahkan kepada Allah (tawakal)"
BalasPadamBila dah masuk alam pekerjaan, Nadia kena sentiasa pegang kata-kata ni. Sebab ramai yang stress bila things didn't go as they planned & it affects their motivation.
Rasa nak menangis baca comment dari akak. Terima kasih sangat-sangat atas nasihat yang diberi.
PadamTidak dinafikan sebagai manusia kita lupa yang selepas usaha, adalah tawakal.
InsyaAllah, akan saya pegang kata- kata ini
Cantik ayatnya dan maksudnya mendalam. Tertusuk terus ke jiwa. Ayat yang menyedarkan kita. Kadang otak ni terlalu complex nak fikir macam-macam. Kesian otak.
BalasPadamBetul! Kebetulan waktu itu memang otak saya tengah complex. Muncul pula ayat yang mendalam
PadamSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.