Tajuk kali ini sebenarnya bagaikan anda semua hadir ke majlis motivasi sebenarnya. Hehe. Entah kenapa saya tertarik sebenarnya ingin menjadi blogger yang lebih aktif dan lebih bagus.
Bukan soal sweet sebenarnya. Tetapi, saya lebih kepada nak berbual dalam bentuk asynchronous communication. Maksudnya saya meletakkan komen, kemudian anda balas komen saya maka terjadilah komunikasi dua hala. Sengaja ingin memeriahkan lagi dunia blog. Lagi satu, sebab saya teringin pula nama saya ada dalam senarai top commentators anda bagi mereka yang mempunyai widget ini dalam blog.
Perkara kedua yang saya nak ubah ialah, meningkatkan kekerapan saya menulis post. Saya perasan rata-rata blog yang hebat seperti SitiMerahJambu, Atiqah, Farhana..... dan sebagainya. Rata-rata akan membuat posting yang sangat kerap. Saya ada menganalisa archive blog mereka. Bayangkan dalam sebulan mereka mempunyai 61 posts. Kalau saya pakai ilmu Math saya, saya kira-kira purata posts dilakukan oleh mereka ini lebih kurang sehari 2 posts. Nampak macam sedikit sehari 2 posts. Tetapi bagi saya, sangat banyak sebab setiap posts mereka sangat panjang dan ia bukanlah sesuatu yang mudah bagi saya. Mungkin mudah buat otai blogger-blogger ini, sebab sudah kerap menulis, jadi bab-bab menulis blog ini senang sahaja buat mereka (Tetapi saya masih kagum dengan mereka).
Perkara ketiga yang saya nak ubah ialah, setiap kali kalau otak saya mendapat idea untuk menulis post. Saya akan terus tulis di mana-mana dan jadikan ia sebagai draft untuk saya catat. Dahulu saya malas, tetapi kini selepas melihat ramai otai-otai sebenarnya membuat post lebih daripada 2 setiap hari. Jadi saya perlu berubah mencontohi mereka yang lebih hebat ini. Sedikit sebanyak mungkin saya boleh berjaya mencapai Pageviews 1 Juta sebelum tahun 2021 berakhir. Hehe. Besar sungguh harapan saya. Kita lihat nanti bagaimana untuk tahun 2021 nanti,
Perkara keempat yang saya nak ubah ialah keberanian saya untuk share link blog saya di laman sosial. Saya sebenarnya agak tidak yakin untuk share link blog saya disebabkan saya takut kalau rakan-rakan saya semua gelakkan saya dan kata "blog ini tidak relevan dah buat masa sekarang, lebih baik buat video di youtube". Dekat sini sebenarnya saya akan mula tidak beberapa yakin. Tetapi kini, saya ingin mencuba sedaya upaya saya untuk sesekali share link di laman sosial saya.
Perkara kelima yang saya patut lebih berusaha lebih ialah, join giveaway anjuran para blogger. Bukan apa, saya selalu nampak tetapi selalu lupa nak join. Jadi kali ini saya akan cuba merajinkan diri untuk join giveaway anda semua. Semoga ada rezeki tercalon untuk menjadi pemenang,
Perkara terakhir yang saya nak cuba capai ialah untuk membuat posting yang memberi manfaat kepada semua orang. Contohnya seperti post : BUKUGRADUAN , MOBILE DATA SEBAGAI HOTSPOT , Tentang perjalanan saya coding dan sebagainya. Untuk menjadi seorang yang memberi manfaat, saya kenalah bertukar menjadi seorang yang rajin mencari ilmu dan kongsikan kepada orang ramai.
27 Ulasan
setuju dengan point yang diberikan
BalasPadamSegan pulak disebut disitu. Terima kasih Nad. Semoga kita semua berjaya jadi active blogger yang kekal active. Cuba dulu dan tengok sejauh mana kita boleh buat. Bila dah biasa, tak ada hal dah. Yakin boleh! Semoga tercapai semua misi Nad.
BalasPadamhehe, terima kasih kak. akak memang idola saya!!!!!!!!!!!
PadamInshaAllah smua tu boleh diubah.. slow2.. siapa yg ckp blog tak relevan zaman skrng tu sbenarnya dia kena byk mendalami blog lg.. baru dia tau. hehe..
BalasPadamHaha, betol. Dari segi teknologi, blogger agak ketinggalan sedikit berbanding beberapa platform baru yang telah wujud seperti wordpress, hashnode, medium dan sebagainya
Padambagus juga jadi aktif untuk tinggalkan komen kat blog orang sebab kalau jadi silent reader orang tak tahu kewujudan kita..hehe
BalasPadamYe betul tu, kita taknak jadi silent-reader sebab nak bagi tahu orang kita pun ada blog juga hehehe
PadamGoodluck nadia! Mari kita sama sama menjadi blogger yang aktif! Hehehe.
BalasPadamSaya dulu dan sampai sekarang pun malu nak share link blog sebab kawan kawan ramai anggap blog tak relevan dah. Ada yang gelak gelak, tapi takpelah, mereka tak akan pernah faham pasal blog ni, jadi kita teruskan aje kehidupan kita sebagai seorang blogger. Abaikan kata kata negatif dari mereka semua. In shaa Allah, nanti nama nadia boleh tersenarai dalam top commentators :) Fighting! ;)
Setuju!, saya pun segan juga bila nak share link rasa macam insecure semua ada lah. Tetapi kita slow slow je share. orang nak kata apa kata lah selagi mana kita bukan buat kesalahan kan
PadamYup, blog kita sentiasa di promosi di media sosial. :). Kekadang ramai menjadi silent reader, chill ja janji mereka sudi datang ke blog kita. :) pageviews still naik :)
BalasPadamKalau orang datang blog kita dan menjadi silent-reader, ada beberapa perkara juga kita perlu analisis. Contohnya, mungkin content kita tidak memberi ruang untuk mereka mempunyai pandangan sendiri dan sebagainya. Tetapi menjadi silent-reader pun tidak salah :)
Padamsemoga tercapai semuanya
BalasPadamSemua point tepat..
BalasPadamNaniey jadi silent reader bila tak tahu nak komen apa. Blank terus.. Nak komen jadi tak kena.. :)
Betul, kekadang bila saya buat posting mesti saya fikir juga bagaimana nak tarik orang untuk memberi komen. Supaya nampak lah sebenarnya kita menulis content orang faham dan tidak blank gitu!
PadammOga terus tercapai impian untuk kekal menjadi blogger aktif. Aien pun macam chipsmore. kejap ada kejap tak ada. Haha
BalasPadamkekadang kita busy terpaksa menghilang juga kannn
Padamganbatte!! kai pun selalu rasa malas... contohnya macam hari ni sepatutnya kena tulis post yang dah tertangguh dua hari tapi..... hmmmm
BalasPadamTulis post ni kena ada mood juga sebenarnya hahahaha. kekadang mmg lost ah nak post apa tak tahu
Padamaww segan pulak beberapa kali masuk dan dijadikan blogger contoh. Semoga ilmu yang dikongsi dapat bantu nadia & blogger lain juga. Dulu memang susah jugak nak menulis tapi bila dah biasa, 600 words tu sekejap je dah boleh tapau. Good luck ye Nadia :)
BalasPadamp/s : bab promote dekat social media tu I tak prefer sangat sebab FB/IG memang suka ban link blog dan cop kita scammer. Kalau nak berkongsi dekat media social, kongsi progress dari segi gambar atau tulisan supaya orang tertarik dengan blog kita. Berbalas komen pun google boleh capture blog kita sebab tu jangan jadi silent reader. Kalau tak tahu nak komen apa, cari point dalam mana2 perenggan dan buat personal statement.
Wahhh nice tips lah pasal cara nak komen tu. Baru tahu berbalas komen pun boleh capture blog kita. lagi semangat untuk taknak jadi silent reader!!!!!!!!!!!!
PadamHaiii sy rabia
BalasPadamSy singgah ke sini
Jemput ke blog sy
rabiadawiyah21.blogspot.com
Hai. OKEY AWAK KITA OTWW NI KE BLOG AWAK!!!!!!!!
Padampd mulanya mmg akan rasa payah tp lama kelamaan akn terbiasa. jgn berhenti menulis. chaiyok!��
BalasPadamBetul, Saya akan teruskan perjuangan menulis ini
Padamdone follow..salam kenal! akak dulu aktif la...sehari 4-5 post, now dah makin busy ngan keja, anak plak dah besar2...sbb dulu memang cita pasal anak2..memang muka diaorang je la, pas tu entry jalan2, makan2...now dah x leh jenjalan, x leh makan2 kat luar... ha ha..so post la pasal pokok bunga...akak tulis blog ni mcm tulis diary...but bergambar & more utk kenangan diri sendiri. but ada gak entry yg membantu org, siap dpt email lagi..rasa seronok sgt bila dpt respon mcm tu... moga terus aktif berblog!!! seronok sebenarnya...dpt kawan2 baru..kitaorg siap ada geng lagi, alhamdulillah still keep in touch..semua tu dr berblog la... :-)
BalasPadampanjang plak komen.. he he he.
Eyhh kita faham bila dapat email bila kita buat posting membantu orang kan. Rasa macam Alhamdulillah ada juga kebaikan kita dekat orang. Betul seronok dapat jumpa kawan kawan baru dekat blog ini. Majoriti semua positif positif gitu. Kita pun baru je jumpa blog akak. Terima kasih tau follow kita!
PadamAll the best nadia.. mulakan dulu dgn sehari 1 post insyallah terbiasalah nnt nk update selalu
BalasPadamSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.