Drama: I-Tanggang (Mother of All Lies)
Episod 1: I'll Never Let Your Hand Go
Waktu Siaran : Isnin, 9.00 malam
Siaran TV: Astro Citra
Pengarah: Wan Hasliza Wan Zainuddin, Alak Idle, Rashidi Ishak
Produksi: KL Motion Pictures
Astro kali ini telah membawakan lagi drama premium terbaru bagi mengisi slot Astro Originals iaitu I-Tanggang yang mengetengahkan isu penderitaan mental Sindrom Munchausen (Munchausen Syndrome by Proxy)
Sindrom Muchausen adalah sejenis gangguan mental yang menyebabkan seseorang itu mendakwa diri mereka sakit walaupun mereka sebenarnya tidak. Keadaan ini dikaitkan dengan masalah emosi yang serius. Kebanyakan simptom palsu seperti sakit dada, masalah perut, atau demam, cenderung dikaitkan dengan penyakit fizikal.
Ciri - ciri tertentu yang biasa ada pada seseorang yang mempunyai sindrom ini termasuk:
- Adalah ibu bapa atau pengasuh, biasanya ibu
- Mungkin seorang profesional dalam penjagaan kesihatan
- Sangat mesra dan memberi kerjasama dengan penyedia penjagaan kesihatan
- Kelihatan terlalu prihatin (ada yang mungkin kelihatan terlalu bimbang) tentang anak mereka.
Sinopsis:
Drama I-Tanggang mempertengahkan konflik sesebuah keluarga yang mempunyai sindrom Munchausen by Proxy. Drama ini juga menceritakan dua buah keluarga yang mempunyai konflik lain seperti Syafiq yang terpaksa menjadi "rider" demi menampung ahli keluarganya dan juga Ersa yang terlalu dimanjakan oleh ahli kerluarga sehingga menjadi seorangg yang keras kepala. Ia juga mengetengahkan juga konsep "Derhaka" yang boleh berlaku dalam kehidupan seharian. Di mana derhaka tidak datang pada satu sudut. Terdapat banyak perkara lain yang menyumbang kepada penderhakaan.
-Sinopsis Tamat-
Kalau kita tengok trailer, atau mana - mana team produksi cerita I-Tanggang ini muncul ada satu trademark yang mereka bawa "Anak yang Derhaka atau Ibu yang Durjana?". Trademark yang dipertengahkan dalam drama ini sangat menarik perhatian saya, memandangkan dalam kehidupan ini kita tahu setiap manusia tak kira umur pasti melakukan kesalahan, kita kadang - kadang berurusan dengan situasi ego atau pun disebabkan kurangnya pendedahan yang membuka minda kita bahawa setiap perbuatan itu salah ataupun tidak. [Fuh terasa membebel pula dekat karangan ini]
Apa yang saya tertarik ialah kerana drama ini sebenarnya dapat membuka mata insan dari persepsi lain. Iaitu kita ada kedua - dua benda dalam kehidupan iaitu Anak yang Derhaka dan Ibu yang Durjana. Dua benda ini adalah realiti. Namun saya percaya, rata - rata filem atau drama lebih mempertengahkan isu Anak yang Derhaka. Drama bersiri ini sedikit banyak sebenarnya memberi suatu pendidikan bahawa dua benda ini adalah realiti yang ramai terlepas pandang.
EPISOD 1: I'LL NEVER LET YOUR HAND GO [SPOILER ALERT]
Dalam episod 1 ini telah memperkenalkan dua buah keluarga. Keluarga pertama ialah keluarga Khay ( Danish Hazriq) yang dijaga oleh Erma (Sharie Merlis). Cerita episod 1 ini dimulakan dengan teaser klip tentang Khay disoal siasat tentang pembunuhan ibunya. Dari sini kita tahu sebenarnya Erma mati. Tapi bagaimana, siapa yang bunuh kena tengok drama ini sampai habis.
Kemudian cerita diteruskan dengan hari pelancaran buku Erma. Erma membuat pengumuman bahaya Khay telah menghidap penyakit kanser semula. Rahmat (Faizal Hussein) ayah kepada Khay dan Dr Nini (Sofia Jane), salah seorang bekas doktor Khay juga berasa keliru dengan berita yang diumumkan oleh Erma.
Rahmat mahu membawa Khay balik kerumah nya seminggu dua minggu untuk diluangkan masa bersama - sama, namun Erma berkeras hati tidak mahu memberi Rahmat membawa Khay. Oleh itu, Rahmat secara senyap memberi hadiah "smart phone" kepada Khay agar dapat menghubungi Rahmat.
Khay sebenarnya tidak mahu menerima hadiah smart phone yang diberi oleh ayahnya kerana takut akan ibunya bakal marah pada dia. Namun Rahmat berkata "tak dengar kata ayah pun derhaka tau". Oleh itu, Khay ambil.
Semasa perjalanan pulang Erma dan Khay, Erma telah bertanyakan kepada Khay sama ada Khay gembira atau tidak dapat bertemu dengan ayah. Jawapan Khay adalah "gembira".
Waktu tibanya dirumah, pergerakan kamera fokus pada kaki Khay. Khay menggerakan kakinya perlahan - lahan ke lantai dan kemudian berdiri. Ketika ini sebagai penonton saya terkedu dan persepi pertama saya adalah "apa yang diperkatakan oleh Erma sepanjang majlis pelancaran adalah salah?
Kemudian erma bertanya kepada Khay, "kenapa Khay gembira dapat berjumpa dengan ayah ?" , Waktu ini dengan cara pengambaran kita boleh fikir kalau Khay jawab soalan ini dengan betul dia akan selamat, sekiranya dia bagi jawapan yang salah maka dia takkan selamat.
Dekat sini Khay tidak selamat. Salah jawapan yang Khay bagi. Mula pada saat ini kita sedikit demi sedikit akan tahu kisah silam Erma (Nak tahu sila tengok okay)
Seterusnya cerita menunjukkan keluarga Syafiq. Yang ini pun menarik, sebab ayah Syafiq ini dikira sebagai seorang yang alim, namun memberi nafkah sangat gagal sehinggakan Syafiq yang kena menggantikan menyediakan nafkah buat keluarga. Dialog paling aku macam rasa kejung ialah apabila ibu syafiq kata "Jangan jadi Derhaka" dan kemudian syafiq balas "Syafiq cari rezeki siang malam, umi masih kata derhaka?".
----
Fuh panas betul cerita ini. Saya sarankan anda yang sedang membaca tontonlah drama bersiri yang sangat hebat ini.
19 Ulasan
Drama yang menarik. Belum sempat tengok lagi episod 1 isnin haritu.
BalasPadamTengok kak jangan tak tengok. Saya memang suka drama bersiri yang banyak input ni
PadamBaikk, ada masa free boleh tengok nanti :)
PadamMacam menarik. Belum pernah dengar Sindrom Muchausen.. Tapi ingat masa belajar dulu somatoform disorder. Dia rasa dirinya sakit tapi bila buat pemeriksaan tak de sakit apapun..
BalasPadamBanyak kan sebenarnya penyakit yang dari segi manipulasi mental ni. Kita je tak sedar sebenarnya kita sedang mengalami. Ikutkan dulu depression ni bukan sesuatu issue yang orang tahu, selalu tekanan emosi dikaitkan dengan tiada pegangan agama sedangkan kebanyakkan pesakit ni semuanya mendapat tekanan emosi disebabkan masa silam yang membentuk diorang ke arah ini.
PadamMenarik utk ditonton.. jarang ada sakit syndrome ni di malaysia
BalasPadamSebenarnya saya rasa dekat Malaysia ni ramai, tapi penyakit begini tak diketengahkan
PadamBestnya drama ni..tp kalau tayang kat astro xdapat la tgk ^_^
BalasPadamMemang nak tengok cerita ni. Tapi, belum berkesempatan lagi.
BalasPadamwow ingatkan cerita pasal tanggang rupanha pasal Sindrom Munchausen. first time dgr penyakit ni. bahaya juga tu
BalasPadamAsalnya saya pun ingan Tanggang ni for derhaka , Tapi kisah keluarga yang merana
Padamdrama ni serius best..nad pun layan..awak kalau nak supercube roger nad ok..:)
BalasPadamKesian dekat Kay, dari kecik lagi dah kena paksa makan ubat sebab mak dia sakit mental
BalasPadamKan, sebabnya nak raih simpati suami je tu, tetapi akhirnya jadi lain sudah
PadamHye. Mcm mana nak tguk cerita ni full movie from episode 1 until episode now
BalasPadamye?
Ini soalan seram ya, Boleh tengok di astro go ya
Padammacam besttt. kat mana nk tgk cite ni selain kt astro citra?
BalasPadamTiada pilihan lain melaikan tengok di astro atau astro go
Padamboleh tgk online ke cite ni.kt mana ye
BalasPadamSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.