Pejam celik pejam celik kita tahu tahu dah seminggu berpuasa. Cepat betul masa berlalu meninggalkan kita. Bulan ramadan ni makin lama makin mencabar untuk orang yang ada gastrik ini. Ramadan pertama rasa semangat, masuk ramadan ketiga dan seterusnya memang rasa bersabar dengan gastrik. Perut dah mula lah buat tanda-tanda. Tekak rasa nak muntah dan cirit birit.
Gastrik ini kalau setiap kali dah kena, memang selepas itu memang kena berjagalah. Orang yang ada gastrik mesti faham bila rasa puasa ini kadang - kadang lesu.
Ujikaji Sahur
Sepanjang minggu ini, saya cuba sedaya upaya untuk pastikan sahur saya adalah sesuai untuk orang gastrik macam saya. Nak makan berat pun kadang - kadang tiada selera. Nak taknak kita memang kena juga makan. Kalau tak sahur, seharian puasa tu memang akan terus terbaring sebab ibarat tak makan 24 jam kalau saya tak sahur.
Dalam banyak - banyak resepi sahur, resepi yang saya perasan amat membantu saya adalah overnight oat. Alhamdulillah apabila saya makan overnight oat dan juga beberapa protein (telur, ikan, atau ayam) ia amat membantu saya untuk tidak cepat rasa lapar atau saya nak kata dapat perut tak sedap tahap tinggi tu tiada.
![]() |
Photo by Karine Monteiro |
Kalau saya sahur tanpa overnight oat. Seharian itu dalam pukul 11 pagi tu saya dah akan rasa perut lapar, lepastu lama - lama tak berhenti sendawa sebab angin dah mula muncul dalam badan. Lama - lama terus rasa nak muntah.
Jadi bagi yang ada masalah seperti saya, mungkin ada boleh cuba untuk sertakan overnight oat dalam sahur anda. Ada sesetangah kata bahawa overnight oat ini sebenarnya sudah memadai. Tapi saya memang akan tambah protein + sayur.
Resepi Overnight Oat
- Lima sudu rolled oat
- Satu sudu peanut butter
- Dua - Tiga Biji kurma (Buang bijinya)
- 250 ml susu (low fat, fresh milk, fullcream)
- Goncang dan biarkan dalam peti ais.
![]() |
Photo by Rafa De |
20 Ulasan
Selamat menjalani ibadah puasa ramadan dan ibadah yang lain2nya
BalasPadamSemoga Allah beri kesihatan yang baik. Amal makan buah kurma di waktu sahur semoga ia memberi tenaga di waktu pagi . :)
BalasPadamselamat berpuasa nadia... akak ni dah 2-3 bulan x buat rope skipping... cycling pun x.. huhu.. ghisauu
BalasPadamKak mim mesti banyak gerak ni uruskan hal rumah ke. hehehe
Padamsbb tu lah kakmim parking jauh masa ambik anak sekolah spy dpt jugaklah berjalan jauh walaupun xdelah byk benor kalori yg burn... hehehehe... lgpun kalau parking jauh x stuck dlm jem dpn sekolah
PadamPandai kak mim ehhh. Bijak bijak
Padamtak pernah lagi cuba overnight oat ni. sebab selalu pulun nasi je hehehe
BalasPadamCubalah overnight oat. Sedap pun sedap hehe
Padamada juga sy survey kat IG yg jual overnight oat ni. cuma belum terbeli je lagi. nak buat sendiri...diakui diri ini sangat laa malas hehehehe
Padamlama xmakan overnight oat niii
BalasPadamMenganggu juga ye bila ada gastrik ni. Bagusla dapat makan oat bantu sikit kenyang sepanajang ramadan
BalasPadamBetul. Sebab tu better elakkan daripada kena gastrik. hehe
PadamOvernight oat memang bagus. Semoga Nadia diberi kesihatan yang baik untuk berpuasa.
BalasPadamAmin. Terima kasih nur
PadamSelamat berpuasa Nadia.. Kak Sue pun ada gastrik juga. Nie nak masuk dua minggu puasa dah ada tanda gerd nak menyerang.. haru betui..
BalasPadamSelamat Berpuasa kak Sue. Semoga kita kuat ye hadap ramadan ni. Bila dah kena tanda tanda serang ni memang nak rasa longlaiii
PadamMantap.. bangun awal dan bersenam. Teringat habit CEO company lama saya bekerja. Bangun awal joging atau berbasikal. Balik mandi dan solat subuh baru ke pejabat. Malam lepas mandi solat dan makan, wajib dia panggil anak-anak dia one-by-one tanya apa yang berlaku untuk hari tu untuk dikongsi. Parenting goal betul.
BalasPadamAllahu, itu adalah parenting goal yang sangat hebat. Semoga nanti kita jadi ibu bapa pun kita akan berjaya dapat didik anak anak kita dengan baik
PadamBila ada gastrik ni betul betul kena jaga pemakanan lagi lagi masa puasa ni. Okay jugak dah jumpa makanan yang sesuai. Dulu rajin jugak buat overnights oat guna oat biasa tapi. Belum cuba lagi rolled oats. By the ada typo, kumar tu..kurma kan..nanti orang cari kumar tu apa pulak :)
BalasPadamTerima kasih atas terguran ejaan tu. Tidak perasan pula. Betul nanti orang cari pula kumar tu apa.
PadamBetul, kalau dah gastrik memanng kena jaga
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.