Drama I - Tanggang: Episode 2 - Blue Pills

 

Drama: I - Tanggang (Mother of All Lies)

Episod 2: Blue Pills

Waktu Siaran: Isnin, 9.00 Malam

Siaran TV: Astro Citra

Produksi: KL Motion Pictures

Untuk sinopsis tentang drama I - Tanggang boleh baca : Drama I - Tanggang

Baru masuk episod dua dah rasa berdebar dah. Rasa berdebar betul bila tengok. Pandai KL Motion Pictures ini bermain dengan cinematography dalam drama bersiri ini. Drama bersiri ini adalah drama yang serius tetapi disebabkan seperti element music dan pergerakan kamera buat kita terus fokus.

Sebelum saya pergi ke bahagian spoiler, ada satu cinematography yang paling saya suka dalam episod 2 ini.

Transition cerita menggunakan teknik zoom in dan zoom out + fokus kepada objek.

Haha tak tahu lah betul atau tak dengan apa yang saya tulis ini. Saya rasa suka apabila timeline masa depan bertukar ke masa silam dengan menggunakan objek jug air. Dia macam masa depan tanya "awak nak air, saya ambilkan", lalu kamera zoom in ke jug dan kemudian dia zoom out dah masa silam tengah pegang air yang dia baru tuang itu. Dekat sini nampak terbaik gitu.

Apa Yang Jadi Pada Episod 2 I - Tanggang [Spoiler Alert]

Sebelum terjun dalam kepada episod 2 ini, kita mulakan dengan intro bagi drama episod 2 ini. Dalam episod 1, kita akan dengar perkataan derhaka. Dekat episod 3 ini, Syafiq, Kay dan Esra bertemu di media social disebabkan #Derhaka. Saya rasa dekat sini memang pedas betul ayat yang Syafiq telah luahkan iaitu "Anak itu derhaka sebab mak bapak dia. Mak bapak dia punca. Apahal semua nak salah anak je?!!". Ayat ni deep sebenarnya, saat saya baca tetiba terkenang cerita Khabi Khushi Khabi Gam, di mana ada satu dialog Shah Rukh Khan berkata "apa anak juga tiada perasaan dan tidak akan terasa?" (lebih kurang lah).

Dalam episod 2 ini kita dikenali dengan sebuah keluarga baru iaitu keluarga Esra (anak). Esra dibesarkan dengan kemewahan dan kesenangan serta kemanjaan. Ikut plot disebabkan itu, Esra ini menjadi anak yang derhaka. Dekat cerita keluarga Esra ini saya masih mencari punca paling kukuh kenapa anak mereka bersikap agresif seperti itu. Sebab ikutkan cara mak dan ayah berkomunikasi tiada tengking tengking. Mungkin episod akan datang baru kita tahu punca yang lebih dalam.

Esra ini tidak mahu pergi sekolah, kerana dia mahu menjadi youtube influencer. Kata Esra "Ilmu dekat sekolah ini tidak memberi manfaat pun kepada perkembangan dia untuk menjadi social media influencer". Jadi dia tidak mahu pergi ke sekolah. Mummy dan Daddy dia nak pujuk Esra pergi ke sekolah dengan cuba umpan bagi hadiah, tetapi tak berhasil juga. Malah Esra mencampakkan telefonnya sehingga terkena kepal Daddynya.

Mana tak panas, Daddynya masih ada sikap sabar, beralah juga pergi tukarkan phone dengan telefon yang anaknya mahu. Kemudian apabila beri kepada Esra, Esra masih tidak mahu juga ke sekolah. Mommynya sembang lah dengan kawannya dan bertanya apa patut di buat, diberi idea pula guna polis untuk paksa pergi ke sekolah. Mula - mula nampak jadi lah juga, tetapi saya rasa sebab Mommynya cakap thank you awal - awal sangat, jadi macam kantoi tu semua plan mommynya. Apa lagi Esra buat perangai lah. Waktu kereta tu tengah slow sebab ada orang undur, dia terus keluar dari kereta tersebut. Tak pergi sekolah juga lah akhirnya. 

Dalam episod 2 ini, watak Syafiq si Rider tu agak tenggelam. Cerita ini fokuskan lebih kepada kisah Khay. Dalam cerita ini kita akan tahu banyak kisah silam. Blue pills dalam cerita ini ialah ubat tidur. Dalam episod 2 ini, saya dapat konklusikan kenapa Erma, mak Khay bertindak untuk sakitkan anaknya. Kerana dia mahu meraih simpati pada bekas suami nya. Kira nak bersama semula lah. Jadi anak lah jadi mangsa, buat anak sakit, maka Rahmat (ayah Khay), akan selalu datang rumah, selalu datang rumah boleh lah mengorat, dapat ngorat, Rahmat jatuh cinta. Tetapi setiap langkah yang dia buat pasti tak berjaya pun nak menawan hati bekas suaminya. Makin lama makin teruk tahap sakit yang dia buat pada anaknya si Khay itu.

Dalam cerita ini, ada satu Dr Norman. Dr Norman ini macam ada subahat sahaja dengan Erma, atau sebenarnya dia Dr yang tak berapa jujur. Sewaktu Erma nak upkan lagi tahap kesakitan Khay dengan meminta untuk feeding tube, Dr Norman ini luluskan lepas mendengar ayat "saya bayarkan".  Tak tahulah kalau ada behind the scene yang tak ditunjuk. Tetapi dekat sini saya rasa dia seorang Dr yang tidak profesional.

Pada episod ini juga, Dr Nini berjuma dengan Dr Norman untuk mendapat apa apa info mengenai Khay kerana beliau tahu Dr Norman yang meluluskan mengenai feeding tube. Namun begitu, Dr Norman tidak memberi kerjasama yang tepat. 

Fuh, tak sabar rasanya saya nak tunggu episod 3

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Belum tengok lagi drama ni Nadia. Menarik juga effects transition macam tu kan. Bagus idea pengarah.

    BalasPadam
  2. nak tengok marathon je nanti boleh tak?? drama camni yg best..kita berfikir eh sapa dia, eh kenapa camni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, better tengok marathon jugak sebab kita memangg akan keep tertanya lagi lagi setiap kali episod tamat ada je video next episod buat kita geram gitu

      Padam
  3. Menarik pula drama ni. Tapi tak de astro nak tengok..

    BalasPadam
  4. wow menariklah teknik kamera zoom in zoom out tu..

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.