Healthy Life Week 2: Misi Menurunkan Berat Badan

 

Alhamdulillah, saya masih bersemangat lagi untuk meneruskan perjugangan #DietbyNadiaJay (tiba-tiba ada hashtag) haha. 

Untuk minggu kedua agak mencabar, sebab kita menyambut Hari Raya Aidiladha. Makanan raya adalah makan paling sedap untuk setiap tahun. Kemudian, makanan ni juga dikira sangat rare untuk ada pada bulan lain. Memang rasa nak melantak. Tetapi demi memastikan misi diet kali ini tidak musnah. Saya berusaha juga untuk memastikan saya menjaga portion. Seperti biasa "berhenti makan sebelum kenyang". Alhamdulillah, berjaya juga saya kawal nafsu untuk makan portion yang sedikit.

Saya tidak terlalu memberi tekanan tentang makanan yang saya makan. Saya hanya praktikan untuk menjaga portion sahaja. Sebab bab-bab nak memilih makanan apa yang nak dimakan ini agak susah sekarang. Jadi kita makan sahaja apa yang ada.

Ini contoh breakfast

Senaman? Saya masih lagi kejap bersenam, kejap tak bersenam. Susah juga sebenarnya nak ubah gaya hidup yang dah biasa duduk depan laptop tetiba kena membuat senaman hehehehe.

Saya baru mula semalam untuk mulakan senaman dengan skipping. Set yang saya buat untuk tiga hari pertama ialah 60 kali lompatan untuk setiap set. Saya buat lima set dengan setiap set saya akan rehat selama 30 saat. Jujur cakap, buat kali pertama semalam, saya tercungap-cungap betul. Punya dah lama tak jadi orang aktif. Kita slow-slow okay.

Hasil Minggu Kedua


Berat badan sama sahaja dari minggu lepas. la lebih baik daripada berat naik. hehehe

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. kejab buat kejab tidak takpe..janji dlm seminggu ada buat jugak kan senaman tu. Cheery pun sama baru bermula gaya hidup sihat, sebab badan dah naik obesiti huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yey, mari kita ubah gaya hidup kita kepada yang lebih sihat!!!

      Padam
  2. bab senaman tu yang paling malas tambah kalau wfh. melepet je la atas kerusi tu haa tak bergerak sangat. All the best Nadia :)

    BalasPadam
  3. Healty eating very important, thanks for your sharing...

    BalasPadam
  4. Saya pun gitu jugak nadia, kejap senam kejap tidak. Hangat hangat tahi ayam kalau saya lah hahaha. Apa apa pun, fighting! Semoga capai cita cita nadia nak turunkan berat badan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. HAHAH ITULAH HANGAT HANGAT TAHI AYAM KITA NI HUHU

      Padam
  5. Pasti boleh Nad. Slowly but surely. Chaiyuk chaiyuk. Jangan stress.

    BalasPadam
  6. Wah.. Tengah mencari semangat nak jogging tapi takut pula sekarang ni varian delta tengah mengganas :( Berat last timbang dulu lebih kurang sama 64kg.. Dah lama tak timbang ni T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang bahaya, saya exercise bebetul depan pintu rumah je ni. Tetapi memang lepastu mandi manda

      Padam
  7. sedap pulak mak Tang tengok menu dia ni. Huish bahagianya dapat srapan begitu. :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha bahagiaa. roti sandwich biasa je tu hihi

      Padam
  8. u can do it. mama je la y malas nak berdiet.. tapi dah kena diet juga ni dan bersenam. teruk amat dah berat skrg haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayuhh mama, kita sama sama diet hehehehe. mari hidup gaya hidup sihat!

      Padam
  9. wahhhh best best�������� chaiyok chaiyok!!

    BalasPadam
  10. saya pernah buat camni for 2 weeks. makan jaga, everyday mesti buat senaman, memang turun jugak berat tu, pinggang pun dah nampak perubahan sikit. kalau konsisten confirm boleh dapat pinggang langsing macam jennie blackpink T__T

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.