Memaparkan catatan dengan label Lose Weight. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lose Weight. Papar semua catatan

Healthy Life Week 2: Misi Menurunkan Berat Badan

 

Alhamdulillah, saya masih bersemangat lagi untuk meneruskan perjugangan #DietbyNadiaJay (tiba-tiba ada hashtag) haha. 

Untuk minggu kedua agak mencabar, sebab kita menyambut Hari Raya Aidiladha. Makanan raya adalah makan paling sedap untuk setiap tahun. Kemudian, makanan ni juga dikira sangat rare untuk ada pada bulan lain. Memang rasa nak melantak. Tetapi demi memastikan misi diet kali ini tidak musnah. Saya berusaha juga untuk memastikan saya menjaga portion. Seperti biasa "berhenti makan sebelum kenyang". Alhamdulillah, berjaya juga saya kawal nafsu untuk makan portion yang sedikit.

Saya tidak terlalu memberi tekanan tentang makanan yang saya makan. Saya hanya praktikan untuk menjaga portion sahaja. Sebab bab-bab nak memilih makanan apa yang nak dimakan ini agak susah sekarang. Jadi kita makan sahaja apa yang ada.

Ini contoh breakfast

Senaman? Saya masih lagi kejap bersenam, kejap tak bersenam. Susah juga sebenarnya nak ubah gaya hidup yang dah biasa duduk depan laptop tetiba kena membuat senaman hehehehe.

Saya baru mula semalam untuk mulakan senaman dengan skipping. Set yang saya buat untuk tiga hari pertama ialah 60 kali lompatan untuk setiap set. Saya buat lima set dengan setiap set saya akan rehat selama 30 saat. Jujur cakap, buat kali pertama semalam, saya tercungap-cungap betul. Punya dah lama tak jadi orang aktif. Kita slow-slow okay.

Hasil Minggu Kedua


Berat badan sama sahaja dari minggu lepas. la lebih baik daripada berat naik. hehehe

Healthy Life Week 1: Misi Menurunkan Berat Badan

 

Siapa ingat lagi post lama saya mengenai Misi Diet Bermula Sekarang? Tetapi sayang, seperti yang kita tahu perempuan ini sifatnya asyik berkata "Nak kurus, nak kurus. nak kurus" beribu kali, tetapi lihatlah, saya masih tidak lagi diet. Diet saya turun naik turun naik. Lagi-lagi musim sekarang bila stress, saya melepaskannya dengan menikmati makanan yang sedap-sedap. Kenikmatan itulah sebenarnya yang boleh buat saya rasa bahagia.


Ramai juga sebenarnya memberi kata-kata semangat kepada saya supaya terus berusaha dengan misi diet ini. Tetapi saya minta maaf semua, saya tewas dibuai makanan-makanan yang sangat enak. Disertakan juga tekanan perasaan yang tidak dapat dielakkan. Apa-apapun terima kasih atas nasihat yang diberi. Saya catat dan simpan. 

Kalau dulu (sebelum kita semua berkurung di rumah), saya ada kawan-kawan untuk bergelak-gelak. Boleh pergi ke taman untuk melihat kehijauan. Tetapi kini, dah lah satu-satunya anak yang tinggal di rumah bersama ibu bapa ini agak pressure. Bukan apa, saya anak bongsu, jadi ibu bapa sudah berumur. Kita nak ada vibe sama umur atau sama tenaga dengan kita. huhu. Semoga cepat-cepat lah Covid ini berakhir. Kalian semua jangan lupa untuk pergi vaccine appointment.

Kenapa Saya Nak Diet?

Hasrat nak diet ini sentiasa berada di minda, lagi-lagi bila bersama kawan-kawan yang rata-ratanya kurus dan tiada lemak berlebihan. Kedua, sejak berat badan saya bertambah, saya tidak lagi yakin untuk bergambar kerana saya merasakan setiap angle saya posing kesemuanya menunjuk lemak-lemak berlebihan yang saya miliki. Perkara ketiga yang membuatkan saya bertambah nekad apabila saya melihat diri saya di cermin. Demi menambah keyakinan dalam diri ini, saya perlu diet!

Minggu Pertama

Minggu pertama sudah pastinya ibarat minggu pengenalan buat saya. Misi saya kali ini ialah saya tidak mahu mengamalkan diet yang stress. Saya nak enjoy sepanjang program diet Sdn Bhd ini berlangsung.

Perkara pertama yang saya buat ialah dengan mendownload weight tracker untuk saya lihat graf berat badan saya menurun (saya akan tunjuk screenshot hasiI diet satu minggu).

Apa yang saya berlatih pada minggu pertama ini ialah mengawaI portion makanan. Selalu saya makan tiga senduk nasi setiap hidangan, kini saya hanya makan satu senduk nasi. Kedua, saya belajar untuk sedarkan diri yang saya makan bukan untuk ikut hawa nafsu, bahasa lebih mudah, saya perlu hentikan sikap saya yang suka tambah makanan tanpa berfikir bahawa tindakan saya ini berlandaskan nafsu semata-mata. Beringatlah "berhenti makan sebelum kenyang".

Menu sarapan saya sedikit berubah,roti whole meal + telur rebus. Kadang-kadang telur rebus + salad.

Seterusnya, saya akan memastikan saya minum air masak secukupnya, sekurang-kurangnya 2 Liter sehari.

Senaman? untuk minggu pertama, saya tidak mulakan lagi sebarang senaman.

HasiI Minggu Pertama

Alhamdulillah kalau ikutkan penimbang berat saya dah turun 1.6kg. Saya nak capai dahulu 60kg.