River Cruise Teluk Intan | Siapa tahu dekat Teluk Intan ada river cruise ? Selalunya kalau saya dengar ada river cruise, fikiran saya mesti hanya duduk atas boat dan lihat kawasan sekeliling. Tak banyak input yang kita dapat belajar sangat + kebanyakkan tempat mindset kita dah fikir yang kawasan tidak dijaga dengan rapi. Belum lagi kalau kita cerita tentang bau air sungai tersebut.
Tetapi pegalaman naik River Cruise Teluk Intan adalah yang paling best yang pernah saya pergi. Tak sangka di Teluk Intan ada Pulau Bangau yang sangat cantik.
Pulau Bangau Teluk Intan
Pulau Bangau dinamakan sebagai pulau bangau kerana jumlah populasi bangau yang terdapat pada tengah - tengah sungai. Populasi dijangka sebanyak 30 ribu hingga 40 ribu. Selain itu, bangau - bangau dekat sini bukan sahaja bangau Malaysia, ia juga termasuk bangau - bangau yang berhijrah dari negara lain.Sumber: Pulau Bangau & Kelip kelip
Nampak tak macam sayap sayap putih mengembang ? Ini maksudnya bangau sedang bertelur.
Fakta menarik:Sarang hanya diduduki oleh bangau betina sahaja, kalau bangau jantan diorang tak duduk dan tak dibenarkan duduk dekat sarang. Selepas sejurus anak - anak bangau belajar terbang, sarang akan disegerakan dimusnahkan oleh bangau tersebut
Kalau berminat nak tahu lebih lanjut boleh hubungi maklumat di Google Teluk Intan River Cruise

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)


3 Ulasan
Sha pernah nampak pasal River Cruise ini tapi tak berkesempatan lagi nak naik..
BalasPadamWah!! Bestnya tengok bangau..
Saya pun baru tahu teluk intan ada river cruise ni. Bestnya dpt tgok bangau2 tu!
BalasPadamMenarik. Memang harus saya masukkan dalam bucket list saya utk kesana kalau ke Malaysia lagi. Tahun ini rasanya Desember ke Malaysia , walau blm tahu nak kemana . Kdg bosan juga KL atau Penang selalu 😄. Nak cari kota lain.
BalasPadamSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.