Selamat Tinggal Kucing | It's Hard To Say Goodbye


Dah hampir setahun membela kesemua kucing ini (5 ekor kucing), terpaksa juga lepaskan sebab dah tak mampu nak bela banyak-banyak. Nak bagi makanan sebenarnya tiada masalah, tetapi yang susah apabila nak uruskan najis mereka. Kucing-kucing ini semua bukan kucing indoor, kesemuanya outdoor, tetapi outdoor. Kesemua kucing - kucing selalu berada di depan rumah sahaja (halaman rumah saya muat dua kereta) dan kesemua kucing ini tak pernah keluar daripada pagar besar rumah.

Tengoklah gambar di atas, kucing - kucing ini semua selaIu duduk depan pintu rumah. Setiap kali buka pintu terus boleh nampak mereka. Seminggu lebih juga saya nak sedarkan diri bahawa kucing-kucing dah tiada. Pada asalnya saya hanya bela dua ekor kucing jalanan yang tiba-tiba muncul depan rumah. Kedua - dua kucing waktu itu masih kecil lagi. Seekor warna hitam dan seekor lagi belang kelabu dan hitam. Yang hitam sihat dan yang lagi seekor pula buta. Dalam seminggu, yang buta mati sebab kena langgar, jadi tinggal lah yang hitam.

Kami sekeluarga jagalah dengan bagi makanan, sediakan pasir untuk kucing ini membuang. Kemudian, apabila masuk musim mengawan, kucing hitam kami bunting. Maka lahirlah empat ekor anak kucing. Kami tak terfikir nak mandulkan sebab ikutkan kucing hitam waktu itu masih kelihatan muda. Tapi apakan daya kucing betina kawasan rumah kami limited edition.


Dalam banyak-banyak kucing yang ini yang paling manja. Dia nampak saya, dia akan terus datang menghampiri saya dan minta dibelai. Kalau saya buka pintu, dia akan cepat-cepat panjat pagar lepastu Iompat kepada saya. Tetapi sekarang tiada lagi dah (menangis).

Tetapi makin lama makin kerap pula kucing jalanan datang ke rumah kami sehingga kami tak perasan najis mereka penuh dekat longkang belakang rumah yang memisahkan dua buah rumah. Lepastu musim mengawan kali kedua, ah sudah kucing hitam mengandung buat kaIi kedua! Salah kami juga, sebab tak mandulkan dan sebab abah dah makin berumur, dia dah mula sensetif dengan bulu kucing. Jadi kami nekad nak hantar kucing ke tempat yang selamat iaitu di Pusat Jagaan Kucing Terbiar. Saya ada baca, kucing liar yang dekat luar sana semua berpunca daripada kucing jinak yang dibuang oleh tuannya. Jadi jangan buang sesuka hati tau.

Bagaimana Saya Menghantar Kucing-kucing saya ke Pusat Jagaan Kucing Terbiar?

Saya buat sedikit kajian. Sebenarnya, kita ada dua kaedah untuk berhenti membela kucing iaitu sama ada kita buat iklan untuk tarik perhatian orang yang sudi bela atau menghantar pusat jagaan kucing. Kami pilih solusi yang kedua iaitu menghantar ke pusat jagaan kucing. Agak sukar sebenarnya nak mencari pusat jagaan kucing kerana ada sesetengah pusat jagaan kucing yang tutup disebabkan pandemik. Namun, Alhamdulillah dapat juga iaitu Pusat Kawalan dan Penjagaan Khas Kucing Terbiar/Jalanan. Seekor kucing dikenakan bayaran RM50.00.

Cabaran seterusnya, waktu-waktu pandemik ini kita tidak dibenarkan untuk merentas daerah ataupun negeri. Setiap masalah boleh diselesaikan. Kita sekarang sudah ada servis teksi kucing. Syukur, Allah permudahkan, servis teksi kucing ini sangat bagus. Pemandunya sangat bagus dan baik dan hensem (eh tiba). Dari kawasan saya, Telok Panglima Garang ke Setapak, Kosnya berjumlah RM 110.00. Lebih kuranglah dengan guna mana - mana servis penghantaran barang begini. Bagi mana-mana pihak yang ingin menggunakan perkhidmatan teksi kucing boleh WhatsApp Taxi Pet.

Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. Untuk kebaikan terpaksa jugalah melepaskan pergi. Bagus juga hantar kat pusat jagaan kucing. Terbela juga. Sayang kalau buang merata. Baru saya tahu ada perkhidmatan Taxi pet. sangat membantu bila pandemik ni kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul memang sayang kalau dibuang merata-rata dan kesian juga untuk kucing ini survive, dah biasa manusia yang bagikan makanan semua tetiba kena cari makanan sendiri lain cerita jadinya nanti

      Padam
  2. Saya terpaksa bela anak kucing sebab mak dia tak nak cara dan taknak jaga dia dahh .

    BalasPadam
  3. alaaa sedihnyaaaa��������tp kalu utk kebajikan diorg x apalah... moga ada insan berhati mulia akn menjaganya sebaiknya��������

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul SEDIH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! saya macam bila tengok video kucing, terkenan kucing kucing ini

      Padam
  4. alahai...sedihnya. saya plak baru mula bela, ada la 2-3 bulan ni. hero tu la minat sgt..memang dia yg jaga semua, mummy kuar duit beli kan makanan, bawak gi vet semua. dua2 indoor but, but still x de la bebas sgt dlm rumah sbb yg princess takut kucing plak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala comelnya hero suka kucing. Kucing indoor best jugak terjaga sikit. Saya kucing outdoor ni kadang aduh gaduh dengan kucing lain. Alolo comel je princess takut kucing. hehe kena bagi dia sentuh kucing sikit sikit supaya tak takut

      Padam
  5. Salam, tak dapat dielakkan terpaksa lepaskan.. InshaAllah mereka dalam keadaan baik di sana, good info tentang taxi pet tu, thank you for sharing..

    BalasPadam
  6. sedihnya kalau kena berpisah dengan kucing yang kita dah sayang huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, saya macam alahai takde dah nak bukak pintu lepas bermanjaaaa

      Padam
  7. Sedihnya tapi tu la nak buat macam mane.
    Rumah kat kampung pun byk kucing dulu. kutip kucing seekor bela lepas tu beranak punya banyak..
    Now tinggal seekor je.

    BalasPadam
  8. itulah yang kita kena hadapi, bila dah syg sgt ngan kucing2 tu semua...tapi demi kebaikkan dan kesihatan ayah terpaksa la kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, tapi nanti kalau saya ada rezeki nak bela kucing yang bulu gebu tu .,. geram !

      Padam
  9. Sedihnya terpaksa berpisah dengan meow-meow tu..... Tapi tak mengapa, untuk kebaikan semua

    BalasPadam
  10. Allahu sedihnya.. saya pun ada kucing jugak. kucing saya pun jenis yang tak boleh masuk dalam rumah, paling jauh boleh masuk pun takat ruang tamu hahah. tapi bab pasir, checkup kesihatan, makan semua saya bagi elok je. Kucing saya haritu baru je mandulkan sebab taknak banyak2.

    but baguslah awak tak buang dia merata-rata, awak bagi kat pihak yg bertanggungjawab. tapi mesti sedih ooo masa nak berpisah tu kan. semoga ada orang yg baik hati sudi adopt diorang :(

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.