Jalan - Jalan: Pulau Perhentian, Terengganu

 


02.08.2026 - 07.08.2028, Pulau Perhentian, Terangganu | Kali terakhir pergi Terengganu adalah sewaktu darjah 5 (2010), lepastu tidak pernah lagi jejak Terangganu. Tahun ini dapat lah rezeki untuk pergi ke Terengganu. 

Objektif utama ke Pulau Perhentian adalah untuk Discover Scuba Diving ! Kami ambil keputusan untuk menginap dekat Shari-La Island Resort. Shari-La Island Resort dah renovate, jadi bilik - bilik mereka dah cantik.

02.08.2026:
Perjalanan pergi ke Kota Besut terlebih dahulu, kami menginap area situ sebelum bertolak ke Jeti Besut pada esok pagi. Saya tak sangka dari Kuala Lumpur ke Kota Besut, Terengganu ni jauh rupanya. Rasa lama betul perjalanan.

03.08.2026:
Naik jeti paling awal! Tiba sahaja dekat Pulau Perhentian terus dapat Check-in Shari-La Island Resort. Memang rezeki bila dapat check in awal. Boleh lah berehat terlebih dahulu sebelum nak mulakan aktiviti Discover Scuba Diving! Tapi rasa kelakar aktiviti utama tak start lagi, kami dah lena pengsan bila dapat check in.


Discovery Scuba Diving ini saya ambil dengan PADI. Tak sangka sebenarnya aktiviti diving ni sangat best. Dapat tengok ikan-ikan dekat dalam laut. Saya nampak Nemo! Cantikkk betul Nemo tengok dekat dekat. 

Cabaran paling susah aktiviti ini ialah pressure altitude bila makin lama makin kedalam. Sangat susah sebab kita tak biasa nak stabilkan jadi asyik lupa sahaja. Instructor kata kami berjaya turun sehingga 5 meter. Rasa lepas buat aktiviti ini nak ambil license diving pula, sebab menarik! 




04.08.2026:
Aktiviti hari ini ialah snorkelling! Snorkelling kami pergi Pulau Rawa, Romantic Beach dan Pulau Serenggeh.

Tak sangka rupanya snorkelling 3 Pulau pun dah sangat sangat barai. Sampaikan pulau terakhir tu, kami dah tak larat nak berenang. Rasa dah kayuh kaki, rupanya tak bergerak langsung. Adalah bot bot yang perasan kami macam dah penat tolong panggilkan bot kami pickup dekat tempat kami terapung tu. Kena gelak tau sebab asalnya kami nak pergi 7 Pulau. HAHAHAHAHA.

Petang-petang tu adalah jalan dekat Long Beach ~




05.08.2026:
Perjalanan pulang dari Pulau yang amat menyedihkan. Nak dijadikan cerita, kami bertiga keracunan makanan. Bermula dengan saya terbangun 1.00 pagi dan muntah + cirit birit + sakit perut non-stop. Awalnya ingat muntah biasa biasa sahaja, tapi tiba tiba perut pun pedih sangat, berak pun berak cair sangat sangat. Dan kerja saya adalah menangis menahan kesakitan. Agak bernasib baik dua lagi kawan saya sakitnya tidak seteruk saya. Menahan kesakitan sehingga dapat keluar dari Pulau untuk pergi ke klinik.

p/s: sehingga hari ini saya rasa taknak pergi Pulau kembali, sebab rasa takut bila sakit macam ini tak cukup resource.

Selepas pergi klinik, kami check in di Bidong View Resort, dan seharian rutin kami adalah bangun, makan sedikit, makan ubat dan tidur sehingga hari esoknya.

06.08.2026:
Harini tahap recovery baru 50%. Makan pun tiada selera langsung. Hari ini memang santai santai dan tak pressure. Kami explore pasar payang, kami mendobi dan makan - makan di zahon cafe.




07.08.2026:
Perjalanan Pulang ke Kuala Lumpur. Santai - santai bergerak pulang. Kami sempat pergi ke Kamakura Jepun Terengganu.






Catat Ulasan

0 Ulasan