Healthy Life Week 1: Misi Menurunkan Berat Badan

 

Siapa ingat lagi post lama saya mengenai Misi Diet Bermula Sekarang? Tetapi sayang, seperti yang kita tahu perempuan ini sifatnya asyik berkata "Nak kurus, nak kurus. nak kurus" beribu kali, tetapi lihatlah, saya masih tidak lagi diet. Diet saya turun naik turun naik. Lagi-lagi musim sekarang bila stress, saya melepaskannya dengan menikmati makanan yang sedap-sedap. Kenikmatan itulah sebenarnya yang boleh buat saya rasa bahagia.


Ramai juga sebenarnya memberi kata-kata semangat kepada saya supaya terus berusaha dengan misi diet ini. Tetapi saya minta maaf semua, saya tewas dibuai makanan-makanan yang sangat enak. Disertakan juga tekanan perasaan yang tidak dapat dielakkan. Apa-apapun terima kasih atas nasihat yang diberi. Saya catat dan simpan. 

Kalau dulu (sebelum kita semua berkurung di rumah), saya ada kawan-kawan untuk bergelak-gelak. Boleh pergi ke taman untuk melihat kehijauan. Tetapi kini, dah lah satu-satunya anak yang tinggal di rumah bersama ibu bapa ini agak pressure. Bukan apa, saya anak bongsu, jadi ibu bapa sudah berumur. Kita nak ada vibe sama umur atau sama tenaga dengan kita. huhu. Semoga cepat-cepat lah Covid ini berakhir. Kalian semua jangan lupa untuk pergi vaccine appointment.

Kenapa Saya Nak Diet?

Hasrat nak diet ini sentiasa berada di minda, lagi-lagi bila bersama kawan-kawan yang rata-ratanya kurus dan tiada lemak berlebihan. Kedua, sejak berat badan saya bertambah, saya tidak lagi yakin untuk bergambar kerana saya merasakan setiap angle saya posing kesemuanya menunjuk lemak-lemak berlebihan yang saya miliki. Perkara ketiga yang membuatkan saya bertambah nekad apabila saya melihat diri saya di cermin. Demi menambah keyakinan dalam diri ini, saya perlu diet!

Minggu Pertama

Minggu pertama sudah pastinya ibarat minggu pengenalan buat saya. Misi saya kali ini ialah saya tidak mahu mengamalkan diet yang stress. Saya nak enjoy sepanjang program diet Sdn Bhd ini berlangsung.

Perkara pertama yang saya buat ialah dengan mendownload weight tracker untuk saya lihat graf berat badan saya menurun (saya akan tunjuk screenshot hasiI diet satu minggu).

Apa yang saya berlatih pada minggu pertama ini ialah mengawaI portion makanan. Selalu saya makan tiga senduk nasi setiap hidangan, kini saya hanya makan satu senduk nasi. Kedua, saya belajar untuk sedarkan diri yang saya makan bukan untuk ikut hawa nafsu, bahasa lebih mudah, saya perlu hentikan sikap saya yang suka tambah makanan tanpa berfikir bahawa tindakan saya ini berlandaskan nafsu semata-mata. Beringatlah "berhenti makan sebelum kenyang".

Menu sarapan saya sedikit berubah,roti whole meal + telur rebus. Kadang-kadang telur rebus + salad.

Seterusnya, saya akan memastikan saya minum air masak secukupnya, sekurang-kurangnya 2 Liter sehari.

Senaman? untuk minggu pertama, saya tidak mulakan lagi sebarang senaman.

HasiI Minggu Pertama

Alhamdulillah kalau ikutkan penimbang berat saya dah turun 1.6kg. Saya nak capai dahulu 60kg.

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Alhamdulillah, fighting nadia! Slow slow nanti boleh capai berat ideal yang nadia mahukan. Kipidap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you! Harap kali ini akan lebih serius!!!!!!!!

      Padam
  2. Sağlıklı yaşam özellikle belirli bir yaştan sonra kilo muhafazası oldukça önemli umarım hedefine ulaşırsın Nadia :) Türkiye'den selamlar...

    BalasPadam
  3. Semoga berjaya mencapai misi dan lebih serius. Nak kurus jugak tapi entah bila nak mula pun tak tahulah. huhu...

    BalasPadam
  4. semoga berjaya untuk menurunkan berat badan

    BalasPadam
  5. Good luck Nadia.. :) Coffee memang susah nak skip..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini akak setuju! Kopi memang susah nak skip hehehe

      Padam
  6. Go Go Go! Mak Tang pun nak slim dan cantik serta kekal sehat selepas berpantang. Tapi, tengok makanan je semua nampak sedap. Acaner? Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teruskan! Ayuh slim bersama sama. Saya selalu tengok orang jaga anak lebih senang kurus, sebab bukan mudah jaga anak kecil kecil ini

      Padam
  7. Terus bersemangat, Nadia. Yang penting jangan stress. Stress akan buat diet kita haywire.

    BalasPadam
  8. samalahhhh, bila berat dah naik ni memang tak suka bergambar sebab mana2 angle pun akan nampak gemuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita geng!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

      Padam
  9. insya allah boleh capai! u go girl����

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.