BUKUGRADUAN BUAT PELAJAR UNIVERSITI

 

Halooooo semua. Siapa dekat rumah tengah ada banyak buku rujukan tetapi tak tahu nak jual dekat siapa? Lagi lagi bila kebanyakkan kita start kelas online, Yang senior tak sempat nak kenal kenal dengan junior, Yang junior pun tak sempat nak kenal senior. Lepastu dah promote kat semua group whatsapp dah tapi masih lagi takde orang nak beli.

Jangan risau. Sekarang kita ada satu platform untuk jual beli buku rujukan untuk pelajar universiti. Tidak peduli sama ada e-book atau buku fizikal tu. Kedua-duanya boleh. Jadi pada mereka yang ada buku rujukan boleh share dekat bukugraduan ok. Yang nak cari buku pun boleh juga cuba nasib korang, mana tahu buku tu ada kan, harga pun murah dari asal sebab ni adalahah platform menjual buku yang tidak digunakan lagi.

 

BAGAIMANA MENJUAL BUKU DI BUKUGRADUAN 


1. Pergi ke bukugraduan.afrieirham.com dan tekan button "login". Dekat sini akan dapat arahan untuk login with google (ada satu pilihan sahaja). Jadi bagi mereka takde google account sila buat di Google Sign Up 

2. Pergi ke My Booklist 

 

Gambar Rajah 1


3. Tekan button "+ Add Book". Dekat sini dia akan bagi prompt kalau kita tak pernah update profile kita so kita ikut je arahan prompt tu. Lepas isi semua maklumat kita pergi balik ke My Booklist (Gambar Rajah 1). 

4. Isi maklumat mengenai buku yang korang nak jual dan tekan "List Now". Nanti korang akan nampak buku yang korang nak jual tu ada dekat home bukugraduan. *Pastikan korang isi maklumat betul sebab kalau salah tak boleh edit kena delete dan buat baru.

Gambar Rajah 2: Isi maklumat buku

Gambar Rajah 3: Maklumat Buku di Halaman Utama (Home)


Ciri-ciri tambahan

Gambar Rajah 4

1. Warna Biru: Kalau dah terjual boleh je terus click kat situ, jadi nanti buku kita takkan tersenarai dekat halaman utama

2. Warna Merah: Boleh delete juga dan kalau korang dah isi maklumat kalau salah kena delete dan buat baru.


BAGAIMANA MEMBELI BUKU DI BUKUGRADUAN

1. Tekan mana mana buku yang korang nak beli dan bila tekan akan nampak maklumat dan button "contact seller".

Dekat sini kalau korang dah login korang akan terus dapat prompt contact via whatsapp. Tapi kalau korang tak login lagi, korang akan dapat prompt to login. So sila login tau!

Gambar Rajah 5



p/s: buku graduan ni bukan tempat platform bayar semua tu, dia platform untuk kita hubungi orang tersebut untuk tahu lebih lanjut. Jadi urusan bank in semuanya tertakluk pada apa kita borak dengan seller tersebut.

Nak Cari Buku Rujukan Universiti atau Nak jual boleh pergi ke ---> bukugraduan.afrieirham.com



8 ulasan:

  1. berguna ni untuk yang beli banyak buku tiap sem pastu tak tahu nak jual balik, so boleh jual kat sini :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yupp. kalau nak jual buku boleh jual sini

      Padam
  2. Baru tahu ada sistem ni. Okay sangat lah ada buat macam ni. at least membantu para junior dan pelajar untuk buat rujukan :)

    BalasPadam
  3. wah bagusnya...mesti ramai yg tkthu pasal ni..termasuk Cuya..hahahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukugraduan ni baru dibuat sebenarnya. beberapa minggu yang lepas

      Padam
  4. Baguslah this platform takdelah buku terbuamg

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.