Kejayaan Senaman 30 minit

Disebabkan misi saya nak amalkan gaya hidup sihat. Saya pun dah aturkan exercise apa yang saya nak buat dengan harapan perkara ini berkekalan untuk bulan Ramadan. Saya plan kalau Ramadan, ingat nak buat before sahur. Alang - alang sekarang saya decide untuk cuti sebelum bekerja. Ingat nak build lah a good habit dan fall in love with exercise.


Alhamdulillah, lepas bersenam kali ke-enam dalam minggu ini, berjaya juga saya nak bersenam selama 30 minit. Waktu ini rasa macam dah capai satu kejayaan besar dah sebab macam ada semangat nak bersenam selama 30 minit. Selalu perangai saya akan macam tengok jam dah lima belas minit terus berhenti dengan cakap "bukan calang - calang nak buat exercise selama 15 minit. Ini adalah rekod terbaik anda".  Haha

Tapi hari ini, tengok jam dah 15 minit tapi hati dan badan rasa macam sayang lah tak teruskan lagi. Jadi pulun lah diri teruskan nak habiskan lagi 15 minit. Syok melompat tahu - tahu sahaja dah 30 minit. Dapatlah rezeki buat 1324 lompatan. Uihh ini kali pertama dalam sejarah saya boleh buat 1300 lompatan tanpa rasa nak rebah. Selalunya buat 600 pun saya dah penat. INI 1300!!!!. Memang ketika itu saya rasa macam dah buat kejayaan yang sangat besar dah. Kagum dengan diri sendiri dan berharap akan terus istiqamah.

Lepasni dah ada habit baik untuk tidak rasa pelik buat senaman. Tak nampak ada orang buat kat kawasan rumah kadang - kadang rasa janggal sebab rasa buat benda pelik. Lepas ini, InsyaAllah dah tak rasa janggal. Rasa macam lebih semangat nak bagi inspirasi dekat orang supaya amalkan gaya hidup sihat!

Sekian kejayaan saya yang hebat ini saya akhiri dengan gambar saya minum air sambil melihat jiran memberi salam. Haha

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Wowww! Dahsyat! Semoga dapat terus konsisten bersenam :)

    BalasPadam
  2. Tahniah atas usaha anda! Kipidap! :)

    BalasPadam
  3. Pergh... terbaiklah!!!
    Saya workout pulak malam.. Balik kerja kdg dah kul 6ptg, Pas Maghrib atau Isyak baru workout.. hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepasni rasanya saya pun dahkena buat routine workout malam ahaha

      Padam
  4. Good job! Teruskan konsistent workout..badan sihat otak pun cerdas :)

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.