House Hoping and Work From Home Party

Minggu lepas kawan ada cakap suami dia outstation, jadi dia ajak sleepover rumah dia. Culture kerja kami adalah Work From Home, jadi boleh lah nak sleep over dan sambung work from home.

Kebanyakkan aktiviti kami memang hanya makan dan makan (tapi makan ikut meals okay)

Khamis malam tu dah datang rumah dia, dan memang request nak rasa sambal nyet bilis by Khairul Aming. 


Ternyata sedap! Saya pernah makan sambal nyet berapi by Khairul Aming sebelum ini, tapi tekak tak boleh nak terima sebab sambal tu macam rasa hanya pedas semata mata. Kita pula tak boleh nak makan pedas semata - mata. Tapi sambal nyet bilis by Khairul Aming ni sedap. Rasa sambal ni bukan semata mata pedas. Kehadiran ikan bilis itu menyempurnakan rasa sambal nyet bilis ni. Kalau ada next open order, ha saya akan join the battle!



Esoknya hari jumaat tu, breakfast masing - masing. Makanan tengah hari, tuan rumah masak bolognese! Memang ini kemahiran dia, jadi kita sebagai tetamu menerima dengan hati terbuka gituh. Rasa best juga rupanya work from home bila ada teman rumah, takdelah rasa sunyi stress memanjang pasal kerja eh.



Petang tu pula ada lah sesi hi-tea. Dia macam pre-cuti before weekend bermula. Order mixue 3, tapi dapat air sampai 5. Tak tahu kenapa mixue buat macam tu, yang pasti kami order ice cream tapi yang datang adalah 2 extra air. hahahaha. Dapatlah makan dunkin donat! 


Malam tu makan bolognese semula! Asalnya kami memang plan Work From Home Party ini bertiga, tapi yang salah sorang daripada kami jadual agak tak sama. Jadi makan malam sahajalah dapat makan bersama.




Malam pula kami habiskan masa dengan main game. Saya macam biasa lah, nama je budak komputer (software engineer) tapi kalau bab main game memang noob. Siap dapat award unlucky space award lagi tau

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Syoklah member tu ada teman. Dapat juga makan bersama-sama. Produk KA ni saya tak pernah beli. Tapi pernahlah rasa sambal nyet tu kat rumah SIL. Okaylah juga. Mungkin sebab kadang bergantung pada batch production jugak kot ek. Yang nyet bilis ni tak pernah cuba lagi.

    Kalau jenis pedas semata-mata tu tak syok macam ramen pedas tu. Kena ada rasa ikut sekali baru best makan dengan tekak kita ni.

    Wah dia macam rezeki gitu dapat extra order kan. Ke memang ada promo tapi tak perasan masa order tu.

    Seronoklah dapat spend masa bersama. Bukan selalu dapat merasainya kan. Enjoy the moments together.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya kedai mixue tu salah bagi beg dekat abang grab tu. Abang grab pun tak perasan

      Padam
  2. Beeha pun battle beli sambal nyet bilis KA haritu. Dapatla merasa.. For me yg tak tahan pedas, kira okaylah this version compared to berapi tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul! saya setuju. as someone tak makan pedas, sambal bilis nyet boleh diterima!

      Padam
  3. makan makan
    kerja dan kerja
    pastu sambung makan
    sambil borak sambil makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha hari jumaat kita santai santai lah sikit sekali sekala

      Padam
  4. dulu arwah kawan baik ammi, kalau husband dia outstation dia yang akan sleepover dia rumah sewa ammi sebab senang nak pergi kerja.

    BalasPadam
  5. Tak berapa suka dengan sambal nyet tapi yg ikan bilis ni sedap.. mmg makan dgn nasi panas2 terasa kesedapan nya..

    BalasPadam
  6. Nanti nak cari jugalah sambal baru KA. Saya dulu masa anak baby memang masak telur, kicap n sambal ready to eat.

    BalasPadam
  7. Uwaaaah produk KA yg saya pernah coba hanya rendang Ayam nya Saja. Sedap juga tapi tak pedas 😄. Nanti kalau ke KL nak lah cari yg sambal .

    Paham lah, wfh memang seru kalau ada teman juga kan. Tak bosan sangat 🤭😄.

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.