Sejak kebelakangan ini, tak tahu kenapa saya rasa susah sangat nak tidur. Rasanya dah dua tiga minggu saya kerap akan tidur 3 pagi, padahal saya dah baring dari 11.00 malam. Entah kenapa saya rasa kepala tak boleh berhenti fikir.

Maka kita ambil keputusan untuk ambil magnesium. Saya pergi sahaja pharmacy dan tanya saya nak cuba suplement magnesium, katanya boleh bantu untuk masalah sukar tidur. Farmasi yang cadangkan magnesium ini sebab katanya ini lebih lembut di perut tak bagi side effect cirit birit.
Magnesium bisglycinate ialah bentuk supplement magnesium yang mudah diserap oleh badan dan lebih lembut pada perut.
Kebaikan Magnesium bisglycinate:
1. Menangkan sistem saraf: membantu mengurangkan keresahan dan stres kerana ia menyokong penghalisan bahan kimia otak yang menenangkan.
2. Meningkat kualiti tidur: membantu tidur lebih lena dan nyenya apabila diambil pada waktu malam
3. Mengurangkan kekejangan otot: Menyokong fungsi otot yang normal dan melegakan ketegangan atau kekejangan selepas penat bekerja atau bersenam
4. Mesra Pencernaan: Tidak seperti jenis magnesium lain, ia jarang menyebabkan ciri-birit atau sakit perut.
5. Menyokong kesihatan jantung: Membantu mengawal tekanan darah dan mengekalkan degupan jantung yang stabil
Baca lebih lanjut perkongsian di Facebook oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad
Saya dah guna dalam 3-4 hari, alhamdulillah bila bangun tidur tu seharian tidaklah rasa lesu. Tidur pun dah senang, makan sejam before nak tidur, dapatlah rasa tenang untuk permudahkan mood tidur.



6 Ulasan
sy nak cuba jg magnesium ni tp tu laa ada byk jenis...
BalasPadamnak cari yg sesuai dulu baru decide nak cuba
Umur saya yg makin meningkat.. dah banyak perubahan dan kekurangan pd diri.. mungkin perlu juga magnesium..
BalasPadamFaktor susah nak tidur kadang banyak fikir dan kadang tertidur waktu siang jadi susah nak lelap awal malam tu. Bagus jugalah ada supplemen yang boleh membantu memudahkan kita tidur. Dapat tidur yang berkualiti tu paling penting. Barulah segar bangun tidur tu kan.
BalasPadamRasanya lately sebab dah terlalu stress dengan kerja. Rasa tak boleh nak suruh minda stop fikir about kerja bila dah habis waktu kerja
PadamBetul kak, kalau nak tidur lebih teratur, rutin lah minum magnesium glycinate atau yg kakak tulis di atas juga ok.
BalasPadamSebab magnesium ini Macam2 jenis. Ada yg untuk tidur, ada yg untuk konstipasi (mg sitrat) , ada untuk obat pencahar (mg oksida) , ada yg untuk kesehatan otak (mg L-treonat), ada yg untuk jantung (mg taurat)
Saya dah setahun lebih minum magnesium glycinate juga. Tidur jadi lelap dan teratur
ammi ada juga baca tentang magnesium ni tapi bila scroll tiktok eh ada pulak kata don't simply consume magnesium without consultation...especially for those yang on medication. Ehhhhh nyampahlah tiktok ni..ada je nak takutkan orang
BalasPadamSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.