Meal Prep Minggu Ini

Dah dua minggu start meal prep ini sebab nak kurangkan kos asyik order grab dan semestinya sebab nak fokuskan makan pada real food. Cuma hihihi kitanya tak pandai masak sangat, jadi memang fikirkan masak ni nak fokus dekat makanan yang mudah - mudah sahaja.


Macam biasa, kita dah ada cobek, kita cuba untuk gunakannya. Saya rasa masih gagal. Sambal cili gesek yang saya bayangkan rasanya masih tidak tercapai. Tapi kali ini saya letak garam supaya ada rasa sebab minggu lepas memang saya langsung tak letak garam. Dan tempe minggu lepas mentah, tempe minggu ini garing ~~


Protein saya masih simple, sama ada tauhu, telur ataupun ayam dada. 
Sayur minggu ini pula sayur bendi (menyesal sikit sebab saya baru tahu bendi ada lendir (hehehe)) dan kobis bunga.

Simple je kan? cukuplah untuk reduce rasa stress saya terhadap nak fikir "apa nak makan ya tengah hari atau dinner hari ini?"

Catat Ulasan

0 Ulasan