Makan - Makan di Uptown Puchong Night Bazaar

Dah lama rasanya tidak merasa makan malam di uptown. Kali terakhir rasanya sebelum covid. Itupun kerana adik beradik (abang saya belum lagi mendirikan rumah tangga). Sekarang masing - masing (kecuali saya) telah pun menumpukan diri dengan tanggungjawab yang lebih penting (keluarga sendiri). Saya pula memang tidak berani untuk pergi makan di kawasan begini. Salah satu cabaran utama adalah “parking”. Saya 100% akan buntu memikirkan issue parking kalau makan di kawasan sini.

MAKAN - MAKAN DI UPTOWN PUCHONG BAZAAR NIGHT

Dekat Uptown ini sebenarnya ada banyak kedai. Khilaf saya tidak mengambil keseluruhan gambar suasana. Namun begitu pada yang memilik instagram boleh sahaja mencari location tersebut dan lihat posting orang lain sebagai rujukan.


Makanan dekat sini yang saya dan keluarga order, semuanya sedap - sedap. Ada niat di hati nak pergi sini setiap bulan, tapi saya stress kalau pergi sini, sebab sebagai perempuan saya akan stress memikirkan kaedah untuk saya parking kereta. Pergi kawasan Uptown ni teknik parking kena padu + kena rilek, kalau stress stress or pressure, memang takkan berjaya lah nak memarkingnya.

Sotong Kangkung


Ni sebenarnya boleh dikatakan makanan kegemaran abah saya kot. Sebab dia kalau nampak sotong kangkung akan macam “ha order sotong kangkung”. Lagi satu, bukan senang orang - orang macam Abah ni sebenarnya nak berkenan dekat sesuatu makanan. Take time gitchewww. Saya atak ingat harga, tapi rasanya RM10.00 - RM 15.00. Rasanya sedap, sotong pun lembut saja untuk kita gigit. Portion pun bagi saya berbaloi tau.

Nasi Ayam Butter Chicken



Ini adalah makanan favourite saya. Saya rate makanan ni sedap sebab rasanya lebih kurang macam saya selalu masak. Masakkan saya sedap, jadi makanan ini pun sedap (Masuk bakul angkat sendiri). Harga RM 10.00 

Spaghetti Bolognese


Makanan ini pun RM 7.00 - RM 12.00 (Range harga, saya dah tak ingat). Selalunya bolognese masam-masam kan. Sebab mak saya tekak orang melayu, request pedas - pedas sedikit. Rasanya okay dan sedap apabila dimakan. Mak saya pun makan tak komen apa - apa. Maksudnya kena lah dengan tekak dia kan ?


Sate


Okay sate ini memang sedap, harga satu cucuk dalam (RM 1.20 - 1.70). Daging dia tak liat tau, lembut je bila makan. Dan tak susah nak gigit untuk sate ayam dan sate daging. Memang saya fall in love sangat - sangat. Kalau perut ada ruang, saya memang akan order add on lagi. hehe

Overall

Adakah saya akan repeat ?

Sudah pasti! Sebab harga berpatutan, dan makanan tidak mengecewakan. Tempat pun tidaklah sesak dan rimas.

Selain itu, ada tempat nak shopping, cuci mata juga kan.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Akak tak pernah cuba makan nasi ayam butter chicken. Tengok gambar Nadia, nampak sedap pulak. Boleh cuba lain kali. Sotong kangkungnya pun nampak sedap. Seronok dapat makan-makan satu family. :)

    BalasPadam
  2. dulu pergi uptown puchong ni pun sebab assignment je. haha

    BalasPadam
  3. Memang nampak menyelerakan semuanya.

    Seronok makan bila dapat sate daging yang lembut. Selalu juga dapat daging liat, jadi tak berani nak order sate daging.

    BalasPadam
  4. okey boleh masuk dlm list untuk terjah sebab ada macam-macam menu...

    BalasPadam
  5. Semuanya nampak menyelerakan. Mungkin lain kali nak elakkan stress parking kat sini, boleh naik Grab je. Husband saya pun tak gemar pergi tempat yg susah nak parking.

    BalasPadam
  6. Bab parkir ni memang leceh dan stress kalau difikirkan. Terbantut rasa nak pergi makan selalu kan. Susah makanan luar nak menepati citarasa mak ayah kita. Kira memang sedap dah tu kalau dorang suka. Makanan yang kena dengan selera kita dah tentu akan repeat order punya. Harga pun okay juga tu.

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.