Kronologi Saya Berhenti Kerja dan Kenapa Saya Berhenti Kerja

 

Photo by Pixabay: https://www.pexels.com/photo/sign-pen-business-document-48195/

2 OGOS 2022

Saya mengambil keputusan untuk memberitahu manager saya ingin berhenti setelah berfikir selama sebulan dan berbincang bersama keluarga dan rakan - rakan. Debar rasanya apabila ingin contact manager saya dan inginkan sesi talk/meeting untuk bercakap secara bersemuka hasrat di hati. 

“Hello, I want to resign”. 

awkward, silent

Maka mendapatlah petang tersebut “exit interview”. Bertanya pada saya kenapa dan mengapa saya ingin berhenti. Rasa macam tiba - tiba. Prestasi merundum pun tiada.

Kenapa Saya Berhenti Kerja ? 

Tujuan utama saya ingin berhenti adalah kerana ingin mengejar “impian” saya sebagai React Developer. Pada awalnya, saya memang ingin menjadi React Developer. Oleh kerana tiada kenyakinan, saya tidak berusaha sungguh - sungguh untuk mendapatkan position sebagai “React Developer”. Saya relakan diri saya untuk mencuba menjadi “Java Developer”. Setelah memberi percubaan, saya merasakan, apa yang saya patut buat adalah untuk mengejar cita - cita yang saya inginkan.

Pada post - Perjalanan Saya untuk Menjadi Seorang Developer (nadiajamhari.com) - . Saya ada menyatakan bahawa Object Oriented Programming (OOP) adalah bukan perkara yang tidak boleh saya lakukan. Saya rasa disebabkan saya suka pada pengaturcaraan (programming) menyebabkan saya mampu untuk “adapt” dengan pelbagai language dalam bindang IT ini. 

Namun begitu, satu sahaja saya tidak mampu capai iaitu perasaan rasa teruja untuk bekerja. Saya percaya pada satu perkara, saya sangat meminati coding, sepatutnya saya rasa happy dan tidak terlalu kerap rasa “demotivated” mengenai kerja. Kekerapan rasaa tidak bersemangat untuk membuat kerja menyebabkan saya rasa saya patut berhenti kerja dan cari apa yang menarik minat saya. Terutama dari segi stack tech yang saya minat iaitu “React”.

Adakah saya berhenti kerja selepas mendapat Offer?

Tidak sama sekali. Saya boleh katakan ini adalah teknik yang tidak bagus. Namun begitu, disebabkan situasi saya tiada komitmen, jadi saya mengambil keputusan untuk menghantar dahulu notis berhenti bekerja, baru lah memulakan pencarian kerja.

Pada awalnya saya agak takut dengan keputusan saya. Alhamdulillah syukur, Allah permudahkan urusan saya. Saya berjaya mendapat kerja selepas seminggu berhenti kerja. Dapat menggunakan teknologi yang saya inginkan. 

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Susah nak buat keputusan sebenarnya. Tapi itulah, kita kena fikir minat kita dimana. Kalau bekerja tanpa jiwa, rosak mood kerja jugak kan hari hari nak hadap. Memang berisiko keputusan berhenti kerja tanpa ada kerja lain. Tapi tak ada komitmen, kurang sikit risikonya saya rasa. Alhamdulillah, tahniah dapat kerja yang Nadia inginkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, sebagai seorang yang tiada komitmen saya tidaklah rasa begitu beban. Walaupun awal awal tu adalah rasa cam stress

      Padam
  2. Fuh!!! rare ni. Apa2 bila kita percaya dengan Allah..inshallah semua dipermudahkan. Happy working with your new place and things yang you suka buat. Thanks singgah di blog saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih! Betul kena percaya pada Allah pluss kena keep kuat semangat untuk berusaha

      Padam
  3. semoga dipermudahkan., perjalanan anda masih muda, a long way to go., aminn

    BalasPadam
  4. kadang kadang tiba masa kita cabar diri dengan environment dan challenge baharu...
    jadikan hobi sebagai kerjaya adalah yang terbaik pada pendapat saya lah

    BalasPadam
  5. semoga dipermudahkan urusan di tempat baru. saya pun ada terfikir nak pergi kerja sekarang, tapi mengenangkan komitmen yang perlu dibayar dengan belum cari backup plan. taktaula bila.dengan nak menghadap recession tahun depan hm.

    BalasPadam
  6. Susah nak buat keputusan apabila melibatkan kerjaya dan masa depan kita.. Sy sendiri berani mati juga jadi blogger sepenuh masa kerana masalah kesihatan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kerjaya dan masa depan adalah perkara paling susah untuk kita buat keputusan. Tahniah Pn Nurul sebab telah berani membuat keputusan. Semoga kesihatan semakin baik ya

      Padam
  7. terbalik pula dengan kisah saya,saya dulu belajar programming javascript tapi saya tak minat nak bekerja dalam bidang IT,tapi dengan berkat pernah ambil course tu boleh la sikit2 guna kalau ada mslh dipjbt perlukan khidmat programmer

    BalasPadam
  8. Sebagai seorang yg dah bekerja bertahun2, i salute your bravery to go after your dream & passion. Untuk growth, biarlah berada pada landasan yang betul dari awal i.e. pada pekerjaan yang paling awak minat. Semoga Nad berjaya dalam karier yg diimpikan :)

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah. Semoga beroleh kejayaan di tempat baru, Nadia.

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.