Guru sering bawa novel ‘jalan-jalan’ kerana menghargai penat lelah memerah idea selama ini.
Setiap kali berjaya menghasilkan novel baharu, akan menimbulkan satu kepuasan yang tidak terhingga buat seorang penulis. Apa tidaknya, selama ini sering kali sanggup menghabiskan masa, mengerah keringat untuk menghasilkan dan menyiapkan sebuah manuskrip yang beratus-ratus halaman.
“Ini bukan satu tugas yang mudah. Namun apabila berjaya menjadi sebuah novel sudah pastinya saya akan terbit rasa satu kepuasan yang tidak terhingga.” ujar Cikgu Ahmad Safarman Dollah, seorang guru yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Kenering, Gerik Perak.
Memang penantian ini satu penyeksaan. Namun saya tetap menanti dan berharap agar berjaya diterbitkan dan mampu sampai kepada khalayak pembaca agar dan menjadi ladang pahala buat saya.
Idea menjadikan latar empangan sebagai sebuah tempat memandangkan telah jatuh cinta pertama kali menjejakkan kaki ke empangan. Di sana saya dapat melihat kehijauan dan kejernihan air yang terus melahirkan buah-buah fikiran untuk saya mengarang. Alhamdulillah saya berjaya merealisasikannya.
Tidak cukup dengan itu, guru ini sentiasa membawa novel ini ke tempat-tempat menarik buat teman.
“Ya, saya akan mengambil gambar dua novel ini ke mana sahaja saya pergi. Tidak kira di tasik, pantai, bandar dan sebagainya. Saya akan berkongsi gambar-gambar ini di laman muka buku untuk tatapan semua. Dalam masa yang sama juga, saya akan mempromosikan tempat-tempat yang menarik ini untuk sama-sama dilawati oleh semua.” ujarnya yang masih lagi menantikan beberapa buah novel lagi yang akan muncul dalam masa terdekat.
Semoga masih diberi peluang dan kekuatan untuk berkarya dan menghasilkan novel yang bermutu pada masa akan datang.
Ditulis oleh,
Cikgu Ahmad Safarman Dollah
4 Ulasan
Bagus juga promosi buku di tempat-tempat alam semula jadi.
BalasPadamnice
BalasPadamSatu teknik pemasaran yg unik, org yg suka berjalan2 pun auto jadi tertarik dengan buku dlm gambar tu.
BalasPadamJadi trademark macam tu kan. Sambil tu boleh promosi dan tambah koleksi gambar menarik.
BalasPadamSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.