Power of Internet Telah Membawa Berita Gembira Kepada Saya

Semalam saya sangat teruja apabila membuka twitter dan instagram. Asalnya, saya agak terlambat mengetahui berita gembira hasil kuasa Internet (Power of Internet). Seperti yang dalam post Late Night Thought: I'm Tired, saya memang uninstall segala media sosial sebab nak melaksanakan "Tempoh Bertenang". 

Tiba - tiba semalam ada kawan suruh bukak Twitter sambil nak tawarkan "Teaser". Waktu itu saya fikirkan tentang web app yang beliau sedang buat. Rupanya berita lain.


Jujur, saya terkejut dan tak menjangka sebenarnya catatan blog saya "Mengambil Inpisrasi Daripada Programmer Afiq Sazlan" dijumpai oleh tuan badan. 

Keterujaan saya pada malam itu memang tidak dapat digambarkan dengan kata - kata. Degupan jantung saya ketika itu memang laju, sekiranya membuat ujian menggunakan smart watch, saya boleh dikatakan sedang menjalankan senaman High Intensity. Hormon Adrenalin saya pula, sekiranya dilajalankan ujian memang berada di tahap paling tinggi yang saya pernah ada. Itulah definisi teruja saya pada waktu malam. Malah, saya tidak boleh tidur sebab tidak menyangka hari seperti ini boleh berlaku dalam dunia saya.

Kata dan doa beliau amat menyentuh hati saya, mungkin kerana saya memang sedang melihat rentak beliau, erti kata lain mana yang baik dan mana yang saya boleh contohi, saya ingin ambil dan melaksanakannya.  Sebab dalam dunia ini kekadang kita tidak tahu teknik atau prosedur mahupun langkah - langkah untuk melaksanakan sesuatu, dengan melihat seseorang yang telah berjaya, kita boleh ambil sedikit banyak apa yang mereka lakukan dan cuba melihat mana yang sesuai untuk kita laksanakan. Hidup ini memang perlukan pelbagai eksperimen sehingga kita jumpa yang tepat.

Kejadian semalam juga membuatkan saya mula berfikir untuk mendalami bidang pengaturcaraan ini dengan betul dan membuat perkongsian agar saya juga dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Banyak betul perkara yang bermotivasi dalam hidup saya kebelakangan ini. Alhamdulillah, terima kasih Allah.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. teruskan minat nadia tu. semoga terus berjaya

    BalasPadam
  2. Jadikan sebagai pembakar semangat dan semoga berjaya kelak. Aamiin...

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.