Mengambil Inspirasi daripada Programmer Afiq Sazlan

Topik hari ini agak lebih tercederung rasa cinta saya terhadap programming. Baru - baru (dah berminggu - minggu jugalah sebenarnya), terjumpa satu programmer dekat instagram ini. Namanya adalah Afiq Sazlan.

Photo by Johannes Plenio from Pexels

Sebilangan orang mungkin mengenali Afiq Sazlan ini sebagai penulis buku. Saya pun baru jumpa beliau seminggu yang lalu atas dasar ternampak profile beliau sebagai Developer. Laravel & Vue.js. Kalau ikutkan Google. Afiq Sazlan sebenarnya telah menulis sebanyak tiga buah buku yang bertajuk:

  1. Aku Hamasah As-Syabab
  2. Mencari Hud Hud Yang Kini
  3. Terbang Tapi Berjalan

Menarik sebenarnya buku beliau ini bila baca review dari pada pembaca. Walaupun ketiga-tiga buku ini dah lama tetapi saya masukkan dalam senarai buku yang patut saya baca disebabkan review - review yang diberi oleh para pembaca sangat berpuitis dan  menarik **kena habiskan bacaan buku sekarang dahulu.

------------

Screenshot from Afiq Sazlan - YouTube

Berbalik pada topik asal saya ialah "Mengambil Inspirasi daripada Programmer Afiq Sazlan". Seperti ramai pembaca yang dah lama singgah ke alam blog saya ini pasti rata - rata dah tahu saya sebenarnya amat meminati dalam programming ini. Jadi bila terserempak developer malaysia ini rasa macam terharu gitu. Memang tanpa segan silu saya akan follow dan ingin tahu perjalanan dan bagaimana mereka dalam dunia programming ini.

Saya sebenarnya tertarik apabila menonton beberapa video beliau. Ada tiga video sebenarnya menarik perhatian saya dan buat saya rasa "kalau Afiq Sazlan boleh ceburi bidang pengaturcaraan ini, kenapa tidak saya yang dah lama minat dalam bidang ini?". 

Screenshot from Afiq Sazlan - YouTube

Dalam video Afiq Sazlan ini sebenarnya banyak menekankan untuk cuba buat kalau dah rasa nak buat. Tidak perlu takut. "Just Do it". Video dari Afiq Sazlan ini sebenarnya pendek sahaja berdurasi 4-7 minit, ada juga beberapa video yang lebih dari 7 minit.

Waktu awal - awal tengok video Afiq Sazlan ini, memang mengembalikan balik zaman era video Mat Luthfi 5 ke 11 tahun yang lalu. Afiq Sazlan ini ada vibe - vibe seperti Mat Luthfi, video yang santai - santai tetapi ada pesanan yang ingin disampaikan. Mungkin juga sebab saya memang suka dengar video - video yang bercerita tentang pengalaman sebab dapat kita yang masih belum kenal dengan realiti sedikit banyak dapat mengenali dengan realiti dunia ini.

Berbalik pada perkara yang membuatkan saya terinspirasi ialah Afiq Sazlan ini membina kerjaya dalam bidang programming ini dengan kosong pengalaman. Bayangkan daripada seorang penulis buku dan masuk dalam bidang programming ini. Bunyinya macam tidak logik, tapi tiada yang mustahil sebenarnya. Dalam video beliau ada menyatakan bahawa ketika temu duga beliau terus terang cakap "Saya ada 0 portfolio, 0 pengalaman dalam bidang ini tetapi saya cepat belajar". Secara tidak langsung sekarang beliau sudah ada dalam dunia programming ini 3-4 tahun begitu (Bermula pada tahun 2019).

Waktu dengar Afiq Sazlan berkata begitu dalam video beliau, tiba  - tiba kekuatan dalam diri pun hadir untuk rasa bersemangat dalam mencari kerja dalam bidang pengaturcaraan (programming). Saya mula fikir kalau Afiq Sazlan boleh mendapat keberanian untuk mencuba dunia pengaturcaraan ini, kenapa saya yang memang minat sejak zaman main blogskin dahulu dan dah belajar dalam bidang Software Engineering masih tidak percayakan diri saya sendiri yang saya boleh jadikan pengaturcaraan sebagai kerjaya saya.

Alhamdulillah, sekarang saya berjaya dapatkan pekerjaan di sesebuah Syarikat. Tidak sabar sebenarnya ingin mulakan pengalaman pertama ini walaupun sebenarnya berdebar.

Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. All the best ya! Semangat! Lama tak dengar pasal Mat Luthfi.. hehe.. Adik saya buat programming memula nampak pening la.. coding bagai.... tapi tup tup.. lama gak dah kerja... huhu... Bestlah. banyak kali dapat work from home.. sampai skrg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mat Luthfi tu memang legend dalam "industri youtuber" ni. Wahh adik dalam bidang programming. Hopefully, suatu hari nanti dapat berkenalan dengan adik awak

      Padam
  2. Wah daripada penulis ke pengaturcara.
    Bukan calang-calang.
    Susah juga pengaturcaraan ini. Hehe.
    Tahniah Nadia sudah diterima kerja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun terkejut bila tahu jalan cerita afiq sazlan, itu yang menjadi inspirasi

      Padam
  3. All the best to you in your new career..
    Sometimes benda yang kita bakal buat yang totally zero lama-lama kita akan lebih mahir dari apa yang kita belajar di Uni/kolej..
    Macam saya.. Belajar Graphic..1st job as finance yang totally tak suka numbers dan lbh 10 tahun masih kerja sebagai Finance Exec.. Haha.. The more you learn the longer you will be expert..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh dari graphic designer sekarang lompat ke finance. Betulah tiada yang mustahil. Terima kasih atas ucapan

      Padam
  4. Husband akak pun bermula dari seorang programmer. Sekarang dia more to system analyst. Akak tak tau apa bezanya sebab tgk screen dia (ada 3 monitor dia bukak bila WFH) semua coding je akak nampak. Huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha akak saya terhibur. Nampaknya macam itulah saya nanti, dua screen semuanya coding.

      Padam
  5. Tahniah dan semoga berjaya nanti, Nadia. :)
    Akak juga grad dalam bidang Software Engineering. Kerja pertama, junior programmer. Malam bila terbaring atas katil pun dok fikir camana nak selesai masalah orang. Kerja terakhir, Quality Engineer, cari salah software engineer bila check system. Bila dah ada anak, decide untuk berhenti, sebab selalu balik malam. Pengalaman yang sangat berharga, pernah kerja dengan syarikat cina, syarikat jepun dan bumiputera juga. Semua cara lain-lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh , akhirnya dapat juga berkenalan dengan programmer perempuan. Kadang-kadang kita tengah dalam tandas pun boleh dapat idea kan? Malah kadang-kadang terbawa sampai dalam mimpi.

      saya pernah mimpi sampai cakap " if ngantuk print tidur, if tak ngantuk sila bangun ". Kawan waktu tu pelik -pelik je tengok saya.

      Banyak pengalaman akak. Saya harap saya pun dapat mengembara pelbagai pengalaman dalam bidang ini. Terima kasih atas ucapan tahniah

      Padam
  6. Power betul. Sekarang makin banyak dah peluang kerjaya untuk programmer kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Banyak peluang pun kena betul betul surviveee ni

      Padam
    2. Boleh tu.. sekarang ni banyak cabang boleh buat duit. Dalam buat kerja programming, boleh sharing tips n tricks di YT n Blogspot ni.

      Padam
  7. Kalau dah minat, bagus gali ilmu dari yang pakar. Muda muda dah besar kejayaannya, hebat beliau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Hebat Afiq Sazlan ini. Kalau membuat kajian (dah bunyi macam penyiasatan). Beliau juga pernah membuka company! Saya kagum dengan beliau yang menggunakan apa yang beliau ada untuk terus maju dalam kehidupan

      Padam
  8. afiq sazlan ni dulu masa mula2 bt blog rajin jugak tgk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Pernah nampak blog dia rasanya dekat wordpress. Ramai juga kenalan saya yang dulu - dulu memang familiar dengan nama Afiq Sazlan

      Padam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.