Sahur di Mamak

Abah ada dengar cerita daripada kawan-kawan dekat dialisis tentang bersahur dekat mamak. Abah pun apalagi ajak lah sahur dekat mamak Salsabeel, alang - alang abang cuti ada dekat rumah, memang lagi seronok lah sahur sekali.

Sebelum tidur saya dah berangan esok pagi sahur saya nak order roti bakar dan telur separuh masak. Tetapi sampai - sampai, roti semua dah habis. Kecewa saya mendengar kata - kata daripada pekerja mamak tersebut, "Roti semua sudah habis".

Dengar sahaja habis, terus saya memerah otak memikirkan untuk makan apa. Tengok orang makan goreng - goreng. Makanya kita order Maggie Goreng dan Telur Mata. Awalnya ingat taknak beli air manis, sebab jarang saya minum air manis waktu sahur. Tetapi bila dah sampai mamak yang jarang - jarang sekali saya datang ini, rasanya rugi kalau tak order Teh ais. Maka kita ranapkan impian mahu minum air masak sahaja pada waktu sahur.

Maggie Goreng

Mee Goreng

Yang paling penting adalah telur mata, telur kuning tu cair, barulah best untuk makan!. Tetapi saya geram juga tengok telur mata saya tu tak sama macam telur mata mee goreng. Kalau telur mata mee gorang itu nampaklah juga garing - garing rangup tu. Apa - apapun sedap.

Tengah - tengah makan saya nampak ada orang order nasi goreng. Saya terus macam kenapa idea nasi goreng tadi tidak muncul - muncul dalam otak. Saya terus berazam, kalau lain kali sahur mamak, saya nak order nasi goreng. HAHAHA.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Telur itu sungguh menggiurkan!

    BalasPadam
  2. maggi goreng mamak ada telur camtu fav anak

    BalasPadam
  3. lama tak lepak mamak. rinduu

    BalasPadam
  4. Sahur pukul berapa tu, Nadia? Akak takde geng. Anak-anak malas nak keluar. Teringin juga sahur mamak. Pekena teh tarik sekali-sekala, baru terbeliak biji mata, kan. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nadia sahur dalam pukul 4.30 am macam tu. Sebab kalau pergi lambat takut karang mamak taknak ambil order kita pula kan.

      Padam
  5. Bayrama az kaldı öyle değil mi, sahurun manevi havasını seviyorum ...

    BalasPadam
  6. Awal betul roti habis..takpelah, harap next time ada rezeki. Tak ada roti, boleh order nasi goreng pulak.

    BalasPadam
  7. Sedanynya maggi mamak..
    nampak menarik tu..haihh

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.