Alhamdulillah Unofficially Graduate ! | 3.5 Tahun telahpun di penghujung

 

Tengok tajuk post kali ini pun dah tahu berita gembira bukan? Siapa - siapa dulu yang sering singgah ke blog ini mesti banyak kali baca saya cakap "terpaksa kurang aktif dalam blogging sebab kena fokus pada semester akhir tahun". Tak sangka pejam celik pejam celik. Dah berakhir dah.

Walaupun masih tak keluar result, mengikut apa markah markah continuous assignment dan saya telah buat perhintungan. InsyaAllah lulus. Amin amin.

Tetapi saya tetap bersyukur, tidak sangka dari seorang pelajar tahun pertama yang tidak yakin bahawa boleh habiskan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Perisian (Software Engineering) di Universiti Malaya. Tak terhitung berapa kali tangisan dan drama yang berlaku sepanjang belajar. Biasalah hidup tidak selalunya mudah, setiap liku - liku yang kita ambil ada dugaannya.

Cuba baca: Gagal Bukan Kemusnahan

Saya ingat lagi sewaktu first year, ada gagal dalam subject Data Structure. Waktu tu, memang luluh hati dan fikir - fikir kena ambil degree 4 tahun ke eh? Kalau ambil 4 tahun, hujung - hujung akan rasa sunyi. Kena bersosial buat kawan. Kalau tiada orang nak ambil saya jadi projek kumpulan macam mana? Kena buat projek sorang  - sorang ke? Banyak betul overthinking saya waktu gagal. Tetapi Alhamdulillah, susun atur jadual universiti memang dia dah simpan next sem adalah semester untuk repeat subjek 5 credit hour. Memang pihak universiti dah tahu akan ramai pelajar gagal dalam subjek tersebut.

Alhamdulillah Viva Project Akhir Tahun Berjalan Lancar

Viva kali ini outfit memang habis sempoi. Hoodie hitam + tudung sarung. Sejak dah beli tudung sarung ni, bila malas sahaja terus pakai tudung sarung. Walaupun soalan dari panel agak "killer", kita cuba sahaja sedaya upaya penuh yakin jawab soalan panel. Tetapi kedua - dua panel baik, Alhamdulillah. Saya memang berdoa saya dapat panel yang lembut bicaranya. Takut dapat kalau suara lantang. Automatik kena tegur pun rasa nak menangis. hehe. 


Waktu awal  - awal panel masuk tu adalah sedikit nervous. Tapi kurang bila kedua-dua panel cakap "Hello Nadia, Good Afternoon". Ah cair terus hati. Hilang nervous. Terharu juga bila akhir - akhir tu ada gelak - gelak dengan ahli panel. Rasa macam syukur mood mereka baik - baik. Kita doa yang baik - baik sahaja result akan okay.

----

Banyak benda yang saya belajar sepanjang menjadi pelajar ijazah sarjana muda. Ada perkara yang saya rasa adik - adik bawah saya perlu tahu , perlu pertimbangkan sepanjang menjadi pelajar. Mungkin post akan datang saya akan cuba selit beberapa perkara. Kalau ada yang singgah post saya ini student dan ada persoalan. Boleh comment, mana tahu saya ada jawapan :).

 

Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Tahniah.. Tak lama lagi boleh pegang scroll.. #umisone hehe..

    Percayalah untuk banyak situasi tudung sarung adalah penyelamat.. Walaupun kadang rasa macam tak fashionable. Lol. K.Naniey dah lama tak pakai shawl lilit2. Rindu nak melilit tapi kalau melilit habis senget benget kena tarik dgn Naura. Penyudahnya tudung sarung je la. Cepat dan jimat masa. Yang penting ironless. Lol (mcm promote tudung pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh join jadi alumni dengan kak naniey nanti hehehe. Haha. dah jadi mommy mommy memang tudung sarung ni penyelamat. Yang penting, tudung sarung yang betul memang boleh buat kita jadi cantik hehe

      Padam
  2. alhamdulillah..congrats dear!!! moga terus maju & success selalu!!!

    BalasPadam
  3. Wah tahniah.. saya tinggal 1 sem sahaja lagi huhu

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. tahniah nadia... semoga dipermudahkan urusan membina kerjaya pulak lepas ni ye

    BalasPadam
  5. syukur alhamdulillah dah settle semua. dulu masa viva pun cuak pastu tak boleh jawab soalan panel. lagi la rasa murung nak tengok result. nasib baik lah markah okay je hehe. Congrats again! Buy some reward for yourself tau :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuak kan bila viva tak boleh jawab. Ada je soalan mcm sekat nak jawab. Tak beli lagi reward bebetul for viva. haha.

      Padam
  6. Alhamdulillah..syukur dapat panel yang baik baik. Tak sabar nak tunggu officially graduate kan. Selamat enjoy konvo nanti dan semoga mendapat kerja yang bagus. Aaminn...

    Tahniah Nadia!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak kena turunkan badan 10kg, supaya bergambar nanti cantik hahahaha

      Padam
  7. Alhamdulillah...1 cabaran dah settle...ni tengah tunggu cabaran keluar result pulak ye. SEmoga dapat apa yang diimpikan dan mungkin lebih baik dari apa yang diimpikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi dua mingg result nak keluar. Haha cuak juga sebenarnya. Harap lulus.

      Padam
  8. Alhamdulillah. Tahniah Nadia. Semoga hari mendatang terus dikurniakan kejayaan dan kebahagiaan dariNya. Reward yourself on this achievement ya. Selalu singgah tapi tak tinggalkan jejak. Hehehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih puan atas doa doa yang diberi. Salam perkenalan dari saya!

      Padam
  9. tahniahnyer.., praktikal kat mana tuuh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Praktikal dah tamat dah. Sekarang memang terus kena cari kerja hehe

      Padam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.