Gagal bukan kemusnahan

source : Google 

Waktu semester 2 yang lepas, saya ingat lagi yang saya betul-betul yakin [Note : Korang jangan lah macam ni yakin yakin gagal ni tak elok ] yang saya akan gagal dalam subjek Data Structure(DS) (Subjek programming) dan betul-betul saya gagal dalam subjek tersebut. Saya memang layak gagal, sebab saya memang tidak berusaha langsung dari hari pertama kelas sehingga hari terakhir kelas. Bukan saya tidak mahu berusaha, tetapi ketikan itu saya betul - betul gagal memahami konsep DS ini.
 
Saya sangat keliru sebenarnya waktu sem tersebut, saya perlu guna Library Java punya ke atau perlu guna manual ke dalam coding ni ? Mana satu ???? Sepanjang sem tu saya tidak faham kenapa Pensyarah ajar cara import lagi banyak daripada kukuhkan cara manual sebab bukan apa *DALAM EXAM KAN KITA GUNA MANUAL* .
 
Tetapi itu lah, saya sendiri lupa ni kan universiti kenapa saya nak expect pensyarah akan ajar ikut apa yang kita nak kan ? saya sendiri sebenarnya yang perlu berusaha untuk memahami apa sebenarnya yang pensyarah mahu sampaikan. Namun nasi telahpun menjadi bubur, saya gagal nak menguasai apa yang saya belajar. Maka saya pun gagal dalam subjek DS ni.
 
Pada awalnya apabila saya gagal dalam subjek ini, saya berasa sangat sedih, cuba bayangkan apabila kita melihat kawan-kawan kita semua tak gagal . dan yang paling sakitnya ialah subjek ini berjumlah 5 credit hours [Mesti kalian semua faham mengapa saya rasa sakit + kecewa + terseksa].
 
Untuk saya repeat subjek yang berjumlah 5 credit hours ini agak menganggu jadual belajar saya. Tetapi, pada masa yang sama saya bersyukur juga saya gagal dalam subjek ini, sebab saya sendiri pun tidak berpuas hati dengan apa yang saya belajar. Sepanjang sem 2 yang lepas, saya memeang kerap tanya pada diri saya, Apa yang saya belajar? Jadi bila saya kena repeat, saya sebenarnya tidak terlalu sedih malah saya rasa ini adalah peluang yang bagus untuk saya ada ruang belajar semula dan memahami sertia menjiwai. Misi saya untuk repeat adalah memastikan saya puas belajar subjek inil

Nak dipendekkan cerita, Alhamdulillah saya betul-betul memanfaat peluang yang diberi ini. Orang kata belajar dua kali kita dapat kefahaman dua kali. Dan benda ni betul-betul membantu saya. Saya akhirnya berjaya memahami subjek yang saya frust ambil sem lepas. Tapi kali ini saya betul-betul berpuas hati dengan apa yang saya belajar. saya faham kenapa setiap struktur itu berlaku macam ni dan sebagainya. Lagi satu, apabila saya repeat, saya dapat memahami kaedah coding yang sebenarnya. Saya patut berusaha lebih dan lebih lagi. 
 
Perkara yang paling menarik ialah Pensyarah saya telah keluarkan result awal dan Alhamdulillah saya berjaya dapat A+ !!!! Saya bersyukur sangat sebab saya tidak sia-siakan peluang ini. 

Saya paling tidak sangka apbila Dr kata saya dapat 50/50 dalam finals. ya Allah, hanya Allah sahaja tahu betapa saya bersyukur dapat keputusan macam ni.




Dan saya pun tak sangka, dapat jadi champion dalam kelas tu. Sangat sangat tak sangka. Repeat ni sakit bila kita tengok orang lain dah kedepan. Awal - awal pun saya tidak terima saya boleh gagal, tapi lama-lama saya rasa gagal tu adalah satu pembelajaran juga untuk kita. Macam mana kita nak manfaatkan peluang kali kedua untuk buktikan kita boleh belajar dengan betul-betul. Jadi, kalau korang ada gagal mana mana subjek, Jangan down sangat tau, yang korang perlu lakukan adalah bangun semula dari gagal. Kegagalan bukanlah kemusnahan tapi adalah satu iktibar dalam hidup kita, Tetapi ingat jangan bila gagal terus mengalah. Teruskan berusaha sampai berjaya.  :)
Seperti peribahasa jepun "fall seven times, get up eight"
 
Korang pernah gagal tak sepanjang belajar ?


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Wah..sungguh memberi inspirasi lah cite awk ni..
    herm..gagal ya? ada je..haritu saya baru gagal test untuk subjek management.I mean,bukan saya je gagal,hampir satu kelas gagal! hahahaha

    nasib baik saya ada geng..kekekek
    tapi saya belajar dari kesilapan,
    jadi saya score dekat test 2.Walau tak banyak mana,tapi ada peningkatan.Alhamdulilah..

    sebenarnya dalam hidup ni,kita kena sentiasa kena belajar bersyukur dengan apa yang kita dapat,sebab apa?Sebab semua ada hikmahnya.Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita.
    We just gonna believe it.

    Apa2 pon all the best untuk awk ya..

    jemput singgah blog saya yang tak seberapa ni.Sorry,panjang lak komen sini.Kekeke!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Weh hebat gila dapat A+ DS �������� sumpah aku respect kau ��������

    BalasPadam
  3. yup true so true. failing means we're learning and improving to be better.

    BalasPadam
  4. pernah belajar basic programming masa matrik. walaupun minat, tapi faham sangat kalau further study kos berkaitan coding ni boleh fail teruk. sepanjang belajar ni, ada satu sem tu ambik biochem, alhamdulillah tak fail tapi menangis nak faham nyaa.. and sem tu result paling teruk lah hahahah. btw, tahniah! effort would never failed you.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jyeah Naja, lagi lagi bila kita jenis agak slow learning nak faham sikit kena details tu lama. Tapi student pulak asyik kadang kadang nak hang out nak drama lah. tu yang jadi makin susah nak fahamkan konsep! . I feel u, Kalau pasal result tak yah cakap bila kecewa teruk. Naja juga semoga berjaya !

      Padam
  5. i wish i could be as strong as you :')

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.