Jalan sorang - sorang adalah terapi


 
Hello. Siapa dekat sini suka jalan sendiri? Saya tidak pernah berani jalan seorang diri sebab takut. Takut kalau ada perkara buruk, siapa akan tolong. Rasanya benda ini berlaku sebab sepanjang kita membesar ada banyak jenayah berlaku ketika kita “seorang diri”.

Zaman kecil kecil dulu, saya ingat lagi saya takut akan kes penculikan, sehingga bawa ke mimpi kalau makan keropok lekor akan kena culik. Punya takut sampai mimpi pelik - pelik. Ketakutan kedua saya ialah, sebab saya merupakan seorang perempuan, susah rasanya nak rasa selamat bila keluar, walaupun dekat tempat yang ramai, saya masih tertanya - tanya , "berapa ramai orang awam yang nampak saya perlukan bantuan, atau kena serang akan tolong?" . Kadang - kadang tengok banyak cerita dalam tv, tiada penyelamat. Belum lagi kalau tengok cerita kawan makan kawan. Lagi buat saya takut nak keluar. 

Tapi kadang-kadang kita perlukan waktu yang kita hanya fikir diri kita. Sebab tu jalan seorang diri adalah terapi. Sebab waktu tu, kita berhak memikirkan diri kita sahaja. Bukan saya nak kata, waktu lain kita tak boleh memikirkan diri sendiri sahaja. Tetapi waktu lain, banyak perkara kita perlu memikirkan untuk datang dengan solusi yang terbaik. Pentingkan diri juga perlu letak pada tempat yang betul. Sebab kita hidup bermasyarakat.

Bila jalan sorang  - sorang ini, saya boleh ambil keputusan ke mana saya nak jalan, air apa yang saya minum, saya nak minum air dekat kedai ini, dan makan dekat kedai sana. Saya boleh pilih apa yang saya malas nak pergi, apa yang saya rajin nak pergi. Paling penting, tak perlu tanya pendapat orang lain nak ini atau tak. Kita hanya perlu pergi ke mana kita nak. 

Walaupun sekejap, dapatlah juga rasa "cool", tak rasa sesak, tidak rasa banyaknya beban dalam diri.
 
Akhir kata, saya sendiri tidak tahu kenapa post ini diwujudkan. Saya nak bagi tahu yang, "Berjalan sorang - sorang itu adalah terapi".

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Biasa kalau jalan sendiri kat KL ni prefer naik lrt lepas tu pusing dlm mall je sorang sorang. Masuk kedai buku.. Cuma makan sorang2 je macam tak reti. Mesti tapau n bawa balik. Tak reti nak makan kat kedai sorang2. Rasa macam janggal je. Hadehh..

    BalasPadam
  2. mama setuju kalau kita ada me time rasa release stress sket kan

    BalasPadam
  3. Kadang seronok jugak jalan sorang sorang. Setuju jugak satu terapi. Cuma bosan sikit tak ada teman bersembang. Demi keselamatan memang ada baiknya jalan berdua atau ramai ramai.

    BalasPadam
  4. dulu selalu la jugak jalan sorang2, shopping sorang2 but now dah jarang dah.

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.