Langkau ke kandungan utama

MOVIE: SILENCED

 

 
DURATION:  2 hours and 5 minutes
DIRECTOR: Hwang Dong-Hyuk
ADAPTED FROM: The Crucible
Haloooo, dah lama tak berkongsi mengenai movie! Kalini nak berkongsi mengenai cerita SILENCED yang dibintangi oleh oppa Gong Yoo dan membawa watak sebagai Kang-In-ho.
 
Sipnosis:
Silenced merupakan cerita mengenai kisah sebenar mengenai sexual abuse di sekolah untuk orang pekak dan bisu di Gwangju Inhwa School. Cerita ini mengisahkan bagaimana diorang mangsa-mangsa ini mempertahankan dan mendapatkan hak manusia yang patut diorang dapatkan

Waktu pertama Nadia tengok cerita ni, Nadia tak sangka ada juga real case macam ni dan ia berlaku di sekolah. Dan cuba bayangkan sekolah merupakan tempat selamat untuk kita pergi menuntut ilmu dan tapi dalam cerita ini sekolah bukan tempat selamat. Cerita ni yang uniknya ialah ia mampu buat kita semua untuk pelajari bahasa isyarat. Dia macam buat kita fikir kalau kita belajar bahasa isyarat mesti kita boleh bergaul dengan orang macam lebih senang kan, sebab bahasa komunikasi yang sama. Dalam cerita ni juga, bagi Nadia penyampaian betapa sengsara nya pelajar dekat sekolah ni memang terkesan bebetul lah, Memang sampai lah betapa sedihnya hidup diorang yang masih budak-budak yang patutnya hidup diorg bahagia tanpa masalah atau rintangan mahupun cabaran yang memuramkan kehidupan diorang. Cerita ni sangat menyakitkan hati juga sebab dia macam "KENAPA KO NAK SEXUAL ABUSE BEBUDAK NI WOII".
 
Nadia bagi cerita ni 4.5/5, sebab cerita ni bagi pengajaran yang banyak dan juga penyampaian emosi tu sangat menjadi.Korang boleh rasa kesedihan dan kesakitan mangsa mangsa sexual ni semua. Kalau korang jenis suka real case, Nadia memang cadangkan  korang untuk tengok cerita ni. Last sekali sebab cerita ni dibitangi oleh GONG YOO! dan kenapa kurang 0.5 ialah sebab Nadia rasa awal awal tu agak slow cerita ni nak sampai ke tujuan ceritanya tu.

Selamat Menonton



Ulasan

  1. wowwww abam goblin laa hehe. nanti nak tengok..

    BalasPadam
  2. i've watched this and it is sad but also can't help but to feel frustrated at the same time.

    BalasPadam
  3. Dah tengok. Memang geram betul dengan mereka yang tak bertanggungjawab. Sedih tengok. Balasan pun tak setimpal dengan apa yang cikgu cikgu dah buat pada budak budak tu. Mujurlah ada cikgu yang sanggup membela nasib mereka. Paling menyedihkan ianya real story. Tapi mostly kisah benar di Korea banyak yang hukuman dia terlalu ringan sebab bukti yang kurang. Bagus untuk jadikan pengajaran.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.