Luangkan Masa di Solitaire

 

Main game dekat platform yang tak perlu setup ni, memang favourite saya. Sebab memudahkan, pada masa yang sama dapat lah larikan minda sekejap dengan benda yang seronok daripada kerja - kerja yang perlukan brainstorming terlalu tinggi.

Buka sahaja laman sesawang solitare.org, terus keluar game kad ini. Jujur dah lama tak main game begini, bila nak main lagi sekali memang lupa waktu tu. Kedua, saya selalu tak faham sangat konsep kad untuk game seperti di atas, Tapi tahu kena susun dari king ke nombor 1. Game ni memang susah lah, saya main lebih 10 kali pun saya tak puas.

Kategori Game dalam Solitaire

  1. Card Games
  2. Mahjong Solitaire Tile Games
  3. Hidden Object Games
  4. Match 3 Games
  5. Logic Puzzle Games
  6. Word Games
  7. Other Fun Arcade Games

Majoriti game dalam solitaire kesemuanya adalah games kemahiran berfikir. Bagus sebenarnya untuk minda kita bagi bekerja. Baru lah neuron neuron yang berhubung dalam otak kita tu berfungsi dengan baik. [Dah macam iklan susu untuk kanak - kanak pula.

Sebelum kita tenggelam dengan game kegemaran saya, saya suka satu benda dalam solitaire.org ini. 


Saya suka sangat - sangat waktu loading ini. Cantik sangat - sangat design yang mereka buat. Sebagai orang yang suka tengok design sesuatu website, bila tengok laman web solitaire ini memang terus jatuh cinta.

Game Kegemaran Saya

1. Classic Solitaire

Game ini yang paling saya sakit hati, tetapi pada masa yang sama game yang paling saya suka. Kalau bukak sahaja solitaire ini memang saya teruskan fokus saya dekat game ini terlebih dahulu sebelum saya mencuba game yang lain. Bila cuba main game ini, saya main berjam - jam juga, sebab saya tak jumpa cara untuk betul - betul menang. Markah paling tinggi saya dapat ialah 80 point je. Sakit betul hati. Geram sungguh.

2. A Nonogram a Day

Game ini menarik perhatian saya sebab dia senang dan mudah. Cuma sakit mata sahaja nak fokuskan betul betul element yang diperlukan. Best sebab tak perlu berfikir macam game no.1. Lepastu bila dapat tekan warna - warna tu rasa syok betul. Rasa macam kita tengah pegang pensel warna dan colourkan kertas kita dengan pelbagai warna.

3. Zuma Legend

 

Game ini memang legend lah, ingat lagi dulu main game ini waktu dekat phone mak. Mak selalu marah "habis lah bateri fon mak, kamu asyik main game". Memang saya suka gila main game ini dekat phone mak. Dekat phone boleh je download, tapi saya tak suka ada banyak apps dekat phone. So memang best lah ada game macam ni dekat solitaire ini.

Tetapi yang geramnya game ini takde line untuk bagi gita guideline dekat mana kita tembak bola kita. Memang rasa lagi geram lah kalau dah salah tuju bola tu, kita aim lain, dia akhirnya ke tempat lain. Lepastu geram bila bolak 2 bertembung 1, dia tak meletup!!!!!!!!!!!!!!!! ish geram betul

---------

Banyak sebenarnya game menarik dekat solitaire.org ini. Kebanyakkan memang game yang menguji kemahiran berfikir ataupun menguji tahap fokus kita. Main ketika stress sangat pun boleh rasa stress terus. haha.


 



Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Best main di laman ni takde gangguan iklan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesuai untuk kita yang tak suka iklan kalau main game

      Padam
  2. ramai main game dekat sini sekarang, menarik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, tapi geram lah dengan game pertama , susah betul nak menang!

      Padam
  3. Dulu suka layan game zuma tu. Leka sampai lupa nak study. Huhu...bila dah terjebak main game zuma susah nak stop.

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.