Baru sahaja tukar template bulan september yang lepas. Tiba - tiba penghujung september template pula buat masalah. Issuenya sebab kan satu CSS boostrap ini. Mungkin sebab boostrap sekarang dah upgrade ke edisi 5, mungkin template yang lama - lama ini terjejas. Sedih betul hati. Guna sebulan terus kena tukar template baru.
Baca Juga: Wajah Baru nadiajamhari.com
Kebelakangan ini memang sibuk, jadual pun pack sebab nak uruskan persiapan sebelum start kelas semula. Nak tukar template tu memang rasa malas sangat - sangat. Bila tukar template, kena hadap beberapa coding. Rasa macam aaaa mengapa nasib ku begini.
Kalau siapa - siapa ada nampak loading blog tulis macam "max.cdn", itu maksudnya memang anda kena tukar template baru. Boleh juga perasan apabila beberapa plugin hilang. Paling ketara ialah boleh tengok social media plugin, top navigation ataupun bahagian button older post dan newer post. Kalau dia tak muncul perkara sepatutnya tu, maksudnya sila lah tukar template anda.
So wajah baru ini, memang lari betul dari layout dulu. Mencari juga layout dulu tetapi rasa macam dah tak jumpa dah. Jadi kita pun berazam lah untuk tuker dengan layout baru. Layout baru ni lagi simple, dia tak serimas layout dahulu rasanya. Tetapi bila tak rimas ini, hati saya pula rasa kosong. Haha [Drama Nadia]
Warna pula sengaja pilih concept turqoise. Rasa dah lama tak nampak warna begini dekat mana - mana. Baru - baru ini sebab ternampak warna baju kurun kegemaran dulu warna turqoise. Itu yang tiba - tiba nak tukar warna turqoise.
Sempena top commentator dekat blog Kak Fiza saya diberi peluang untuk request ada header. Jadi dapat lah header bersempena nama sendiri. Air tangan orang buat ni memang rasa sangat terbahagia. HAHA. Sebab saya selalu main bedal je kalau bab bab begini, malas otak nak fikir. hehehe
Jadi sempena dapat ni, saya pun buat gabungan header ini dengan icon saya selalu guna. Nak jadikan as logo blog.
P/s: maaf ada yang saya terlepas nak blogwaking semenjak dua menjak ini. Nanti saya singgah tau!
9 Ulasan
Cantik Dan kemas. Laju pun Laju. 🤭
BalasPadamAlhamdulillah lega hati. kita pun taknak buat pembaca tertunggu bila datang blog kita
PadamAlamakkk.. Ammi pun kene tukar template ke? Mmg tak nampak logo social media kat belah top & bottom. Kluar kotak2 je
BalasPadamSaya ada inspect template ammi, Ya ammi punnya masalah pun sama dengan apa yang saya hadapi.
PadamSaya kena template saya juga pada pandangan web. Hehe tapi saya punya template memang lama.
BalasPadamBila lama ni kadang - kadang memang effect betul. Sebab ialah semakin maju teknologi semakin banyak library coding dibuat pembaharuan, dan yang lama mungkin dia tak guna dah
PadamAlamak tukar template blog la pula. Samalah rabia tukar jugak ni
BalasPadamKalau ada problem seperti yang saya nyatakan memang disarankan bertukar. Sebab bootstrap dah update library dari version 4 ke version 5 dan ada beberapa coding istilah kat version 4 tak dikekalkan ke version 5
PadamNak tak nak terpaksa gak kan tukar template blog. Rasa dah selesa sangat dengan template lama tu. Nak tukar template tu malas nak hadap coding dan edit. Ada problem tak menjadi akan stress pulak. Sabar je lah. harapnya bertahan lama lah template baru ni kan Nadia. Malas nak tukar tukar dah. Thanks sudi kongsi punca punca template lama problem.
BalasPadamSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.