Drama i-Tanggang: Episode 5 - Dr. Chong

 

Drama: I-Tanggang (Mother of All Lies)

Episod 5: Dr. Chong

Waktu Siaran : Isnin, 9.00 malam

Siaran TV: Astro Citra

Pengarah: Wan Hasliza Wan Zainuddin, Alak Idle, Rashidi Ishak

Produksi: KL Motion Pictures

Baca Juga: Sinopsis dan Episod 1 I - Tanggang.

Episod 5 pun makin panas dan makin berdebar. Dalam episod 5 ini, scene credit memberi pandangan mengenai isu utama untuk pesakit mental atau penyakit mental ini adalah stigma masyarakat terhadap pesakit/penyakit mental ini.

Stigma adalah sebuah pikiran, pandangan, dan juga kepercayaan negatif yang didapatkan seseorang dari masyarakat ataupun juga lingkuangannya. Atau bahasa yang berkait rapat ialah "labelling, streotip, separation, serta dikriminasi sehingga hal tersebut dapat mempengaruhi diri seorang individu secara keseluruhan"

Stigma Pesakit/Penyakit Mental

Pesakit mental sering menjadi mangsa dikriminasi oleh masyarakat. Antara stigma yang masyarakat telah letakkan ialah:

  1. Pesakit mental tidak beriman [bergantung pada agama, kalau dari segi agama Islam, kita menyatakan bahawa mereka tidak menunaikan solat, tidak ingat pada Tuhan dan sebagainya]
  2. Penyakit mental adalah keturunan [Ibu ada penyakit mental, anak juga akan mendapat]
  3. Pesakit mental akan melaksanakan perkara yang bahaya. 
  4. Pesakit mental ini adalah mereka yang terlalu manja dan cepat mengalah.

Banyak sebenarnya stigma masyarakat terhadap pesakit mental ini, yang menyebabkan pesakit - pesakit ini tidak mampu untuk berfikiran terbuka apabila mendapat tekanan daripada masyarakat sekeliling. Disebabkan stigma ini menyebabkan pesakit mental ini mengambil jalan lain untuk lari daripada masalah yang berlaku.

Apa yang marsyarakat perlu laksanakan adalah dengan menerima bahawa penyakit mental ini adalah merupakan salah satu penyakit yang wujud dan perlu mendapatkan rawatan. Sekiranya ada kawan, luahkan pada kawan. Dan individu yang mendengarnya perlu lah mendengarnya tanpa stigma negatif. Contohnya macam "kau ini manja lah, aku okay sahaja hadap semua ini". 

Pernah kalian berhadapan dengan individu yang mempunyai masalah mental seperti ini? Saya pernah hadap ketika zaman asasi dahulu. Tengah duduk tenang - tenang tiba - tiba kawan sebelah menangis teresak. Ketika itu nasib baik tak ramai pelajar. Saya cuak juga sebab nanti orang ingat saya punca kawan saya menangis. Punca kawan saya nangis itu sebab dia rasa dia tak mampu nak buat apa apa dan tak mampu nak hadap apa apa pun yang dia belajar. Time tu memang boleh nampak dia shaking lah. Saya waktu tu memang cakap "jangan risau, apa yang dia rasa itu tidak salah, mungkin memang bukan sini adalah tempat terbaik, mungkin tempat yang awak baru discover tu".  Alhamdulillah sekarang saya tengok dia bahagia sahaja belajar dekat tempat baru cuma pernah jumpa sekali dua tahun lepas adalah juga tetiba nangis. Kami semua waktu tu dah biasa dan okay sahaja dengan tindakan yang berlaku pada dia. Kami terima keadaan dia bagaimana. Sebab kalau bukan orang sekeliling memahami dia siapa lagi kan?

Apa yang Terjadi pada Episod 5 I-Tanggang ini? [Spoiler Alert]

Dalam episod 5 ini, perangai Esra bukan menjadi - jadi lagi. Pandai betul dia buat flow cerita yang bapa dia cabul diri dia waktu balik sekolah di dapur. "Dia peluk saya dari belakang, malam - malam, bila mommy dah tidur, dia akan senyap - senyap masuk dalam bilik saya". Eddie (ayah Esra) memang terkedu lah dengan semua penjelasan yang diberi.

Aliyah (mommy Esra) membuat kenyataan juga, dan menyatakan anak dia menipu. Sebab anak dia tu tak pergi sekolah pun, so tiada lah situasi "balik dari sekolah".

Paling ketara kantoi laporan palsu apabila polis kata pada Esra, "kita akan buat ujian untuk check sekiranya ada yang terkoyak atau tak". Terus Esra, "ha koyak? apa yang koyak?". 

Bila polis paksa untuk pergi klinik dan Esra bertegas taknak. Kemudian polis bagi tahu bahawa laporan palsu adalah satu jenayah dan boleh dikenakan penjara selama 6 bulan. Terus dia tarik laporan tersebut.

Aliyah tetap bertegas untuk tinggalkan Eddie bersama Esra walaupun Eddie telahpun keluar daripada penjara.

Baca Juga: Drama I - Tanggang Epsiod 4 -  Lies They All

Khay pula dia makin keliru dengan apa yang dia alami. Kerana pengalman dia sangat berbeza dengan pesakit kanser yang lain. Kawan - kawan dia di majlis persatuan pusat kanser semuanya buatt kemoterapi di hospital yang sama. Tetapi Khay buat di rumah. Semua pelik sebab Khay boleh buat di rumah. Dekat sini lah kita dapat kenal Dr Chong. Dr Chong sebenarnya satu watak yang direka oleh Puan Erma. Waktu kecil, setiap kali pergi hospital dibawa oleh Rahmat (ayah Khay) tetiba sahaja appointment akan cancel, memang panas lah Rahmat asyik kena macam tu. Bila Rahmat minta nama hospital, Erma ada seribu alasan untuk taknak bagi salah satunya cakap "taknak bagi tahu sebab nanti Rahmat datang serang Dr Chong yang dah bagi discount murah - murah". 

Khay tanya juga pada kawan - kawan di majlis tersebut. Ramai yang dapat kanser disebab kan ada kesan bengkak dekat leher. Manakala Khay tidak langsung. Khay lagi keliru. Kemudian kawan - kawan mereka tanya bagaimana Khay buat radioterapi. Sebab mesin radioterapi ini besar, jadi tidak logik untuk buat di rumah. Khay dengan yakin jawab dia tak perlu jalani radioterapi. Dr. Chong kata tidak perlu. Semua kawan-kawan dia pelik apabila mendengar penjelasan tersebut. Khay paling terkejut apabila sebenarnya mereka semua selalu berjumpa di hospital semasa buat rawatan kemoterapi.

Erma ternampak Khay borak dengan kawan - kawannya ketika Erma tengah berurusan dengan beberapa orang di majlis tersebut. Erma telah berpesan pada Khay untuk tidak bergaul dengan sesiapa. Melihat kejadian itu, Erma terus mengambil keputusan untuk balik.

Dalam perjalanan pulang, Erma marah sangat dekat Khay dengan tindakan Khay. Sehinggakan Erma kata "Khay nak sangat kan, baik kita mati bersama  - sama:" Erma pun bawa laju untuk berlanggar dengan kereta hadapan, tetapi kereta hadapan pandai elak. maka kemalangan tak berlaku. Khay menangis teresak esak dan takut. Sehinggakan apabila Erma ingin memegang bahu Khay, khay takut sangat - sangat. Ayat paling pedas dari Erma ialah "kalau kita mati ini semua, semua ini salah Khay sebab tak dengar kata". Perghhhhh.

Syafiq terkilan dengan sikap adiknya Sue kerana mengandung anak tidak sah taraf. Syafiq bertanya pada adiknya, siapa penyebab Sue mengandung dan Sue menyatakan bahawa Zamri block 4 yang buat. Syafiq pun pergi lah serang Zamri dan minta Zamri untuk bertanggungjawab. Tahu apa Zamri cakap? "Bukan aku sorang yang buat". Jadi adakah ini kes rogol ?????? 

Kita tunggu next episod esok!

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. cerita yang genre lain dari biasa, seronok ditonton

    BalasPadam
  2. Episod ni agak trending sebab sue mengandung tu kan. nanti saya tengok marathon semua episod senang :)

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.