Makan - Makan: Abah Ikan Bakar, Sekinchan

 




Abah Ikan Bakar Sekinchan

Makan - Makan: Abah Ikan Bakar, Sekinchan | Sejak dua menjak ni, saya punya tekak beralih kepada real makanan, makanan - makanan melayu. Rasa macam kebelakangan ini, makanan melayu sahaja buat diri rasa puas apabila makan.

Kalau dah berjalan dengan ahli keluarga ini, mestilah kita kena ikut selera mak abah kita kan. Mak abah kita pula dua dua orang lama, tekak memang setia dekat makanan makanan melayu kampung ini. Abah memang tekak dia kebelakangan always ikan bakar.



Kami pesan empat menu, Ikan jenahak bakar sambal petai, Ikan kerapu masak abang manis, Sotong Goreng Tepong, Udang masak salteg egg

Sotong Goreng Tepung 


Sedap, tak liat dan senang digigit. Yang penting teknik ,masak tu bukan masak macam cucur.

Udang Masak Salteg Egg.


Udang besar, fresh and rasa salteg egg sedap. Tapi sayang kuah dia sikit sangat.

Ikan kerapu masak abang manis


Ini yang direcommendkan oleh kedai, masakkan dia masam manis tapi ada hint tomyam. Yang ini memang sedap tapi akan lagi sedap kalau kulit ikan tu garing dan kuah nya banyak.

Ikan jenahak bakar sambal petai



Yang ini paling kurang sedikit. Sebab rasa lebih kepada rasa kunyit, kuantiti petai kurang, dan rasa macam ikan tak dibakar dengan sambal.


Catat Ulasan

0 Ulasan