Menara Condong Teluk Intan | sebuah menara tangki air yang kemudian dijadikan menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini ialah ia menyerupai Menara Pisa, Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setinggi 85 kaki dan terdapat 110 buah anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.
Sumber: Wikipedia
Haritu saya dapat masuk ke menara condong, katanya akan tutup untuk 2 tahun untuk sesi membaik pulih. asalnya ingatkan ada banyak tingkat, rupanya dua tingkat sahaja, selebihnya dipenuhi dengan tangki air, dan ada platform untuk jam besar tersebut.
Sayangnya dekat kawasan Menara Condong ini, nak tangkap gambar lawa lawa tanpa motor ataupun kon amatlah susah. Kon - kon tu buat kan menara condong kelihatan tak cantik pula. atau mungkin saya yang gagal ambil gambar dengan baik
Inilah gambar sedikit sebanyak yang saya ada, boleh nampak kot condongnya tu ? hahahaha.
Kalau dah sampai kawasan menara condong ini mestilah kena datang untuk makan cucur udang atau dulu lebih dikenali dengan panggilan gado - gado. Baru tahu rupanya gado - gado ni tutup pada hari ahad. Selalu datang sini hari ahad tak pernah dapat peluang nak makan, kali ini hari ahad dapatlah rasa gado - gado. Agak - agaknya kenapa ya kebanyakkan kedai dekat Teluk Intan tutup pada hari ahad. hmmm

.jpeg)







0 Ulasan
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.