Blog Performance September

Mulai hari ini, entry setiap bulan nak bercerita tentang blog performance. Boleh lah nak buat perbandingan setiap bulan. Boleh lah tahu apa perkara perlu ditambah baik. Mungkin post begini juga boleh peroleh idea yang bernas daripada blogger yang hebat.

PAGEVIEWS BLOG

Sejak bulan Jun hari itu, blog makin lama makin naik Pageviews. Terkejut juga, selalu setiap bulan dalam lingkungan 800 - 1k sahaja. Masuk bulan Jun tiba - tiba naik mendadak ke 4k. Paling terkejut pada bulan Ogos, tiba - tiba naik sehingga 19k. Terkejut betul time tu sebab expect nak naik 6k dulu. Sekali ambil terus ke 19k.

Untuk bulan September menurun. Daripada 19k kepada 14k. Turun 5k juga lah. Tetapi tak sedih mana, sebab ini adalah lebih dari apa saya jangka kan. Tak pasti apa berlaku pada bulan Ogos sehingga naik ke 19k.

TOP POSTING

Bulan lepas pun ada dapat email dari google tentang search query paling tinggi iaitu tentang I - Tanggang. Cerita ini memang tengah panas sekarang ini. Tambahan pula cerita astro, nak cari platform nak tonton tu perlu pelbagai cara bagi mereka yang tidak mempunyai astro.

Kalau tengok post pun, memang I - Tanggang ni terus meraih tempat yang tinggi dengan sekelip mata. Ramai ya memang berminat nak tengok drama ini. Memang berbaloi pun dengan cinematographynya yang memang padu. Tak rugi tengok.

Ikutkan dulu post mengenai Lotus Biscoff yang selalu berada paling atas.

MASALAH KINI

Kalian perasan tak, rasanya sekarang ni blog loading lama. Kadang - kadang saya blogwalking saya loading untuk baca entry pun mengambil masa yang lama menyebabkan dalam sehari itu saya dapat baca blog berapa kerat je. Ke saya je hadapi masalah ini?

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. wahh hebatt.. tahniah!
    semoga makin majuuu!!

    BalasPadam
  2. Ammi belum pernah buat posting on my blog's performance. Rasa nak mula gaklah untuk blog baru ni

    BalasPadam
  3. Geçen ay blog görüntülenmesi biraz düştü benim ne yazık ki...

    BalasPadam
  4. keep blogging! tak sempat lagi nak menonton iTanggang tu

    BalasPadam
  5. wah bagus makin maju. Aien bulan ni hancus. paroh! All the best and keep writing k. ^^

    BalasPadam
  6. Tahniaah Nadia. Berganda ganda naiknya tu. Keep it up!
    Belum layan lagi iTanggang tu. Mungkin layan lepas dah habis semua episod. Hihi
    Tak tahu lah apa masalah blog lambat loading sekarang ni. Ramai yang mengalaminya. tak tahulah masalah internet atau apa puncanya entah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannn, lately ni mcm aduh penat pulak tunggu banyak blog loading lama. blogwalking mana yang mampu je. Sebab tak dan juga nak tunggu loading lama tu. hahahaha.

      setuju I Tangggang tu tengok bila dah habis episod haha

      Padam
  7. Tahniah, Nadia. Moga terus semangat!

    BalasPadam
  8. Haah perasan lambat keluar sesuatu tulisan.
    Btw terima kasih lawat blog saya. Saya dah ikuti semula #219.

    BalasPadam
  9. ni yang makin bersemangat nak berblog ya! chaiyok2

    BalasPadam
  10. Semangat nk berblog kan nad bila tgk performance blog

    BalasPadam
  11. semoga bertambah maju blog nadia. mama pun perasan loading mmg lama blog ni. cuba tgk mungkin guna image size besar atauwidget tom commentor

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.